Kalau boleh, memang nak tolong orang Melayu kita ni berniaga. Tapi ada di kalangan mereka ni suka nak ambil kesempatan.
Semalam, biras aku, Redza ada call iklan2 lori yang ada merata di kawasan rumah dia ni. Nak pindah rumah, tak jauh. 200 meter je. Cuma nak guna angkat barang2 besar seperti katil, almari, peti ais. Call punya call, ada la satu brader ni, Aizat bagi the 'best' price. Lori 1 tan, RM 80 & tambah 3 orang pekerja RM 60. So Redza pon setuju dan pegang lah harga RM 140 sebagai total untuk pindah rumah hari ni. Set masa, pukul 11 pagi.
Hari ni, lori sampai lewat sejam. Pulak tu datang dengan lori 5 tan. Tanya mana lori 1 tan? Drebar lori cakap tokey kata tak ada. Plan asal nak angkut barang-barang besar saje. Ye la kan pindah 200 meter je. Drebar suruh angkut semua. Dah siap angkut barang semua, drebar lori tu cakap. Semua barang ni ngam2 muat lori 5 tan ni, so RM 140 darab 5 tan = RM 700. What the fuck? Macam cibai je buat bisnes camni. Nape tak bagi tau siap2 semalam kena darab ikut tan bagai pulak? Aku pindah dari Puchong ke Bandar Bukit Mahkota dengan lori 2.5 tan dan guna 2 orang pekerja pon baru kena RM 300.
Bila dah tak puas hati macam ni, call balik Encik Aizat tu, dia pulak pertahankan memang kena darab 5 tuh. Memang nak kena. Bayeng, brader in-law sulung aku advise better turunkan balik barang, cancel lori. Encik Aizat tuh cakap 'okay' tapi still kena bayar duit minyak lori, RM 100. Cibai lah Melayu yang meniaga macam ni. Memang macam nokharoom!!
P/S: kalau nak cuba perkhidmatan sewa lori yang lain, boleh cuba dengan theLorry.com, insyaAllah boleh dipercayai
Disclaimer: This story is based on our own personal experience. Sharing for precaution to anyone and giving some room for improving services. Not to debate who is right or wrong. Peace. TQ.