Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Tak Tipu: Cara nak hilangkan Facebook Ticker

Wednesday, February 29, 2012

| |
|

Sebelum ni, aku sarcastically buat lawak camne untuk hilangkan Facebook ticker, tapi sekarang dah ada official cara nak buat tanpa perlu ada 3rd party apps or extension or whatsoever. It is located on your Facebook home screen.

Carling Cup 2011/12: Liverpool vs Cardiff City celebration

Tuesday, February 28, 2012

| |
|



We've won it EIGHT TIMES!!!!!! ;D

HTC Desire's Android: to root or not to root

Monday, February 27, 2012

| |
|

Okay, aku dah rootkan aku punya HTC Desire, setelah sekian lama ingin berbuat demikian. Reason utama adalah aku nak setelkan issue "Low Internal Storage". Henset ni, kapasiti internal storage dia amatlah kecik, 150MB sahaja! Install itu ini dah tinggal available space sebanyak 15-16MB. Sungguh annoying. Apart from that henset ini memanglah marvelous! Tapi rootkan sahaja tidak mensetelkan masalah aku, kena flashkan ROM dia dengan custom ROM yang ada capability A2SD+.
Mula-mula aku rootkan phone aku ni guna unrEVOked3. Lepas recce around Google, LeeDroid macam terbaik untuk atasi masalah low internal storage ni. So aku install ROM Manager dah flashkan dengan LeeDroid HD v3.3.3 R5. Aku ada jugak try CyanogenMod7, tapi kena flash sendiri Google Apps (Gmail, Android Market, etc.) macam jadi satu masalah je untuk dibuat. CM7 tu memang smooth gila compared to LeeDroid. Tapi sekarang aku macam dah get used to LeeDroid, dah tak lagging sangat dah.
See the available space under Internal Storage? It used to be 15 to 16 MB only.
What it does is, untuk mencapat matlamat ini. SD card haruslah dipartitionkan semula. Macam aku resize 8GB partition ni kepada 2 partition. Satu partition 512 MB format EXT3 dan selebihnya dalam format FAT32. Jangan lupa untuk backup dulu data-data dalam SD card sebelum buat resize ni, in case of data loss. Resize ni aku buat dalam Ubuntu 11.10 aku, guna applikasi GParted.

Stretch Mark? Menakutkan!!

Thursday, February 23, 2012

| |
|

Assalamualaikum.
Jom cite pasal stretch mark. Aku kurang amik tahu pasal stretch mark sebelum ni.
Whatever it is, aku tak amik kisah. heh
But now, aku dah tahu ape itu stretch mark. Huk2..
Stretch mark ni happens bila kulit meregang dengan pesatnya secara tiba-tiba disebabkan pregnancy, muscle gain and so on. So disebabkan kulit tetibe meregang dengan jayanya, terjadilah rekahan-rekahan yang menakutkan ini.
Rekahan ni biase mule2 akan berwarna merah but end up jadi kale hitam or putih. depends kulit la kot.
Cube tengok gambar-gambar ni:




Scary tak? Obviously ni bukan perot aku la kan. Tapi i'm having this thing right now.
Arghhhhh!!! Okay2, bear in mind, ni bukan merungut okay!!! Just sharing what i felt..hehe
Sebagai wanita, aku rase majority tak kisah kot korbankan ape aje untuk dapat zuriat kan? 
Ape la sangat stretch mark ni kalo nak dibandingkan dengan kebahagiaan bila ada anak. 
So, jangan cakap aku merungut lak eh! please...hihi

But, bende ni sikit sebanyak akan mempengaruhi emosi. Bila tengok cermin, akan rase a bit down.
Awal-awal, aku tak perasan pon. Even aku rase cam perot nak pecah je..ade rase pedih2 sikit. (ade orang cakap rase gatal-gatal. aku tak rase sangat gatal)
Aku tak perasan ade stretch mark ni sebab kedudukan dier tuh yang memang takkan nampak dengan memandang ke bawah. hehe...kene ade bantuan cermin ye! 
So lepas kakak aku tanye, baru la aku tengok and sedey okay! Sangat menakutkan rupenye. huhu

Kat sini aku nak share, daripada pembacaan aku la kan, stretch mark ni boleh dielak.
Dari awal pregnancy lagi sepatutnya sapu krim dekat tempat-tempat yang akan meregang ni.
Krim boleh cari kat farmasi macam Watsons ke, Guardian ke. Or bole jugak letak minyak zaitun.
So kepada yang berada di awal pregnancy, sila la pakai cream or minyak zaitun eh. sebelum terlambat. ;p

Kalo da sampai stage macam aku nih, means dah ade stretch mark, nak hilangkan macam tak tahu la bole ke tak. Penah aku tanye nurse, bende nih bole hilang tak? dier cakap takkan hilang punye. sebab dier pon penah ade mase pregnant anak first. tapi akan kurang la. So nak reduce stretch mark nih, bole la pakai cream or minyak zaitun. Itu ajelah yang boleh dibuat.
Ni contoh cream yang aku gune sekarang:

Bole jugak gune Bio-oil eh. Aku tak test lagi Bio-oil nih. macam nak beli jugak later.

Tu jelah nak share. A little advice kepada ibu-ibu yang masih di awal kehamilan, sile ambil tindakan sepatutnya eh untuk elak stretch mark. Better prevent than cure. hehe..bai!



Ante natal class by An Nur

Saturday, February 18, 2012

| |
|

Approaching third semester, dah start pikir pasal delivery. huhu..tatott!!
Last 2 weeks, baby aku murah rezeki. hehe..asal? rezeki ante natal class.
Yela, bile bace blog2 mak2 mengandung, and terbaca pasal ante natal class, aku pon trase nak pegi.
First time nak mengeluarkan manusia dari rahim nih, hehe..mesti banyak ilmu kene tuntut kan?
So during that last 2 weeks, ade nurse dari An Nur call aku, tanye nak join tak ante natal class diorang.
Just RM 30 per couple, dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang. Aku pon tak pikir panjang, setuju je!

Then esoknye mase aku check up kat Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra lak, nurse situ tanye, "nak join tak push2 class? free jer"...erk...alamak nurse...saye baru confirmkan ngan An Nur. so aku cakap takpelah. Saye dah book ante natal class kat tempat lain. huhu...sedey gak bile nurse tuh cakap "rugi tau!"..alaahai...

So, Ahad, 12 Februari 2012, kami suami isteri pon pegi la Ante natal class tuh.
Diorang buat dekat Hotel Amani, Bangi. Hotel nih dekat belakang Ariani tuh..senang je nak cari.
Sampai2, daftar, bayar, then dapat goodies bag. hehe...then breakfast kat Restoran sebelah hotel tuh.
Breakfast nih memang includes sekali la.

Then naik atas, mula lah class. jadual sangat padat okay! macam2 ilmu dapat dituntut.
Ni aku attach jadual untuk ari tu:

sedikit kabur, kalo nak clear, zoom la eh ;)

Yang aku tanda tuh sume sesi yang diadakan, cume satu je yang aku pangkah tuh.
Doktor tu ade kematian, so tak dapat datang and diganti dengan pakar nutrisi makanan dari Dumex. 
Overall, best2 jugak ceramah diorang.
For me, aku paling suke slot by Dr. Norizah. Dr ni dari HKL. comel2 je orangnye.
Best biler dier cite pasal bersalin. hehe
Then bile tanye hubby aku lak, die suke slot by Puan Jasmeen Tay Abdullah. hehe
Puan ni cite pasal breastfeed. memang die open je cite and main sebut je 'tetek'. hehe...cerah mate hubby2. ;p
Slot petang lak exercise. Time ni la die ajar cara nak bernafas time sakit cane, time nak hold dari push cane and time push cane. hubby2 lagi terer kot. hehe...so harap2 hubby aku leh ingatkan bila tibe mase nanti. Penat okay sebab kelas tamat dah nak dekat kol 6 jugak. 
Owh...makan dekat sini ade 4 kali. breakfast, morning break, lunch and tea break. kenyang!

Dalam goodies bag yang aku dapat tu lak, ade banyak bende gak. antaranya:

Nak tahu ape yang ade?
Ade susu tuk mama, nappy cream, pampers tuk baby and mama ;p, pamplate2 ilmu, coupon mom's care and ade few lagi. :D

So sesape nak pegi antenatal class by An Nur nih bole la contact nombor ni: 03 89250020
But aku tak sure la bile lagi dia adekan. sila tanye eh. :)

p/s: majority yang join kelas ni sume due date area March. aku je May. heh...awal kan aku pegi? jangan terlupa sume time nak deliver nanti suda la.





Dubai Fountain + Whitney Houston's "I Will Always Love You"

Tuesday, February 14, 2012

| |
|


Sangat smart dan cantek! Ditujukan khas buat isteri tersayang ;D

Reality: Patrice Evra vs Luis Suarez handshake

Monday, February 13, 2012

| |
|



It's Evra who withdrawn his hand just before Suarez handshake. Judge it for yourself!

Gameweek 25: Manchester United v Liverpool FC

Friday, February 10, 2012

| |
|


Esok hari Sabtu (Feb-11, 2012) LFC akan bertandang ke Old Traffart. Do you remember 1-4 when even Andrea Dossena scored? Bring on syaitoooon!!!

p/s: Aku predict 1-2 LFC wins, a very tight game.

Onedot12 is now 2 years old!

Thursday, February 9, 2012

| |
|

Wah! Pejam celik kejap je blog kitorang dah berusia 2 tahun 2 hari pada hari ni! Tak sedar dah masuk 2 tahun

Hotel Grand Lexis, Port Dickson: Trip mengidam

| |
|

Wife aku duk mengidam nak berendam dalam pool, kalau nak pergi hotel biasa atau public pool time perut wife aku tengah memboyot ni maybe tidak sesuai. During our last trip to Krabi, kitorang ade berkenalan dengan a group of Singaporean, satu family. From them la first time kitorang dengar pasal hotel ni. So last Monday sempena cuti Maulidur Rasul kitorang pergi ke sini, Hotel Grand Lexis, Port Dickson. Dapat best deal from Agoda.com


View Larger Map

Pada aku, hotel ini unik sebab it has its own private pool within every room. So kalau nak berenang tergolek terlentang pon boleh kira lantak pi deme lah. Kitorang amik roomtype Deluxe Suite - Garden Living. Yang ni lah paling murah kut - sebab atas tanah. Yang lain-lain kat highrise dan atas permukaan laut (dalam Google Maps kat atas belom lagi available image yang atas laut tu). Bilik ini quite nice, cuma agak jauh nak ke main lobby hotel & it's restaurant tapi dekat gila dengan car park. Ada 2 katil king size, so boleh pilih to choose which one, atau tido je dua-dua katil. At default setting, hotel ni benarkan 2 orang guest je untuk bilik ni, kalau nak masuk extra people kena tambah duit. Kalau bawak lebih guest without bayar and then kantoi, depa cakap depa mintak charge harga satu bilik baru (GILA). So pepandai lah. Aku rasa, room ni boleh kot duk sampai 3-4 adult.
Hotel ni pada aku dah kira great with its unique features, cuma location wise aje yang aku tak berapa nak berkenan. Kawasan yang agak dull dan tak tahu sangat nak pergi mana. At least the last time kitorang pergi Avilion Port Dickson, ada la jugak private beach untuk lepak. So kali ni, most of the time kitorang lepak je mandi pool kat bilik.
Kitorang pon sempat jugak pusing-pusing merayau area hotel dan snap some more photo.
Belah malamnya, kitorang cuma pergi makan dekat Medan Ikan Bakar MPPD, maybe ada lagi port makan yang lagi terbaik kat PD ni, tapi ni je yang sempat kami jumpa. Nak rayau kat luar lama-lama xcukup 2 marhalah pulak utk solat jamak. Rasa dan harganya boleh tahan la, tapi makan kat Krabi lagi terbaik! ;D
Sempat snap sunset photo. Alahai lawa la pulak ...

p/s: More photos on Facebook

Astro: annoying "channel is not included"

Friday, February 3, 2012

| |
|

Luorang rasa macam aku tak? Astro punya message that the channel is not subscribed bla bla adalah sangat meng'annoy'kan (This channel is not included in your subscription. To subscribe, please call Astro customer service). Aku suka nak belek channel-channel kat Astro untuk tengok apa yang ada kat tv, tapi ...

Nape ye Astro tak buat option camni available kat decoder diorang, pilihan untuk available (subscribed) channels sahaja? Nak guna Favourites, masalahnye ada had storan simpanan pulak. Kadang kalau guna Fav ni, maybe takkan perasan bila ada new channels nanti ...