Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Harga makanan yang ridikiles!

Tuesday, October 11, 2011

| |
|

Ya aku sedar pasal the rising cost of food di seluruh dunia, tapi macam tak masuk akal la pulak para peniaga2 sekarang ni letak harga makanan mereka. Semuanya dalam gandaan 50 sen. RM4.00, RM4.50, RM5.00. Where is the good old pricing yang macam RM3.20, RM1.80 etc. etc.

Macam masakan di atas, aku panggil ia as Bawang Kunyit Goreng Sotong (instead of Sotong Goreng Kunyit) sebabnya, bawang je yang berlebih dari sotong. Sotong cuma ada 5 ketul kecil-kecil sahaja. Dan lepas tuh harga nya adalah RM5.50! (restoran biasa je ni kat area umah aku) Sangat ridikiles dan rip-off - hajat mereka nak pergi Haji balik hari kot.

Selalu tengok harga barang asas makanan seperti gula, beras naik harga. Tengok gula dah la, harga naik 20sen untuk sekilo, tapi satu gelas air pon boleh nak naik 10 hingga 20 sen jugak. Apa kau letak dalam air aku SATU KILO gula kah? Taik lembu jantan! Memang betul2 taik lembu jantan.

Sometimes, aku rasa macam nak boikot je kedai2 makan ni, tapi tuh lah ... peniaganya kaum Melayu kita jugak. Alahai ...