Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Efjek: setahun telah berlalu ...

Friday, January 13, 2012

| |
|

Pejam celik dah dekat setahun aku duk bawak Yamaha FZ150i ni. Berjasa untuk aku pergi kerja ulang-alik ke Shah Alam, ~110km daily. Motor yang masih standard lagi takde ubah apa-apa, kecuali side mirror tukar kepada Yamaha Lagenda punya sebab lagi lebar. Default punya side mirror sangkut badan lah!
Motor ni memang boleh kata jimat jugak minyak, kalau tak rempit abis full throttle la. Mostly riding this bike lalu highway ELITE. Fuel tank punya isipadu adalah 12 litre. Biasa, klu meter dah sentuh E, aku boleh isi RON 95 sebanyak RM21 (bersamaan 11.05 litre pada harga RM1.90 / litre). Dengan full tank ni, normally aku boleh dapat mileage sebanyak 350km, dengan syarat takde la nak pulas minyak sampai habis. Aku biasa bawak 100-110km/h sahaja (demi nak jimat minyak). Biasa orang tanya aku, berapa minyak seminggu? Well susah nak bagi jawapan dalam minggu, sebab jarak perjalanan kita berbeza untuk setiap satu minggu. Macam aku lebih kurang RM35 untuk 5 hari bekerja. So better penjelasan dalam bentuk unit metrik, senang untuk buat kiraan secara umum. Kiraan ni, tak kira kapasiti full tank tepat (12 liter) tapi kira based on isian tiap kali refuel. Secara teori, masih ada 0.95 liter (12 - 11.05 l) minyak reserve ketika setiap kali isian semula.
350 km / 11.05 liter = 31.7 km per liter
11.05 liter / 350 km =  0.032 liter per km atau 3.2 liter per 100 km
Mileage meter sekarang pon dah nak cecah 25,000 km. Kalau pergi ke Anfield guna jalan darat dah boleh pergi dan hampir nak sampai balik dah ke Kuala Lumpur ni!!
Larat ke nak ride jauh2 ni? For sure kena upgrade ke Kawasaki Versys 1000 baru lah lepas. hahaha (koya!!)

p/s: 25000km x 0.032liter per km x RM1.90 = RM 1520 dah spent untuk minyak moto! ;D