Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


langgar lari

Thursday, March 8, 2012

| |
|

 gambar hiasan
Atau dalam english dipanggil "hit & run". Aku pernah dilanggar lari oleh pemandu kereta masa aku kecik-kecik dulu. Aku ingat-ingat lupa the exact year, aku darjah 2 masa tu atau pon darjah 3? Tapi aku mmg ingat, it was Malam 7 likur. So 27 Ramadan tahun Masehi 1988 atau 1989 bersamaan 14 Mei 1988 atau 3 Mei 1989 la kut.

Malam tu, lepas habis terawikh (8 rakaat), aku yang berbaju melayu serba hitam terus bergegas nak balik umah, seberang jalanraya dari masjid. Sebab time budak-budak, agak kelam kabut sikit tengok kiri kanan untuk traffik atas jalan. Aku sure dah bajet yang jalan tengah clear takde kereta langsung, so aku terus je lari melintas jalan. Aku rasa macam dah nak dekat dengan garisan tepi jalan sebelah umah, tiba-tiba aku rasa badan aku melayang. Aku kena langgar. Terpelanting ke kawasan berumput di tepi jalan. Mula-mula aku terus bangun mencari selipar aku ke mana hilang. Tapi lepas tu aku terus terjelepok terbaring sebab baru datang rasa sakit. Aku nampak kereta yang langgar aku tuh berhenti di hadapan dalam jarak lebih kurang 100m. Tapi, tak lama lepas tu, pemandu tu terus blah. Tak kisah dah apa yang jadi ngan aku. Nasib ade 2 orang yang duk melepak kat bus stop tepi masjid nampak aku kena langgar, bawak aku sampai umah. Tulang rusuk kiri aku alignment lari. Pergi berurut kat Pasir Panjang. Nama jalan atau kampung dia Nyior Sebatang kalau tak silap.

Agak-agak kan, driver yang langgar aku tuh, tak rasa bersalah ke? Sampai sekarang, aku tak tahu siapa yang langgar aku tu. Agak-agak dia tahu tak aku masih hidup skrg ni? Atau kalau aku dah mati time tu, memang dia buat dunno je until now? Hati perut dia takde ke? Well, kalau lah, driver tu tengah terbaca tulisan aku ni sekarang (mana lah tahu...), jikalau ANDA pernah melanggar lari seorang budak (bukan anak kambing ni woi!), pada bulan puasa tahun 1988 atau 1989, di Marang, Terengganu, main road, depan masjid, so now you know, budak tu selamat. Alhamdulillah. Tapi aku nak tanya kau, KAU TAK RASA BERSALAH LANGSUNG KE?

2 minggu lepas, wife aku tengah drive balik kerja petang Jumaat, tengah hujan, kena langgar lari dengan driver Nissan Sentra kelabu plate number WTG 894, dia ade tulis kat sini. Agak-agak kan, bila kau dah langgar orang, takda hati perut ke nak turun tanya ok ke tak, tak terfikir ke, orang yang kau langgar tu maybe tengah 7 bulan mengandungkan anak sulung ke? Maybe kau fikir, kalau kau lari, kau takkan kena ape.. kan?
Langgar lari memang best kan? Takde rasa bersalah. Ko rasa ko boleh lepas macam tu je. Kau tunggu, kene kat batang hidung sendiri nanti, kat family kau ke, sampai traumatized nak drive ke, sendiri mau ingat lah. Karma is a bitch!

Dan aku yakin, pembalasan akan tetap ada. Tak dapat cash kat dunia, lu menjawab la nanti kat akhirat