Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Jom block internet anak-anak anda!

Friday, September 30, 2016

| |
|

For what ever reason, korang PERLU untuk menghadkan penggunaan internet oleh gadget anak-anak anda, boleh la membuat MAC filtering di router anda. Yeah kenapa tak sembunyikan sahaja gadget mereka? Well, people have their own reasons.

Caranya mudah sahaja. Log masuk ke laman web router anda. Cari setting tentang MAC filtering. Create schedule. Dan setkan MAC address gadget anak-anak anda di dalam MAC filtering setting page itu. Lain router, lain settingnya. Pepandailah korang. Aku just bagi idea.



Apa? Mana nak cari MAC address?
Iqra' this http://optimum.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/2820/~/finding-the-mac-address-on-an-android-phone-or-android-tablet

Arfa Amna & Daddy - Suasana di Hari Raya

Thursday, June 23, 2016

| |
|

Wah.. dah bersawang blog kami ni. 6 bulan without new post dan ini adalah first post for the year 2016! Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri dan Maaf Zahir Batin. Terimalah lagu dari kami anak beranak, Suasana Di Hari Raya (lagu asal dendangan Anuar Zain & Elina). Selamat menyambut hari lebaran, selamat pulang ke kampung halaman, jika memandu jadi lah seorang manusia. Janganlah menjadi seperti babi-babi yang potong queue guna lorong kecemasan dan langgar lampu merah.

AAMEEEEEEEN

Saya tak marah anak-anak saya

Tuesday, December 8, 2015

| |
|

Aku tak setuju kalau tak marah anak-anak langsung. Sometimes marah itu perlu untuk disiplinkan anak. Punca antara budak-budak sekarang too spoilt dan rosak, sebab ni lah. Takut nak marah anak. Takut tak hipster la apa bagai. Tak KimK bagai. Nak anak-anak rosak? Teruskan dengan prinsip TAK MARAH anak LANGSUNG korang tuh. Semoga berbahagia.

Video: Arfa is 3, Amna is 1 & housewarming

Friday, May 29, 2015

| |
|

Bulan May adalah bulan birthday anak-anak. Arfa is 3 on 23/5/2015 dan Amna is 1 on 3/5/2015. We've managed to throw them a birthday bash pada last Saturday dan sekali kami buat housewarming untuk rumah yang kami baru duduki pada last January. Thank you all for coming dan memeriahkan majlis ini. First time buat makan-makan macam ni, insyaAllah next time boleh repeat lagi. Kambing golek perhaps? :D

Video: Arfa & Amna - side by side - 0 to 10 months

Monday, March 16, 2015

| |
|

Biasanya bila Arfa tengok gambar-gambar dia masa kecik, dia akan cakap itu adalah Amna, adik dia. Tak sama lah kakak... p/s: video dihasilkan di dalam Adobe After Effects CS6 dan Adobe Premiere CS6

Video: Amna Hafiya: 0 to 10

Wednesday, March 11, 2015

| |
|

Happy 35!

Tuesday, January 13, 2015

| |
|

Happy New Year 2015

Friday, December 26, 2014

| |
|

Tahun 2014 bakal berlalu. Semoga 2015 datang membawa lebih banyak good memories. InsyaAllah. Selamat 2015. Aameeeeeeen

p/s: Video terhasil adalah keratan 1 saat yang diambil dari video-video koleksi peribadi 2014

Daddy Mama Arfa Amna - family finger nursery song

Sunday, September 28, 2014

| |
|

Arfa memang suka browsing videos dekat Youtube. Lagu favorite dia sekarang adalah Daddy Finger - Finger Family. Macam-macam version ada kat Youtube, cartoon, hulk, lollipops dan macam-macam lagi. So terfikir pulak nak edit letak muka kitorang dalam salah satu video rhymes ni. So last-last pilih video ni untuk edit. Edit dalam After Effects.

Music video: Our Incredible Journey

Saturday, September 20, 2014

| |
|

Satu lagi video hasil dari mengadap Adobe Photoshop,  After Effects dan Premiere Pro. Agak-agak dah boleh amik upah buatkan video orang tak? hehe. Video berkisar dari mula kahwin sampai la sekarang anak dua. Guna still images dan beberapa clip video peribadi. Soundtrack lagu susu Friso

Arfa is 2!

Friday, May 23, 2014

| |
|

Time flies fast. Dah umur 2 tahun anak Daddy & Mama ni. Dah jadi Kak Long dah. Sedar-sedar pulak nanti dah nak sekolah. Nak masuk U. Nak gi keje. Nak kawen. Daddy & Mama nak dapat cucu. Hehehe.. jauh pulak menung ke depan. Semoga menjadi insan yang solehah. Aaameeeeen.

p/s: Birthday kali ni hadiah dapat adik.

Our new born: Amna Hafiya

Thursday, May 8, 2014

| |
|


Hello world. She was born pada jam 5.35pm 3/5/2014 secara pembedahan Caesarean. Ukur lilit kepala ketika dilahirkan adalah 35cm. Wah banyak nye nombor 35! Semoga menjadi anak yang solehah. Aameeen

Happy 3rd anniversary!

Tuesday, April 30, 2013

| |
|

It is our 3rd anniversary. Arfa is going 1 soon!

Oh My Arfa

Thursday, February 14, 2013

| |
|

Salam. Teringin bebenor nak update blog. Tapi bizi dengan rumahtangga.
Last update oleh aku wish selamat hari raya syawal 1433.
Yang lain2 sume updated by hubby ku yang maintain je menulis.
Dia boleh je update blog bebile mase. Cane nak maintain camtu eh yang? U takde time mood kedaung ke?

Sebenarnya aku cuba cari mase untuk menulis sume yang terjadi before ni.
Tapi....bila ade masa, takde mood le pulak. Bila tengah bizi tuh, memacam topik aku nak tulih. Heh
Aku nak sesangat kasi tips psl breastfeeding, gadjet baby, makanan baby dan memacam lagi.
Tunggu eh....nanti ku tulis satu2...tips dari mama beranak arfa yang satu.

Ni nak citer gelagat arfa ku yang satu. Malam tadi dalam pukul 2 pagi, tiga2 kami dah lena.
Then aku terdengar bunyi, rupenye arfa terbangun. Biase nangis2 nak nenen je, ku bagi, diam la dia.
Ni dia siap manjat2 aku, buat muke comel. Geram! Tapi ngantuk.
Ku suro tido, tak mau pulak dia...hai la anak....nape pulak ni.
Bile rase pampers dia berat sangat dah...ok...kugagah bangun salin pampers arfa.
Time basuh baru ternampak ade seketoi taik...ngeh2...patot la anak buat muke comel.
Nak suro mama basuh berak rupenye...tak selesa arfa nak tido.

Dah setel basuh, aku pon tidokan la dia. Tapi, mata arfa dah cerah. Huwaaaa
 Dia start main2 pulak dah...takmo tido...aku melayan dia sampai nak dekat pukul 4 pagi.
Nak nangis hokey! Mama ngantuk ni arfa oi! Daddy nye lak take turn...tah pukul brape arfa terlena.
Mama tak tengok,jam dah. Ngantuk ler mama arini kat opis!

Gaya arfa tido lena

Muke tak senonoh. nak menguap ke ape tah.


Tip penjagaan bayi: Jika bayi tak dapat tidur pada waktu kebiasaan bayi tidur, sila periksa lampin bayi. Mungkin ketidakselesaan akibat lampin terlalu basah atau bayi berak! Hihi

Gold Coast Morib: Arfa first time pergi swim & Mama Arfa 28th birthday retreat

Tuesday, December 4, 2012

| |
|

Sempena birthday Mama Arfa ke 25 kali yang ke-4, dapat offer special price dari Maybank untuk bercuti ke Gold Coast Morib. Not to be confused with the Sepang Gold Coast ye, dua tempat yang berlainan, even company pun tak sama. So, pada last Saturday, December 1st, 2012 bersempena birthday wife gua & dalam masa yang sama untuk hilangkan penat pindah rumah, kami semua check-in lah kat sini. Ambil 3 bilik. Water park dah boleh start main even before check in lagi. Dapat free 6 adult ticket, untuk dua hari.  Untuk tiket tambahan, dewasa RM35, kanak-kanak 2 hingga 12 tahun RM18, kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma. About the water park, cukup sesuai untuk kanak-kanak. Orang tua macam aku ni maybe prefer layan rides kat Sunway Lagoon kot? hehe ...
Arfa first time swim dalam pool. Kaki dia manjang duk mengayuh. Mana tau ade talent untuk jadi perenang negara? Aku memang duk tengok videos yang parents ajar anak-anak diorang sejak baby lagi. Interesting. Arfa pon nampak macam happy main dalam air. Letak dalam pelampung, bawak dia pusing satu water park.


Tok Wan dan Arfa & pelampung





The other thing about Gold Coast Morib ni is, the private Jacuzzi bath. Walaupon tak sebesar mana, tapi boleh lah. First time merasa jakuzi ni so agak jakun la sikit.



Selain dari tempat makan kat hotel, makanan kat luar hotel macam tidak ada pilihan sangat. Kalau nak ke Bagan Lalang, have to drive dalam 30km. So untuk makan tengah hari pada Sabtu tu, kitorang makan je kat pantai Morib. Not bad lah.
Makan malam & breakfast, makan kat hotel. Dapat 12 free voucher. Pada aku, food choice yang ada untuk dinner dan breakfast tidak variable sangat. Macam tak banyak pilihan compared to other hotels yang kitorang pernah pergi. Lagi satu, bab reserved tables. Bayangkan, dalam keadaan time dinner yang full house boleh ade dalam 6 table that was reserved. Dan that table tu sampai ke sudah takde orang pon! (Kitorang kebas je salah satu table tu, takkan nak makan atas lantai ye dok?)


The Reds uncle.

Pantai kat sini, pada aku amatlah biasa compared to pantai-pantai kat negeri Terengganu aku. So xperlu expect pantai yang menarik kat sini.

Arfa & the cousins -  boleh plak cousins pakai baju Chelsea yang kalah 3-1 kat West Ham. Haha


Anyway, thanks kepada pihak hotel kerana bagi kek & cowdoll sempena birthday wife aku.

Kami berpindah lagi!

Tuesday, November 27, 2012

| |
|

Selamat datang ke Kampung Jalan Kebun. Ini merupakan rumah ke-3 (sewa je) untuk kami diami. Rumah ke-2 Arfa. Berpindah dari Bandar Bukit Mahkota, Bangi disebabkan oleh jarak dengan tempat kerja. Doakan kami duduk sini aman dan damai. Aameeeeen....

Suasana kampung kot? Hehehe ...

p/s: full report by Puan Sri tak lama lagi kot ...

Zakat Fitrah 1433H

Friday, July 27, 2012

| |
|

Aku pernah post status kat Facebook dalam tahun 2008 camtu, berbunyi lebih kurang "bila la nak bayar zakat fitrah untuk dua orang ke, tiga orang ke, asyik bayar untuk sorang diri je". Hehe.. ayat tu sindir diri sendiri la kot ntah bila la nak kahwin pada ketika tu. Alhamdulillah, tahun ni dah bayar untuk 3 orang sudah, untuk aku, isteri dan Arfa.

Alhamdulillah...

Our new born: Arfa Tasnim

Thursday, May 31, 2012

| |
|


Arfa membawa maksud yang mulia, tinggi manakala Tasnim adalah nama sungai/fountain di dalam syurga. Arfa juga hasil dari gabungan nama aku dan wife, where Ar produce the sound of R, initial for Ramzul and Fa for Fazlina. She was safely born to this world on 23rd May, 2012 4:05am at Hospital Bersalin Kuala Lumpur. The short intro music is from Muse - New Born and the rest of the song is Yuna's Terukir di Bintang. Ntah kenapa aku pick Yuna's song for this, masa aku on the way pergi ke hospital, kat radio kuar lagu ni, and buat aku sebak. Manly tears. haha

Fun facts:
Me the daddy was born on the 12th day
My wife the mommy was born on the 12th month
and she was born on the 12th year!

After keluar OT, my wife diletakkan kat katil no 12 dalam ward.

Memang so the onedot12.com

Ice Cream Cake for him

Monday, January 16, 2012

| |
|

Assalamualaikum...hehe
nak cite..nak cite...even dah basi...
kan en suami dah cite sal beday dier kat sini.
ceh...ingat memang tanak pegi TGI Friday sebab takut tak halal.
even aku dah siap ckp yang Alamanda punyer memang halal pon tanak.
rupenye ade sebab lain. haha

haih...susah jugak nak buat suprise untuk beday kali ni.
maklumlah...tengah perot ke depan cani.
nak plan gempak2 pon, takle suprise gak.
last2 die gak kene drive kan. takkan nak pegi sorang2. haha
so, same case jugak tuk beli kek.
since hubby dah cakap tanak kek, aku redha je la.
Secret Recipe memang dekat je ngan umah. tapi baru je makan kan.
pastu baby (salahkan baby) plak nak makan kek lain.
Kek cap BR die kate. haha...yang aku tahu BR ade kt Alamanda je.
dats why dah ajak siang2 g Alamanda. since aritu tak jadi g Alamanda, so takde la kek di hari kejadian.

Tapi keinginan baby untuk makan BR masih tinggi. wahaha...bes la ade alasan. ;p
even bukan beday aku, aku yang nak sebenarnye (okay bukan baby). hihi
Maka jumaat, 13 Januari 2012, kami pegi la Alamanda tuk beli kek nih:

nampak ke? haha

Kek ni, bile beli, dia akan bagi free ais kering. supaya tak cair bile sampai umah.
tapi ais kering tuh just untuk sejam je free. kalo umah jauh, beli la extra ais kering eh. hihi

Kek Baskin Robbins ni ha yang aku teringin. :D

Ni warning yang ditampal kat kotak kek ni. Sila baca ye. kang tak pasal dengan tangan2 jadi beku. hihi

Muke beday boy yang terlambat dapat kek sehari. haha

Kek ais krim ni memang cepat btol la cair. hadoyai. 
Lepas dibuang ais dari dalam kotak tu ha, memang kek ni akan mencair.
5 minit je dah buruk ropernyer. tengok ni haaa

Aku tuleh kat tepi tu pon da xnampak ape. sedey..:(

cair pon, potong tetap potong. haha

mahu sebuk jugak...:)

hehe...camtu lah citenye kek ais krim nih. cepat mencair....
tapi rasenye memang sedap okay!!! tak nyesal beli!!! SEDAPNYERRR!!! haha
satu lagi lah gamba kek yang cun skit. ;p

Top view masih tidak comot

Okay lah...tu jelah citer beli kek untuk beday boy...hihi
Anyway Happy Birthday Sayangku!!! Tenks for everything!!!
For being with me, being a very good hubby, very good listener, very good adviser,
very caring, very good in everything lah!!! no one can be like u!!! hehe
love u till end of life and hopefully till heaven!!!!

okay..tu je...nanti nak tuleh lagi pasal pregnancy lak! hehe..bye!

My 30th birthday (yang ketiga)

Thursday, January 12, 2012

| |
|

Malam tadi wife aku belanja makan nasi arab kat Saba Restaurant, Cyberjaya sempena birthday aku yang ke 30+2. Mula-mula dia tanya nak kek ke tak, since rasa macam baru je makan the whole cake masa birthday wife aku last December, so aku rasa tak perlu la kot (jaga badan haha). Before decide nak gi makan kat sini, wife aku ajak pergi TGI Friday's Alamanda, tapi aku teringatkan masa celebrate birthday kawan aku Ayie dengan Azmin & Faisal Saila dekat TGI Friday's The Curve, Ayie kena nyanyi atas meja dan botol sos sebagai mikrofon, so aku tanak (tapi tak bitau wife aku sal tu haha)

So, bab makan ni, wife aku ordered Lamb Kabsah dan aku pulak ordered Lamb Hanith. Sangat sedap ok! Daging yang sangat lembut tak perlu susah payah nak makan. Dan lagi penting, tak pening makan lamb ni. FYI, aku memang akan selalu pening bila makan lamb or mutton, nak potong pening tu aku akan makan fresh tomato. A few slices pon dah cukup. Tapi malam tadi, takat pening sekejap masa mula-mula drive, tak lama tuh dah hilang. Aku ada tanya kawan aku, dia cakap cara masak dia yang guna minyak sapi bagi tak pening. Taktau la betul ke tak fakta tu, kalau dia tipu aku, so aku tipu korang lah.

Anyway, thanks ye darling!