Aku adalah manusia yang paling tak suka iklan yang tak kene pada tempatnya. Kebiasaan seller online akan letak iklan diorang dekat komen gambar atau post yang takde kaitan pon dengan produk diorang. Annoying betol bagi aku.
Apesal eh? Apesal ko yang iklan aku yang panas? Bila aku selami dan pikir aku rase, aku annoying sebab iklan gitu sebenarnya menjentik hati aku, menarik minat aku TAPI kebiasaannya aku tak mampu nak beli.
Kenapa hidup sekarang menjadi terlalu mahal? Kenapa nak mendapatkan hidup yang sihat, yang berkualiti terlalu mahal?
Contoh: insuran. Banyak kawan2 aku jual insuran dengan hujah2 diorang untuk menarik orang beli yang pada aku ada betulnya. Ada satu point dalam hidup aku (baru kahwin), jangan cakap nak beli insuran, nak isi minyak untuk pegi keje pon pakai hutang (kredit kad). So macam mana ko nak suro aku beli insuran masa tu even ko gebang insuran tu membantu di kala kesusahan? Sangat annoying ok. Tapi sekarang aku dah boleh beli insuran untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. Tapi tetap limited perlindungannya. Padahal pada aku dah mahal insuran tu. So persoalan aku kenapa hidup yang ada perlindungan kesihatan (in term of medical cost) terlalu mahal?
Ok aku bagi contoh lagi. Aku adalah ibu yang bagi dua orang anak susu badan. So ko boleh bayangkan tak bebanan badan aku pikul untuk hasilkan susu yang cukup untuk dua anak? Tak. Aku tak merungut. I love breastfeeding. Tapi officemate aku selalu tegur muka aku tak bermaya, badan tak bertenaga. Dia cadangkan aku amik supplement, susu. TAPI ko tahu tak supplement and susu sekarang mahal? U named it. Shaklee? Ephyra? Kak ton? Terlajak laris? Sume mahei. Tak salah pengeluar nak jual mahal sebab produk diorang memang berkualiti. And aku pon akan cari yang berkualiti. Persoalan aku kenapa nak mendapatkan hidup yang sihat terlalu mahal?
Ok contoh lagi. Kereta. Ko nampak orang pakai kereta baru. Wow! Best. Tapi tahu tak ko yang tu sebenarnya hutang. Dah tahu hutang apesal ko beli kete mahal. Oh tak. Kete aku tak mahal kalo banding dengan kete lagi mahal. Cuma aku mencari kereta yang berkualiti dengan servis selepas beli juga berkualiti. Beli kete murah, dah itu ini masalah, servis pon hampeh. Tak kuasa aku nak pening beratur nak servis. Tapi persoalan aku kenapa nak dapatkan kereta yang berkualiti bukan nak bergaya pon mahal?
Ok contoh lagi. Baby. Banyak. Banyak aku bace post kawan2 concern pasal baby. Belilah car seat brand ini bla bla keselamatan terjamin. Jangan pakai carrier brand bla bla nanti bla..bla.. pakai lah botol anak bla bla, jangan bagi anak makan bla bla. Pergh...banyak...banyak noo syarat2 nak jadi ibu moden. Tapi ko tahu tak sumer tu guna duit. Persoalan aku kenapa sume mahal? Nak anak membesar elok (nak claim jadi ibu terbaik) sekarang adalah mahal. Kenapa?
Banyak...banyak lagi contoh benda dalam kehidupan yang menjadi annoying pada aku sebab mahal dan aku tak mampu. Persoalan sekarang salah siapa?
This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.
All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.
Dua puluh sen
Friday, October 3, 2014
| 11:26 AM |Posted by Fazlina Anuar |