Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Liverpool Asia Tour 2011 - the game! (July 16th, 2011)

Monday, July 18, 2011

| |
|

image taken from http://www.lfctour.com

I was there again, with my wife and lil' bro-in-law, Faris at the Stadium Nasional Bukit Jalil on July 16th, 2011 for the friendly match, Malaysia XI versus Liverpool FC. 80,000 penonton membanjiri stadium! Pecah rekod BPL friendlies wa cakap lu! Memang terbaik la kami semua disajikan dengan 9 gol! 3 gol dari pasukan kebangsaan Malaysia dan 6 lagi dari pasukan Liverpool FC. Walaupun aku menyarungkan jersey Liverpool, tapi darah aku, darah anak Malaysia. Aku tetap sokong pasukan Malaysia. Habis suara aku ni duk jerit memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan ...


Bendera Malaysia berkibar di dalam lautan merah the Reds, bersama-sama penonton yang juga menyarungkan jersey Malaysia kelihatan di dalam stadium.

Ni pula, video yang aku sempat ambil di dalam stadium, lagu "You'll Never Walk Alone" bergema di 'Anfield' Malaysia ;D






Patriotik atau tidak
Aku memang berbulu bila terdengar suara-suara sumbang yang cakap pakai baju Liverpool maka tak patriotik, sebab tak sarungkan jersey Malaysia. Harus diingat, it was LIVERPOOL Asia Tour 2011. Kitorang pakai jersey Liverpool sebab nak sambut team LFC. Tapi, tak bermakna, kitorang tak sokong team Malaysia. Masa Malaysia XI versus Manchester United in 2009, MU fans datang pakai jersey MU takde pulak yang pertikaikan pasal patriotik atau tak! Siapa yang kat stadium boleh tau, macam mana kami semua satu stadium sorakkan untuk Malaysia. Tanya la setiap 80000 orang yang datang tuh. Bergema sorakkan MA LAY SIAAAA!!!! setiap kali lepas gendang 3 kali tuh. Pekak ke hape???

Aku terkilan dengan post-match interview K. Rajagopal ni. Tak cukup support? Sila korek telinga anda!




Cuba tengok video ni, all the 9 goals scored. Time Malaysia score, stadium jadi sunyi sepi membisu ke?




Team LFC boleh round satu padang selepas game menghargai peminat-peminat diorang, team Malaysia kenapa tak jugak pusing satu padang? Tiap kali Liverpool score, memang la kitorang sorak. Tapi time Malaysia score, lagi KUAT kitorang sorak la wei! Aku dengar yang cakap part tak patriotik tuh memang cukup panas. Sia-sia aku sorakkan untuk team Malaysia hari tuh sampai habis suara.

Memang terasa weh. Tobak sedih wase ang. Parok nggoh!

Ditambah pulak lepas game, cermin tingkap kereta kitorang kena pecah sebab ada melaun curi smartag, macam sial.

P/S: Gambar-gambar pon belom di'copy' dari kamera adik ipar aku. Gambar2 dah post kat sini.