Biasanya, aku jarang letak banyak² sangat gambar dalam blog post, tapi kali ni rasa macam nak letak lebih sikit. Alemak dah jadi macam blog post Kok haha. Maybe dalam satu post yang sama ni, nak cerita pelbagai benda kut. So dalam blog post ini, aku terpaksa untuk gunakan button read more untuk tak bagi main page blog makan masa lama sangat untuk load segala gambar.
Kitorang hanya dapat shopping raya pada the very last weekend of Raya Holiday, gaji masuk lambat derr.. Hasilnya, panjang sket lah queuenya time nak bayar.
Esoknya, puasa terakhir, kitorang ke Marang pulak, untuk berbuka kat umah Tok & Tokki.
Hari Raya Pertama
Mem dan gua dah start posing, aku amik gambar kau, kau amik gambar aku. Belom ada sedara yang sampai kat umah Tok & Tokki. Lambat sket, baru lah sampai Ayah Cik sekeluarga, dah boleh mintak adik Faris amikkan gambar pulak.
Aku memang suka amik gambar selipar, kasut kat tangga ni. Hampir setiap tahun aku amik shot yang sama cam ni.
Belah malam, kitorang gi jalan-jalan Bandar Kuala Terengganu. Banyak kedai tutup, of course lah, sebab raya. Tengah drive pusing² terperasan lah lampu² banyak belah belakang Kedai Payang (Pasar Payang). Huh? I-City Teranung? Atau nama betulnya, Pulau Warisan. Semua pokok-pokok berlampu adalah design yang sama.
Hari Raya Kedua
Gua pakai pink lah pulak ari ni. HAHA. Aku tak pernah pakai pink weh! Ni semua kerja wife gua. Hari ni kitorang pergi sambut ayah pulang dari umrah kat Airport K. Terengganu, selepas pergi beraya di rumah Ayah Teh kat Setiu. Lupa pulak nak snap gambar2 ayah sampai.
Hari Raya Ketiga
Ari ni, kitorang gi pasar Marang, Tok ajak gi beli barang-barang dapur sikit. Raya ketiga, pasar dah bukak. Kitorang beli sotong, layan panggang. Beh wo. Neleh dok air liur? Tengah hari, kitorang pergi beraya kat rumah Ayah Cik di Taman Permint Jaya, Chendering pulak. Memang makan sahaja lah kerja time raya ni.
Petang raya ke-3, kitorang gerak ke rumah Apak & Mak kat Dungun pulak, stay semalaman before pulang ke rumah. Cadangnya, adhoc plan untuk buat BBQ malam tuh, tapi sebab time setel beli barang, semua orang kat umah tunggu dah tido, terpaksa la continue pada pagi raya ke-4.
Hari Raya Keempat
Aktiviti bakar ayam, satay, fishball, sotongball bermula. Dan aktiviti makan dan makan lagi. Hu~~~~
So, after solat Jumaat, kitorang pon berangkat lah pulang ke Selangor. Selamat sampai. Alhamdulillah.
For more photo, boleh la ke Facebook album kat sini.