Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Hantu Bonceng kat lorong paling kiri?

Wednesday, September 21, 2011

| |
|

MANA ADA!! Tapi ape pasal orang Malaysia takut sangat nak drive kat lane paling kiri? Aku cukup meluat tengok driver-driver cam ni. Bawak slow nak mampos pon ada hati nak stay lane tengah atau paling kanan. Kui kui kui ...

Biasa kan, kat area Lembah Klang ni highway ada tiga lorong - paling kiri, tengah dan paling kanan. Tapi selalu aku perhati, masing-masing taknak drive pon kat lane paling kiri tu walaupon lane tu kosong (lainlah kalau time traffic jam, sampai lane emergency pon dia bantai).

Mungkin masing-masing duk ingat lane tu hanyalah untuk kenderaan-kenderaan berat dan motosikal sahaja. Well, salah tu! Kalau ko slow, gunakan la kat lane paling kiri tuh. Takkan tak perasan bila tengok cermin banyak kereta kat belakang dan kereta belah kiri lagi laju pada kau. Ko bukannya pon tengah drive kat America - time slow kena stay lane paling kanan!
Dengan memandu perlahan sambil berada di lorong tengah atau paling kanan, mereka² ni memaksa driver-driver lain untuk memotong sebelah kiri. Bahaya la woi! Sedar la sikit. Kau bukan nya tengah bawak Bugatti Veyron atau Koenigsegg Agera R sampai kau nak kena stay lane laju dan tanak dah tukar lane kepada lane lebih kiri. Polis patut saman aje orang bawak slow lane tengah dan paling kanan ni. Menyusahkan orang lain dan antara punca penyebab kepada traffic jam dan seterusnya meningkatkan subsidi petrol kerana pembaziran disebabkan traffic jam dan seterusnya akan melumpuhkan ekonomi negara! Boleh stress woooo! Bak kate Kok kat blog dia.