Lepas mandi maghrib malam tadi, baru aku terperasan ibu jari kaki kiri aku ada sedikit kuning. Wife aku tengok, ya Allah dah ada macam nanah. Tried to remove it sendiri, tapi aku tak tahan sakit pulak. Then terpaksalah ke klinik berhampiran.
Doktor dah bius keliling jugak ibu jari aku tuh, baru la dia potong kuku yang bermasalah. Banyak jugak yang mencucuk, patutla sampai nanah. Gambar kat bawah ni, yang serpihan belah kanan tuh la yang menyucuk-nyucuk selama ni.
Maka, dengan ini sekali lagi aku dapat MC berkaitan cekam kuku. Kali ni dapat 2 hari je memandangkan Jumaat ni dah pon public holiday Hari Malaysia. Sebelum² ini aku dapat MC selama 3 hari.
Ada kawan aku, Sarah sarankan kat Facebook supaya tumbuk inai pastuh letak & balut pada tempat bermasalah tuh. InsyaAllah, kalau jadi lagi next time, boleh la cuba.