Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Arfa's future crib - Memorandum of transfer

Saturday, June 22, 2013

| |
|

Salam.

Okay sambung lagi kisah beli rumah. hihi... Selepas dah berjaya bayar semua downpayment, walaupun dah lega, tak habis lagi ye. Kami setelkan downpayment 14 Mac 2013 kan...tapi developer yang tangkas ni dah mintak bank bayar first payment kat diorang iaitu lagi 10%. Due date payment tuh 1 April 2013. Haaa..cepat tau diorang ni nak duit. :p

Dah resah gelisah lagi aku. kalo bank lambat bayar, kene interest la..interest tuh bukan bank tanggung tau, kite sebagai pembeli yang kene tanggung. Even tu adalah kelewatan bank. Bagi pihak bank pulak, diorang taknak bayar selagi tak setelkan Memorandum of Transfer (MOT). Dah kami kejar2 pulak setelkan MOT nih. fuh!

MOT ni agak complicated skit step dia. Hmmm...step dia aku dah lupa sebenarnya. haha.. MOT ni bayaran untuk tukar nama tanah la lebih kurang. Bayaran ni akan dapat dekat kerajaan melalui duti setem. Cara nak kire dia pulak bergantung pada harga rumah. boleh pakai calculator ni. Calculator ni bagi sekali anggaran legal fees which dalam kes aku, developer bagi free. Alhamdulillah. :D

Kalo nak tahu amaun dia boleh la try key-in harga rumah dalam calculator tuh. Contohnye:


Haaa...tuh harga rumah sebagai contoh la..aku main masukkan je. haha...so untuk harga rumah macam tu, MOT dalam RM 6k. banyak kan? mana lagi nak cekau duit weh? Untuk info, bagi pembeli rumah pertama kali dan beli rumah harga di bawah RM 400k, MOT tuh dapat diskaun 50%. Tu mase aku beli la. taktau sampai bila dapat diskaun ni. Yeay!!! jimat banyak tau kat situ. Macam kes kitorang, kitorang guna duit KWSP jugak la untuk setelkan ni. Nasib masih mencukupi. hihi

Cara setelkan MOT ni pulak...hmm...seingat aku la kan, lawyer bank tolong kitorang untuk dapatkan sign DO (Pegawai Daerah) pada borang permohonan tukar nama. Then lawyer developer lak tolong dapatkan quotation daripada lembaga hasil berapa MOT yang kitorang kene bayar. Actually ni memang kerja lawyer2 ni la kan. Then diorang mintak jer bank draft daripada kitorang atas nama Pemungut Cukai. Diorang jugak tolong bayarkan dekat sana. So, sume diorang yang ke hulu, ke hilir. kita tinggal bagi duit je la. :)

Okay. setel la MOT untuk rumah kitorang pada 9 April 2013. Lepas setel ni, bank pon akan start bayar first  payment dekat developer.

Then, start la jugak installment kene bayar dekat bank. Macam kitorang punyer 1st installment pada Mei 2013. Bayaran installment ni ikut progress (bergantung perjanjian pinjaman la kan). Untuk permulaaan rendah lagi la. Akan meningkat mengikut progress rumah.



Ni progress terkini yang suami aku ambil gambar. laju hoi progress dia. maka berkadar terus dengan installment ye. (T-T). Tapi pada aku Alhamdulillah...sebab cepat rumah siap, cepat la dapat masuk kan. hihi