Ada sorang brader tu cuba bagitahu lokasi kejadian kepada operator, smp henset bertukar tangan hampir 3 orang, operator tuh masih kabur dengan penjelasan mengenai tempat kejadian. Bagitahu negeri Selangor, lebuhraya Elite, exit R&R USJ arah selatan, yang ade Caltex & Mofaz Go-kart, pon dia blur. Dekat setengah jam saja untuk proses bagitau tempat!
Tahun 2007, aku pernah juga dial 112 dalam pukul 3 pagi waktu aku kuar nak gi bersahur, setelah nampak ada sorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan di tepi kenderaan beliau berdekatan dengan bangunan CGC di Kelana Jaya. Operator itu insist untuk aku bagi alamat penuh tempat itu. "Kak! Saya tak pernah hantar surat kat situ. Masakan saya tahu alamat penuhnya!". Time tu aku dah bagi tahu, negeri Selangor, Kelana Jaya, bangunan CGC sebelah Kelana Business Centre, nama Jalan SS 7/2 yang aku refer pada Garmin. Aku cakap aku siap leh bagi coordinate, tapi dia takmau. Last-last2 hampir 30 minit untuk proses bagitahu tempat lokasi, the call has been forwarded to Balai Polis Kelana Jaya. Baru la setel.
Yang aku perasan, dalam GIRN (Government Integrated Radio Network) project ade mapping & GIS stuffs sbb kawan-kawan aku dulu yang duk buat benda alah tuh. Talian kecemasan 112 ni tak termasuk dalam tu ke? Atau kalau susah-susah sangat, mintak je ngan boss kau bagi komputer dan internet, dan ko locate the place guna Google Maps. Abih cite... kan most of nowadays phone comes with GPS
4 tahun later now, the same kind of thing juga... taiklembu