Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Sedih :(

Thursday, March 1, 2012

| |
|

Salam.

Hidup ni penuh dugaan kan? Setiap manusia diduga pelbagai cara. tak sama.
Lately dugaan bertimpa-timpa.
Aku bersyukur sebab dugaan sebenarnya mendekatkan aku pada Nya.
Tak pernah terdetik dalam hati aku nak menyusahkan.
Walau siapa pun, tak pernah terdetik dalam hati aku untuk menganggu.
Tak ingin aku ambil tahu jika bukan urusanku.
Seboleh-boleh, semampu-mampu, aku cuba lakukan apa yang diamanahkan di bahu aku sedaya aku.
Walau kadang di luar kemampuan, aku redah jua.
Tapi entah kenapa, banyak yang tidak senang.
Walau ke mana, walau di mana, aku pasti jumpa yang membenci.
Di mana salah ku sebagai manusia?
Aku sering jadi bahan untuk mereka lepas amarah.
Aku jadi tempat mereka salurkan rasa tidak puas hati.
Tindakan ku mengundang rasa kurang senang.
Mungkin juga caci maki dan benci.
Kenapa? mungkin kerana luaranku nampak keras.
Mungkin kerana aku seperti tidak peduli.
Mungkin terlalu banyak kekurangan dalam diri ini di mata mereka.
Tapi aku juga punya hati. hati yang cuba aku keraskan pasti akan terguris jugak.
Sementelah lagi aku membawa hati kecil bersamaku kala ini.
Gunalah budi bahasa jika aku tersilap.
Perbetulkan salah aku di tempat yang tidak datangkan aib padaku.
Tegurlah cara berhemah dan rasa hormat.
Itu pintaku. 
Ada ke yang peduli?

Sangat kecewa dan sedih aku kala ini. :(