Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Air mata yang berderai ...

Tuesday, October 25, 2011

| |
|

My good friend, Razlan (another the Reds fan) used to sing this song to taunt rival fans after their defeats. Kali ni, Manchester United tewas di tangan Manchester City dengan 1-6 di tempat sendiri. Kesian ...


HAHA

Live streaming dari Mekah

Monday, October 24, 2011

| |
|

Musim Haji telah tiba lagi. Mekah, Makkah atau Mecca adalah destinasi umat Islam sedunia untuk mengerjakan rukun Islam ke-lima ini. Semalam Mak & Abah wife aku telah kami semua hantar ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk berlepas ke Tanah Suci. Semoga Mak & Abah mendapat haji yang mabrur.

Youtube ada menyediakan channel khas untuk live streaming suasana ibadah haji ini. Videonya adalah di bawah.

Tentang aku

Friday, October 21, 2011

| |
|

Assalamualaikum.
Hello readers! lame dah tak menulis. ade ke orang perasaan eh?
ke sume dikaburi dengan post2 suamiku. hehe..
Suamiku masih bersemangat menulis. I like!!!
Tapi readers jangan confius eh. Tengok gak sape tuleh.
Kami kan share blog..:)
Ade beberapa sebab kenape tak menulis. nak wat point2 stail Che Det lah. hihi

1. Tentang kerja
Ini adalah antara sebab aku da kurang menulis. sibuk kah aku?
oh tidak...aku tak sibuk pon. kerja aku takde la banyak pon sekarang.
Tapi mengenangkan etika kerja, niat nak menulis blog selalu terbantut.
Huhu...takkan nak update time keje kan? dulu selalu jugak balik keje, on lappy, menulis.
Tapi sekarang, balik terus tak larat nak watpe dah. kenape jadi cmtu? sabar2..:)

2. Tentang kehadiran insan baru
Ini sebab kedua kurang menulis. Sape insan yang hadir dalam hidup kami ni?
Insan ni hadir lewat Ramadhan aritu. Rezeki Ramadhan..:)
Maka kerana insan ini jugaklah aku sedikit lemah dan tak bermaya. Balik keje, hanya mahu baring dan tidur.
Tapi kami teramatlah bersyukur dengan kehadiran insan ni. Thank You Ya Allah.
Selepas setahun dan lima bulan, baru ia hadir. Doakan lah kesejahteraan kami yea.
Moga perjalanan ini berakhir dengan kegembiraan hendaknya.
Terima kasih Tuhan kerana aku diberi peluang merasai nikmat membawa insan lain dalam rahim ini.

Cukup lah kot 2 point ni. hehe..
sebelum tulis, macam banyak je point. simpan tuk next post la pulak.
bye.

Ilusi optik je

| |
|

Perasan tak byk orang shares on Facebook pasal tenung the 3 dots then pandang kat any wall nearby? Well, try la dengan image di atas pulak. Yeah the illusion's quality created on the wall tak la sama clear with the below images, but aku hanya nak proofkan point ilusi optik je.
Before, diorang pon ade buat yang jesus tu jugak.


P/S: No offense intended. Cuma untuk pembelajaran.

Talian Kecemasan 112

| |
|

It sucks ok! Bila call emergency number dengan menggunakan henset ni adalah pengalaman kedua dah pada aku. Latestnya adalah petang semalam waktu balik kerja, ketika berhenti hujan lebat kat hentian USJ arah selatan lebuhraya ELITE. Kebetulan lepas tu ada sorang rider motosikal terjatuh sebab jalan licin ketika nak masuk hentian.

Ada sorang brader tu cuba bagitahu lokasi kejadian kepada operator, smp henset bertukar tangan hampir 3 orang, operator tuh masih kabur dengan penjelasan mengenai tempat kejadian. Bagitahu negeri Selangor, lebuhraya Elite, exit R&R USJ arah selatan, yang ade Caltex & Mofaz Go-kart, pon dia blur. Dekat setengah jam saja untuk proses bagitau tempat!

Tahun 2007, aku pernah juga dial 112 dalam pukul 3 pagi waktu aku kuar nak gi bersahur, setelah nampak ada sorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan di tepi kenderaan beliau berdekatan dengan bangunan CGC di Kelana Jaya. Operator itu insist untuk aku bagi alamat penuh tempat itu. "Kak! Saya tak pernah hantar surat kat situ. Masakan saya tahu alamat penuhnya!". Time tu aku dah bagi tahu, negeri Selangor, Kelana Jaya, bangunan CGC sebelah Kelana Business Centre, nama Jalan SS 7/2 yang aku refer pada Garmin. Aku cakap aku siap leh bagi coordinate, tapi dia takmau. Last-last2 hampir 30 minit untuk proses bagitahu tempat lokasi, the call has been forwarded to Balai Polis Kelana Jaya. Baru la setel.

Yang aku perasan, dalam GIRN (Government Integrated Radio Network) project ade mapping & GIS stuffs sbb kawan-kawan aku dulu yang duk buat benda alah tuh. Talian kecemasan 112 ni tak termasuk dalam tu ke? Atau kalau susah-susah sangat, mintak je ngan boss kau bagi komputer dan internet, dan ko locate the place guna Google Maps. Abih cite... kan most of nowadays phone comes with GPS

4 tahun later now, the same kind of thing juga... taiklembu

Blog: Pageviews

Thursday, October 20, 2011

| |
|

Dulu, masa mula-mula started blogging ngan wife kat sini, the pageviews lebih kurang macam kat atas ni. But now, dah jadi macam bawah ni. Improved la dari segi pageviews nye.
Agak-agaknya, bila lah akan dapat macam bawah ni? HAHAHA. mode #giletrafikkeblog

Facebook: comments yang takde kaitan

Tuesday, October 18, 2011

| |
|

(gambar di atas hanyalah rekaan aku semata-mata setelah ditokok tambah dimanipulasi dari realiti)
Aku pon selalu bile wife aku tanya lain, aku jawab lain. Haha. Then kat Facebook pon ade jugak terjumpa segelintir case yang sama. Katalah seseorang tanya soalan yang serious dan urgently/seriously needs REAL answer, then came those yang tak menjawab soalan dan comments stuff yang out off topic (aku pon pernah terbuat ~~ huhu).

What say you?

How is De Gea being so 'great' ...

Monday, October 17, 2011

| |
|

Patutla mung terrer save bola owk??!!! All the rounded shapes you'll see as donuts!!! HAHAHAHAHA. Priceless.

Shit la seri last game 1-1, but it was a good game.

Facebook: sendiri post, sendiri LIKE

Friday, October 14, 2011

| |
|

Kalau kau sendiri yang post kat FB tu, maka tak perlulah lagi untuk kau click Like. Kalau kau tak suka (like) for sure ko takkan post kan? Macam kesian je aku tengok jadi macam ni. Huhuhu ~~

(Sukati dia la nak buat ape!) HAHAHA

Selamat Hari Jumaat!

Facebook has change how it's News Feed works, again ...

Thursday, October 13, 2011

| |
|

Kitorang guna apps NetworkedBlogs untuk automatically post our new blog post to our Facebook walls & Onedot12 page. Sekarang pon the application still working untuk auto post kat our walls, tapi masalahnya those post on our walls dah tak masuk into ALL of our friends News Feed macam biasa.

Before NetworkedBlogs, we have to manually post our blog posts to our Facebook wall with the status update share links. So tak berapa efisien lah. With NB it makes reaching our friends with our blog posts is easy, until recently.

Menurut satu thread ni kat NetworkedBlogs Support, ia disebabkan oleh algorithm Facebook yang dipanggil EdgeRank, di mana algorithm ini menentukan setiap user Facebook lebih mahukan/lihat yang user tu suka (how they know for sure???). It has been articles written all around the net duk cakap pasal ni, how it affects your visibility. Here and here.

So now, there's still NO SOLUTION for NetworkedBlogs users on Facebook. Kena post manual macam zaman batu, ok?

P/S: It's our 200th blog post! yeay!

this weekend: LIVERPOOL FC vs manchester united

| |
|

The REDS will crush Syaitonn Merah (Red Devils) on the weekend at Anfield. A'uzubillah hi minasy syaitoonirrajim (Aku mohon perlindungan kepada Allah dari Syaitan yang direjam. I seek refuge from Allah from the outcast Satan). Kan nak lawan team Setan kan?

Remember the Reds 1-4 demolishing Manures at Old Traffart? Even Dosenna scored a goal! Remember Suarez's first game against Manures 3-1 at Anfield?

My prediction: LIVERPOOL FC 2 - 0 Manchester United

Nirvana - Polly (cover)

Wednesday, October 12, 2011

| |
|

Sempena ulangtahun ke 20 tahun album Nirvana - Nevermind (released on September 21, 1991), aku rasa macam nak record lagu ni. First time aku gunakan Adobe Premiere CS4 ni, not bad la.. senang, banyak benda leh buat. Baru try godek-godek sket ni.

Lagu ni amat simple, 4 chords untuk verse (Em, G, D, C) dan lagi 4 chords untuk chorus (D, C, G, Bb) - sangat simple dan aku rasa rata-rata those yang main guitar akan tahu lagu ni. Catchy lyrics and easy chords.

Aku melalui zaman remaja dengan album ni (walaupun bukan paling faveret, untuk aku paling faveret album Nirvana adalah In Utero). First time aku dengar album ni pada tahun 1993/1994 (tak silap aku), masa aku form 1@2. Beli kaset ade gambar baby tengah menyelam. Ntah mana dah pergi kaset tu. Nostalgia ni ...

Harga makanan yang ridikiles!

Tuesday, October 11, 2011

| |
|

Ya aku sedar pasal the rising cost of food di seluruh dunia, tapi macam tak masuk akal la pulak para peniaga2 sekarang ni letak harga makanan mereka. Semuanya dalam gandaan 50 sen. RM4.00, RM4.50, RM5.00. Where is the good old pricing yang macam RM3.20, RM1.80 etc. etc.

Macam masakan di atas, aku panggil ia as Bawang Kunyit Goreng Sotong (instead of Sotong Goreng Kunyit) sebabnya, bawang je yang berlebih dari sotong. Sotong cuma ada 5 ketul kecil-kecil sahaja. Dan lepas tuh harga nya adalah RM5.50! (restoran biasa je ni kat area umah aku) Sangat ridikiles dan rip-off - hajat mereka nak pergi Haji balik hari kot.

Selalu tengok harga barang asas makanan seperti gula, beras naik harga. Tengok gula dah la, harga naik 20sen untuk sekilo, tapi satu gelas air pon boleh nak naik 10 hingga 20 sen jugak. Apa kau letak dalam air aku SATU KILO gula kah? Taik lembu jantan! Memang betul2 taik lembu jantan.

Sometimes, aku rasa macam nak boikot je kedai2 makan ni, tapi tuh lah ... peniaganya kaum Melayu kita jugak. Alahai ...

Salah faham tentang istilah adik-beradik kandung & tiri

Monday, October 10, 2011

| |
|

Aku selalu dengar orang Melayu Islam kita salah guna istilah bab ni. Selalu aku dengar, orang gunakan "tiri" untuk adik-beradik yang sama mak tapi berlainan bapa, tapi "kandung" untuk sama ayah berlainan mak. Salah tu...

Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna

Mak sama + ayah sama = adik-beradik kandung

Mak lain + ayah sama = adik-beradik kandung
Mak sama + ayah lain = adik-beradik kandung
Mak lain + ayah lain = adik-beradik tiri
Kat website Islamgrid.gov.my pon ada ramai orang yang menghantar soalan, yang keliru dengan istilah "tiri" ini. Contohnya, ini dan ini.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan "tiri" membawa maksud bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri.

Salah faham tentang ini boleh effect dari segi hak harta pusaka, batas pergaulan, aurat, batal air wudhu', dan sebagainya. Nak senang paham, selagi adik-beradik tu ada kaitan darah melalui mak/ayah kandung, maka mereka adalah adik-beradik kandung. Klip video di bawah adalah penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang perihal ini.

ATM, kenapa perlu tekan lebih?

Friday, October 7, 2011

| |
|

Setahu aku, tak pernah lagi jumpa ATM kat Malaysia ni yang boleh withdraw duit syiling (kui kui ~~), tapi apesal hampir semua ATM yang aku jumpa, tiap kali nak draw duit, perlukan untuk masukkan digit sen tuh. Tak ke buang masa? (gila la berkira mamat ni).

Sekali je aku pernah jumpa ATM yang tak mintak untuk key in sen, ATM Bank Al-Rajhi.

Kata lah, untuk tekan lagi 2x digit sifar tu, ambil masa satu (1) saat. Kalau kat depan kita ada 100 orang, kan dah rugi masa 100 saat...

HAHA

Wireless Audio Video transmitter/receiver

| |
|

Dah lama aku nak post pasal ni tapi asyik lupa je. Dulu time duk rumah sewa bujang, connection setup tv kat tingkat bawah dan atas adalah seperti gambarajah kat atas. Wired. So wayar audio/video yang kuning, merah & putih tu lalu atas lantai, celah tangga bagai. Berselirat.

So last few months, aku ada jumpa kat mudah.my wireless audio video transmitter/receiver ni. Beli dengan harga RM169 kalau tak silap aku. So dengan benda alah ni, aku tak perlu lagi lay cable audio video tuh sepanjang-panjangnya sampai ke tingkat atas. Dari decoder Astro tu, signal audio dan video ditransmitkan secara wireless. No more wires! Lagi satu, this transmitter receiver ni pon boleh menerima dan menghantar signal remote control dari lokasi tingkat atas ke bawah (so tak perlu lah untuk turun naik semata-mata ingin tukar channel).

Apa yang perlu dibuat, dekat decoder Astro perlukan RCA Y-splitter untuk setiap port kuning, merah & putih tu. Satu set kabel sambung direct ke tv dekat, dan satu set lagi masuk ke box transmitter ni.

Then di tingkat atas, box receiver ini dipasangkan ke tv atas. Dan sekarang siaran astro telah berjaya dikongsikan, wirelessly.

Bila kita ...

Thursday, October 6, 2011

| |
|

Aku memang jarang bab copy then re-post things kat blog, but this one is really good. It's impossible to satisfy all of the people around. Manusia takkan pernah merasa puas!

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

Pemandu pemalas

| |
|

Tadi "pemandu bangang", kali ni pasal yang pemalas pulak. Setiap pagi time pergi kerja, aku & wife selalu perhatikan perangai pemandu-pemandu yang menjengkelkan ni kat roundabout berhampiran rumah. Boleh dikatakan ramai la buat perangai camni. Potong roudabout, save masa diorang dengan memandu ikut garisan putus-putus merah tu. Yang sebetulnya seseorang perlu guna roundabout guna kaedah garisan hijau.

Disebabkan diorang-diorang ni macam dah terbiasa buat macam ni, sampaikan kekadang ada traffik yang datang dari arah bertentangan (garisan biru) terpaksa mengelak dari mereka-mereka manusia pemalas tu. Kadang-kadang diorang ni tanpa berhenti tengok keadaan terus menonong masuk roundabout ke arah kanan terus. Lantak pegi lah ngan orang lain. Aku sorang aje lah yang nak cepat!

Tunggu lah, nanti tergolek kena kat anak mereka sendiri baru padan ngan muka. Stop la jadi pemalas.

p/s: Ni belum cerita pasal pemalas nak park kereta betul2. Haish ...

Pemandu bangang

| |
|

harap maaf. gambar buruk. dah abis usaha aku lukis kat photoshop :P
Situasi di atas selalu terjadi time aku dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja, di lebuhraya ELITE di Persimpangan KLIA. Sesetengah pemandu kereta yang berperangai macam haram ni, seperti gambarajah di atas, main menonong je engkau nak masuk. Signal tadak, tengok jalan utama takdak. Kira engkau sorang je, main sesah nak masuk. Lesen lu beli pakai kredit kad ke?

Ko tuh, dari jalan sub masuk ke jalan utama... Agak-agak la. Tengok traffik belah kanan tu camne. Ade motor ke, kereta ke. Engkau main masuk terus nak duk lane tengah. Takut sangat ngan hantu bonceng kat lorong kiri tuh! Sampai aku pulak yang kena slow down bagi jalan kat kau. Kau ingat ko sape?

Baru takat bawak kereta besar sket dah perangai macam ....

P/S: Lainlah kalau aku dah bawak motor besar macam Mat Khir, Ajiz, Mapen, Zul Puyuh atau Ladun ke, memang aku stay speeding top speed kat lane paling kanan le. HAHA

View Larger Map

Ahad - kedai Char Kuey Teow tutup sedunia?

Monday, October 3, 2011

| |
|

Last Ahad, sang wife begitu kepingin nak makan char koey teow. Dah lama tak makan katanya. So we, Farah & Faris menujulah ke salah satu gerai faveret kami di Bandar Baru Bangi, yang bersebelah dengan stesen minyak Petronas, opposite of the Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 1. Sampai-sampai je, tengok gerai cantek TERTUTUP.

Aiseh, tutup ke ahad? Aku googled for "char koey teow bangi" and google result ade tunjuk satu gerai kat seksyen 4, Ajen Char Kuey Teow. Ada komen cakap tukang masak dia kiut. boleh kat Faris, "KUIT". Sampai2 sana, pon tutup.

So Farah plak suggest pergi Pulau Mutiara Char Koey Teow dekat area UKM. Pon sama! TUTUP. what the hell with Sunday & Char Kuey Teow nih? So ended up kitorang head up to Malee's Taman Bunga Raya dekat area Setapak tuh, tapi memandangkan hujan so tukar plan pergi ke NZ Curry House Wangsa Maju.

Tapi on the way ke situ, traffic jam yang agak teruk kat MRR2, disebabkan ada van accident depan Honda Service Centre Ampang. (sumber Twitter).

Baru lah lepas tu kami dapat makan Char Kuey Teow, selepas 3 jam pencarian. Cekal tak usaha mencari? Kui Kui Kui ~~~ Hampir 60km drive baru dapat jumpe food.

Masing-masing dah kelaparan...


View 20111002 pencarian char kuey teow in a larger map