Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


ka-hadapan jurunikah dari daerah lahir-ku (copied)

Friday, September 24, 2010

| |
|

http://r4mzul.wordpress.com/2010/09/24/ka-hadapan-jurunikah-dari-daerah-lahir-ku/

taken dari blog gua. hati panas dowh!


setahu aku (yang cetek ilmu agama ni), Islam menyatakan syarat nikah ada empat je;
1. pasangan pengantin lelaki & perempuan
2. wali
3. akad
4. 2 org saksi

tapi, pada-mu wahai ustaz, semua itu tak mencukupi. bukannya documents tak de disediakan, ADA! tapi engkau tuh yang jumud. Adik aku dan pasangan-nya telah sedaya upaya mengikuti segala protokol yang perlu. TAPI kamu sa-olah2 sengaja untuk merperlambatkan akad nikah adik perempuan aku itu. mengapa? ka-manakah pergi ugama mu wahai ustaz?
wali iaitu ayah aku tiada halangan dalam penyatuan ini, pejabat agama daerah-ku juga tiada halangan dalam hal ini dan telah memberi kebenaran. TAPI KAMU yang mendesak mereka untuk membatalkan niat murni kami. engkau sape wahai ustaz? aku tau la ko pernah berjawatan agak tinggi tatkala kau berkhidmat di pejabat agama sebelum engkau bersara, biasa berurusan dengan istana, tapi sekarang kau dah turun pangkat. kau sebagai jurunikah. membantu mereka2 yang mahu mendirikan mesjid. engkau bagaikan, sa-orang general bersara, rasa masih lagi ada kuasa, padahal tiada nya lagi.
kalau lah engkau tidak sudi untuk menjadi jurunikah mereka, tak apa. inform awal2. jangan lah membuat keputusan untuk menolak pada pagi hari yang dipersetujui tarikh nikah! tidak kah menyusahkan semua orang?!
bukan aku tak kenal keluarga engkau. anak engkau sahabat baik-ku di zaman sekolah dahulu. teman sepermainan. sanggup engkau menggunakan status engkau sebagai jurunikah untuk mempermainkan perasaan & aturcara ahli keluarga aku?! bukan-nya adik aku nak kahwin lari. wali-nya ada. calon nya bukan lah orang jahat. tapi cuma, pasangan-nya bukanlah dari negara Islam seperti Amerika, Britain atau Peranchis. aku yakin, kalau mat salleh mu’alaf (convert semata2 nak kahwin) senang2 je ko nak bagi kot. ini pulak, saudara se-Islam kita yang lahir dalam keluarga Islam, engkau nak menyusah-payahkan pulak. ko mintak dokument yang merepek2. surat dari kedutaan dah ada. tapi kau nak surat akuan bujang dari kedutaan pulak. oh tidak, ko tukar pulak nak surat akuan bujang dari negara asal pulak. Ustaz, apa guna kedutaan klu tak leh keluarkan surat on behalf of origin country? lagi satu, surat akuan bujang, just perlukan cop dari suruhanjaya sumpah atau majikan tempat kerja. itu yang aku buat semasa permohonan bernikah aku daripada pihak JAWI. Islam kat KL tak sama Islam kat Terengganu ke? LOL
TAPI KENAPA ENGKAU NAK SUSAHKAN?! kau tak hairan ke kenapa kes buang bayi kat Malaysia makin lama makin meningkat. aku rasa, salah satu sebab, berpunca dari golongan ustaz2 macam engkau! engkau menyusahkan orang yang nak bernikah. engkau tanggung la dosa itu wahai ustaz. sumpah aku takkan maafkan engkau selagi engkau tidak memohon maaf dengan keluarga aku.
BERTAUBATLAH WAHAI USTAZ!

UPDATED: 1 Oktober 2010 3.00pm, adik aku telah selamat diijab-kabulkan dengan pasangannya oleh jurunikah yang lain. Alhamdulillah ...