Continued from 1st anniversary trip: to Krabi, Thailand
View Larger Map
During the trip dalam Phi Phi Island (in Thai: Koh Phi Phi Don) tour package tu, kitorang dibawa ke main island untuk lunch. Halal food. Tengok pekerja-pekerja kat tempat makan tu bertudung je semua.
I'm on fireee! I have collected my KMs, what about you?! #Churp2race
Lepas makan, sambil tunggu masa untuk kitorang dipanggil untuk naik speedboat, sempat jugak pergi tengok kawasan sekitar. Ada Phi Phi Island hospital, ade resorts lagi, ade jugak terjumpa dengan tabung khairat untuk tabung bina masjid Phi Phi Island! After lunch pulak, kitorang dibawa snorkeling lagi dan ke pantai kat Koh Mai Pai ...
Phi Phi Island ni actually south from Ao Nang. Naik speedboat dalam 1 jam (tak silap aku la). Naik boat sampai sempat la terlelap dua tiga kali nak tunggu sampai ke destinasi.
View Larger Map
Habis semua aktiviti pakej ni, dalam pukul 4.00pm kitorang dihantar pulang ke hotel masing-masing. Lupa nak bagitau, time nak pergi pon diorang datang pickup kat hotel, pukul 8 pagi. Kononnya, dah sampai hotel nak pulak pergi mandi kat pantai Ao Nang.. tapi badan sudah flat. Tak larat sudaa. Dua-dua bantai tido.
Sedar-sedar dari tido dah malam, terus kuar jalan kaki cari makan. Tak banyak sangat snap photo malam tu.
Hari ketiga, kitorang amik pakej untuk pergi visit Emerald Pool, Hot Stream waterfall dan Elephant Trekking. Untuk ini, kitorang dicaskan 1200 baht untuk setiap sorang. Pagi tu, jam sudah 10.30am tapi no one datang untuk pick up. Liaise dengan hotel kitorang punya front desk person, so kitorang join je ade pick up guy yang datang amik a Singaporean family kat hotel kitorang ni. Sembang punya sembang, kitorang lupa lak untuk tanya nama-nama diorang, cuma dapat nama baby Ayra. Mak dia ada salin facebook profile address aku, tapi diorang belom lagi add. Lupa kot.
So, mula-mula kitorang dibawa ke Emerald Pool. Agak jauh dari hotel, dalam 1 jam perjalanan. Lepas mandi manda kat Emerald Pool yang air dia jernih tahap gile, kitorang dibawa pulak ke Hot Stream waterfall. Before sambung mandi air panas, kitorang lunch dulu. Kali ni pulak, dapat berkenalan dengan sepasang French tourist. Eddie dan Elizabeth. Dah bersara pon diorang ni. Diorang pon pernah visit Mesia 2-3 tahun sudah.
Dah habis aktiviti mandi manda, kitorang has to split dari geng-geng Singaporean & French tadi, sebab kitorang dah nak pergi untuk Elephant Trekking. So now, naik van siam lain pulak bersama other tourist lagi. On the way, hujan turun agak lebat. Camno lah kitorang nak naik gajah ni haa.. nak ambil gambar for sure susah. Nasib baik bila dah sampai dekat gajah tu, hujan dah reda. Kitorang naik gajah je, hujan start turun balik. Diorang ade bagi payung, tapi payung tuh uzur, siap dah senget benget. Gajah yang kitorang naik ni, betina, nama dia Wan. Umur 30 tahun. Sebaya aku seyh! boleh pulak tengah-tengah ride, gajah-gajah ni berhenti jap then meraung (gajah meraung ke?). Terkejut jugak kitorang. Gajah kat belakang kitorang siap garu bontot dia kat pokok sebab gatal. Cuak muka-muka yang tengah ride gajah tuh!
Clip video kat bawah ni time kami kat atas gajah. Gajah-gajah ni refused to carry on then meraung/menyalak (aku tak sure ape perkataan untuk gajah menjerit!)
Aiseh, jam sekali lagi dah menunjukkan jam 12.52 pagi.. maknanya, kena buat part 3 pulak la camni. Kalau dah siap part 3, aku letak link kat bawah ni. This post is scheduled for automatic posting at 8.45am. Okeh, till then.
1st anniversary trip: to Krabi, Thailand (part 3)