Assalamualaikum.
Sebelum September 2011 melabuhkan tirai, terase nak mencatat pulak. hehe
Sume post September hubby aku yang post. nak nyelit la seketul post. :p
Aku ade 2 buah buku yang dah dibeli long time ago. tapi takde la sampai setahun lagi kot.
Dua-dua dibeli pada situasi yang berbeza.
Untuk bagi tips menangani situasi yang berbeza. heh
And dua-dua pon aku tak abiskan bace lagi. HAHA
Nilah dua buah buku tu:
I'm so not the 'ulat buku'
Friday, September 30, 2011
| 2:30 PM |Posted by Fazlina Anuar |
Cara² membuang the new Facebook Ticker
| 11:00 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Tak sukakan the new Facebook Ticker? Ala kotak kanan belah kanan yang duk scroll² with live updates (activites) kawan² korang tu .... This is how to remove it!
HAHA!
p/s: Ini adalah sarcasm.
Facebook ticker = facebook stalker? NO lah!
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Tengok how the user share with others on Facebook. Set to PUBLIC! Itu sendiri yang cari pasal la... why the hell nak share with public. Aiseh. Check your privacy settings la dude. At least kurang sket timbul kat ticker ni apa yang korang mengumpat kat page kawan anda yang lain dari dilihat oleh kawan yang bukan kawan dengan kawan anda itu (pening aku).
p/s: nak ngumpat sile dalam PM aje. selamat
RunKeeper for Android
Tuesday, September 27, 2011
| 11:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
So aku cuba la nak jogging sekarang ni and at the same time aku nak cuba applikasi dari RunKeeper.com ini. With the help of this application, boleh install on my Android phone (boleh dapatkan di Market), boleh la ia tolong aku rekod aktiviti-aktiviti sihat aku ni. haha. Aku suka bila apps ni boleh draw map untuk route jogging aku. Siap kuar graf bagai-bagai untuk observation.
Selain dari record data untuk "jogging/running" ni, pon boleh juga setkan untuk rekodkan aktiviti-aktiviti lain lagi.
Boleh pilih dari, running, walking, hiking, cycling, mountain biking, dan sebagainya. Cuma aku hairan, macam mana nak record untuk swimming? Tak basah ke henset nanti? Maybe kena rekod secara manual kot.
With RunKeeper ni, pon boleh integrate dengan Facebook or Twitter. So kalau ada kawan-kawan dekat FB or Twitter yang gunakan apps ini, ia akan terus jadikan mereka-mereka sebagai Street Teammates kamu. So far, aku hanya ada 2 orang Street Teammates. Boleh la compare-comparekan aktiviti dengan diorang nih, perhaps..
Hmm, masih banyak lagi untuk di'exercise'kan ni. Harap-harap aku tak usaha separuh jalan saja. Ouh! Mode terkenangkan size seluar zaman sekolah menengah. HAHA!
Facebook Timeline
| 10:05 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Untuk laporan selanjutnya boleh baca kat BlogSerius & CNN.
Hantu Bonceng kat lorong paling kiri?
Wednesday, September 21, 2011
| 9:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Biasa kan, kat area Lembah Klang ni highway ada tiga lorong - paling kiri, tengah dan paling kanan. Tapi selalu aku perhati, masing-masing taknak drive pon kat lane paling kiri tu walaupon lane tu kosong (lainlah kalau time traffic jam, sampai lane emergency pon dia bantai).
Mungkin masing-masing duk ingat lane tu hanyalah untuk kenderaan-kenderaan berat dan motosikal sahaja. Well, salah tu! Kalau ko slow, gunakan la kat lane paling kiri tuh. Takkan tak perasan bila tengok cermin banyak kereta kat belakang dan kereta belah kiri lagi laju pada kau. Ko bukannya pon tengah drive kat America - time slow kena stay lane paling kanan!
Dengan memandu perlahan sambil berada di lorong tengah atau paling kanan, mereka² ni memaksa driver-driver lain untuk memotong sebelah kiri. Bahaya la woi! Sedar la sikit. Kau bukan nya tengah bawak Bugatti Veyron atau Koenigsegg Agera R sampai kau nak kena stay lane laju dan tanak dah tukar lane kepada lane lebih kiri. Polis patut saman aje orang bawak slow lane tengah dan paling kanan ni. Menyusahkan orang lain dan antara punca penyebab kepada traffic jam dan seterusnya meningkatkan subsidi petrol kerana pembaziran disebabkan traffic jam dan seterusnya akan melumpuhkan ekonomi negara! Boleh stress woooo! Bak kate Kok kat blog dia.
LFC for life
Tuesday, September 20, 2011
| 9:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Ya ya .. aku tahu team aku baru kalah teruk dengan Tottenham Hotspurs. 11 lawan 9 orang, boleh la bai. Segala percaturan Kenny Dalglish tak menjadi. It was a bad day for all of us the Reds fans. Bab nak kutuk, tadak hal, silakan. Gua pon selalu je kutuk fans team-team lain. Prinsip: Kutuklah kamu sebelum kamu dikutuki
Tapi bab ajak tukar masuk sokong team lu? HAHA...kutuk-kutuk dah la. Takkan nak ajak convert kot? Agak² kalau semua orang dalam dunia ni, sokong team yang sama ngan lu, jadi best kaa tengok bola pastuh? Kemon la, toksah nak duk ajak orang nak tukar team. Kalau orang tuh nak tukar, biar dia tukar sendiri. Dan lepas tuh aku panggil aje dia LALANG! KATAK!
Sampai mati pon aku takkan sokong team Arsenal ke, Chelsea ke, Manchester City ke, Manchester United ke, Stoke City ke mahupon Queens Park Ranger (Go Go Power Rangers!) ke... PTUI!
Liverpool FC for life
Soalan² standard orang Melayu
Thursday, September 15, 2011
| 9:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
"Bile ko nak kahwin?"Haha ... soalan yang last tuh tak pernah lagi la aku dengar kan, tapi soalan-soalan sebelumnya itu selalu kita dengar atau ajukan kepada kawan-kawan sekeliling kita. Biasa soalan-soalan ni ditanya di dalam kaum Melayu kita ni, atau kaum lain pon ada juga perangai macam ni, tataulah kan.
"Bile nak dapat baby, kan dah lame kawen?"
"Bile nak tambah baby? Takkan sorang aje kot?"
"Bile nak dapat menantu?"
"Bile nak timang cucu?"
...
...
...
"Bile ko nak mampos?!!"
Pernahkah yang bertanya ni terfikir macam mana perasaan orang yang ditanya tuh? Orang yang ditanya kebiasaannya akan jawab, "Belum sampai hajat", "Belum ada rezeki...". Tapi yang sebenar-benar dalam hati dia, tiada siapa yang tahu melainkan mereka sendiri. Kalau aku, for sure akan tension bila diajukan soalan ke-dua tuh. Seriously, aku takde jawapan untuk itu. Rezeki dari Allah s.w.t takkan kita nak persoalkan pulak ye? Ajal, maut, jodoh, rezeki tuh semua datang dari Allah. Siapa kita untuk mempersoalkan semua ni? Takkan nak ikut style cerita hindustan lama, tatkala nasib tak menyebelahinya terus nak pergi marah-marah kat kuil depa sambil hentak-hentak loceng dan keluarlah guruh halilintar semua?
Some come and cakap "Aku dah anak dua", "Aku dah 3 anak! Ko bila lagi?" Well my friend, dapat anak ni bukan some sort like trophy count, macam Liverpool FC dah 5 kali European champion (Chelsea & Stoke City have never won it).
Jangan dipersoalkan kuasa Ilahi.
P/S: Alhamdulillah both direct family aku & wife tak ade pon tanya soalan macam ni.
Cekam kuku ... again!
Wednesday, September 14, 2011
| 9:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Lepas mandi maghrib malam tadi, baru aku terperasan ibu jari kaki kiri aku ada sedikit kuning. Wife aku tengok, ya Allah dah ada macam nanah. Tried to remove it sendiri, tapi aku tak tahan sakit pulak. Then terpaksalah ke klinik berhampiran.
Doktor dah bius keliling jugak ibu jari aku tuh, baru la dia potong kuku yang bermasalah. Banyak jugak yang mencucuk, patutla sampai nanah. Gambar kat bawah ni, yang serpihan belah kanan tuh la yang menyucuk-nyucuk selama ni.
Maka, dengan ini sekali lagi aku dapat MC berkaitan cekam kuku. Kali ni dapat 2 hari je memandangkan Jumaat ni dah pon public holiday Hari Malaysia. Sebelum² ini aku dapat MC selama 3 hari.
Ada kawan aku, Sarah sarankan kat Facebook supaya tumbuk inai pastuh letak & balut pada tempat bermasalah tuh. InsyaAllah, kalau jadi lagi next time, boleh la cuba.
Gambar kasut-kasut raya
Tuesday, September 13, 2011
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Entah kenapa, aku suka sangat ambik shot ni tiap-tiap kali di pagi raya puasa kat umah tok aku kat Marang. Maybe nak gambarkan berapa ramai/sikit yang datang beraya kot?
2007
Menggunakan kamera pada handphone Sony Ericsson w850i
2008
Menggunakan kamera pada handphone Nokia N82
2009
Menggunakan kamera Kodak adik gua
2010
Tahun ni takde gambar, sebab raya pertama aku kat kampung wife kat Selama, Perak.
2011
Menggunakan kamera pada handphone HTC Desire
2012
Adakah akan menggunakan kamera Nikon D3100 ?? ;D
In the news: Budak lelaki koma atas jalan
Monday, September 12, 2011
| 12:35 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Laporan asal di : http://www.hmetro.com.my/articles/2011090701050620110907010506/Article/
‘Kenapa bunuh dia?’
Oleh: Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque (ekhwan@hmetro.com.my)
KAJANG: “Saya sedia memaafkan mereka yang memukul anak saya hingga mati, tetapi sebelum itu, mahu bertemu dengannya kerana ingin tahu apa salah anak saya itu hingga diperlakukan sebegitu kejam dan meragut nyawanya.
“Jika duit menjadi punca, saya sangat kecewa kerana kini nyawa seperti tiada nilai dan sesiapa saja boleh meragutnya tanpa ada rasa belas kasihan,” kata Sutin Mohd Yusof, 53, bapa kepada pelajar tingkatan satu yang ditemui terbaring di Taman Kajang Utama, di sini sebelum disahkan meninggal dunia, awal bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam pada 28 Julai lalu itu, anaknya, Luqman Hakim, 13, dikatakan keluar dari rumah untuk mengunci basikalnya yang diletakkan berhampiran kediaman itu, tetapi tidak pulang selepas itu. Menurut Sutin, beberapa individu kemudian datang ke rumahnya dan memaklumkan anaknya ditemui terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tepi jalan besar berhampiran taman perumahannya.
“Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu dan segera pergi ke tempat kejadian untuk melihat keadaannya. “Apabila tiba, isteri saya mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri dan segera menghantarnya ke wad kecemasan Hospital Kajang (HK) sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, anaknya disahkan meninggal dunia selepas koma hampir 10 hari dengan kematian disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat tempurung kanannya disahkan pecah oleh doktor. Beliau berkata, keluarganya terkilan kerana anaknya dipukul dengan kejam hingga meragut nyawanya, selain tidak mengetahui punca individu berkenaan tergamak bertindak di luar batasan hingga meragut nyawa anaknya yang tidak berdosa.
“Beberapa hari sebelum kejadian, anak saya memaklumkan takut untuk ke sekolah kerana seorang pelajar senior sering memeras ugutnya. Tapi saya tidak menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan siasatan kes kepada polis untuk mencari suspek dan berharap individu itu dikenakan hukuman setimpal,” katanya. Beliau berkata, anaknya itu agak pendiam pada malam kejadian sedangkan sebelum ini, dia seorang yang ceria dan gemar bergurau dengan adik beradik lain.
“Sebelum keluar rumah pada malam kejadian, anak saya itu ada berpesan kepada kakaknya yang bakal berkahwin tidak lama lagi supaya menjaga diri dan tidak bergaduh dengan bakal suami. Anak saya memakai jersi pasukan kebangsaan kerana begitu teruja menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura pada malam kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, berdasarkan laporan doktor dari HSB, kecederaan dialami mangsa tidak konsisten dengan kecederaan akibat dibunuh. Oleh itu, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).
“Kami sudah memanggil dan mengambil keterangan beberapa individu, namun setakat ini tidak dapat mengaitkan pembabitan individu terbabit dengan kes itu,” katanya.al-Fatihah kepada arwah adik Luqman Hakim (baru hari ini aku dapat tahu nama beliau) dan takziah kepada keluarga arwah. Semoga pemergian arwah diredhai & sesiapa yang bertanggungjawab dalam kes ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.
Ahli rumah baru
Friday, September 9, 2011
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Plan asal, nak bela 2 ekor ikan emas dalam medium sized pot. Tapi, setelah diadvise oleh tuan kedai ikan tu, ikan emas cepat kotorkan air, so nak bagi air cantik, kena la pakai filter, pakai filter kena la ade dinding akuarium yang straight, tak bulat macam pot.
So kami beli la 4 ekor ikan emas (2 ekor style perut bulat mcm buntal, lagi 2 macam ikan biasa) dan lagi 4 ekor ikan kecik aku dah tak ingat apa nama species mereka. Ikan kecik-kecik ada merah sket kat mata depa.
Singki tersumbat
Thursday, September 8, 2011
| 12:00 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Dah segala macam aku try, takde hasil. Curah acid, alcaline based clog remover, besi korek, batang korek, semua temui jalan buntu.
So after cuti raya, aku bukak manhole, tengok manhole tuh macam kering je! Air mengalir perlahan gila. So, ni for sure lemak-lemak dah clogged kaw kaw punya.
Last-last after segala usaha DIY telah dilakukan, aku pon jadi malas dan tanak dah pening kepala, aku contact mamat bangla yang aku terjumpa time beli barang kat kedai hardware, suruh depa datang tengok. Keletung keletang, couple hours later, clogged drain has been resolved. Serahkan pada yang pakar. The damage was RM150. Nasib baik bila email tuan rumah, he said just tolak je dari duit sewa bulan depan. Alhamdulillah.
Raya Puasa 2011 (with lots of gambars)
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Biasanya, aku jarang letak banyak² sangat gambar dalam blog post, tapi kali ni rasa macam nak letak lebih sikit. Alemak dah jadi macam blog post Kok haha. Maybe dalam satu post yang sama ni, nak cerita pelbagai benda kut. So dalam blog post ini, aku terpaksa untuk gunakan button read more untuk tak bagi main page blog makan masa lama sangat untuk load segala gambar.
Kitorang hanya dapat shopping raya pada the very last weekend of Raya Holiday, gaji masuk lambat derr.. Hasilnya, panjang sket lah queuenya time nak bayar.
Esoknya, puasa terakhir, kitorang ke Marang pulak, untuk berbuka kat umah Tok & Tokki.