* gambar hiasan - taken from antipenyamun.blogspot.com
Shah Alam, 4 Julai - Kejadian yang disaksikan oleh cousin aku, Ariff tatkala dia tengah tunggu aku untuk convoy balik bersama-sama petang tadi, di stesen minyak Shell KESAS Shah Alam arah USJ.View Larger Map
Menurut kazen aku, penyamun tu berdua, di dalam kereta Proton Waja, masuk je kat dalam compound Shell tu, then terus berhenti sebelah kereta Proton Persona, salah seorang daripada penyamun keluar dari kereta dan pecahkan cermin belah co-pilot Persona dan terus ambil bag yang berada di bahagian seat co-pilot itu. Mangsa, ketika kejadian sedang membuat pembayaran di kaunter. Seperti mangsa itu telah lama diperhatikan oleh sang penyamun. Lagi satu, kereta Persona tu tempat isi minyak dia belah driver, kalau tak sure susah si penyamun tuh nak parking sebelah sebelah co-pilot seat untuk buat kerja terkutuk itu.
Semuanya berlaku cukup pantas. Modus operandi sama seperti yang penyamun naik motorsikal pecahkan cermin waktu kereta tengah berhenti di traffic light.
Moral:
1. Jangan beli kereta tempat isi minyak belah driver (haha - macam tak logik je moral ni).
2. Jangan letak valuable stuffs di atas seat, letak kat atas floor or bawah seat.
3. Sila 'tinted'kan kereta anda. Anda mampu mengubahnya ;D
Nota kaki: Malaysia semakin tidak selamat. Harap kerajaan membenarkan tinted kereta kepada lebih gelap demi keselamatan rakyat.