Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Hospital Putrajaya + saman parking

Tuesday, June 12, 2012

| |
|




Pagi 22 May 2012, aku dan wife pergi ke Hospital Putrajaya sebab air ketuban dah pecah. Around 8.30 pagi, kitorang sampai dan aku terus drop wife aku kat Dewan Bersalin. Setelah DUA KALI aku pusing cari parking dalam kawasan Hospital Putrajaya, hampa sebab TAKDE YANG KOSONG. So aku terpaksa lah parking kat tepi jalan besar betul-betul berhadapan dengan Dewan Bersalin Hospital Putrajaya ni. Wife aku kat dalam tuh tatau lagi macam mana sebab dia sorang2.

1. Aku fikir, aku dah parking jauh di atas rumput takkan halang lalu lintas kat jalan besar.
2. Wife aku tengah nak bersalin, aku tak sempat nak tambah lagi masa untuk drive around untuk mencari parking yang HALAL dan TOYYIBAH.
3. Aku park kat situ bukan di atas sebab untuk pergi bersuka ria dan bersenang-lenang.
4. Orang lain pon pergi ke hospital, bukannya untuk berpiknik.

Kepada pihak berkuasa tempatan yang duk saman parking orang, agak-agak lah wei. Lokasi, Hospital. Bukannya tempat nak berseronok macam Alamanda ke. Isu dia bukan berapa duit kena bayar saman, tapi isu sensitiviti dan common sense. Takkan takde sensitiviti langsung? Boleh nampak apa parking penuh. Takkan la pihak berwajib tempatan tidak tahu situasi parking kat tempat sendiri?

Sekali lagi aku ulang, ORANG PERGI HOSPITAL BUKAN UNTUK BERSUKA RIA!



View Sini lah aku park kat Hospital Putrajaya bukan untuk bersuka ria in a larger map
p/s: Info dari kawan aku doctor kat situ, sila park kat kawasan HIJAU tu klu tanak kena saman.