Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Arfa warded : Exudative tonsilitis

Monday, November 24, 2014

| |
|

Salam,

Warning: Entry full of pictures!!!

Tarikh keramat 9-15 Oktober 2014, Arfa warded for the very first time at 2 years and 5 months old. 

Cerita dia mula gini. 5-6 Oktober 2014 kan Raya Haji. So kami suami isteri cuti. Company suami cuti lebih sehari sampai 7 Oktober. Jadinya daddy pon bukak daddy day care. hehe. daddy jage la dua orang princess time mamanya pegi kerja.

Balik keje tu, aku tengok muke arfa macam lain. nampak bengkak sikit matenye. tapi tak ketara. then arfa tertidur kat depan tv. aku pon pegi la betulkan posisi dia tidur. then terase panas la pulak badannya. takpe, baru first day demam. malam tu tidur macam biase.

Besoknya pon aku hantar arfa pegi rumah pengasuh dia macam biasa sambil pesan kalau panas lagi badan arfa tu bagitahu la. balik kerja pergi ambik arfa kurang sikit dah panasnya. tapi mata still bengkak. Malam tu nak bawa pergi klinik tapi tak tahu nak pergi klinik mana so still tak pergi.

Pagi 9 Oktober, panas pulak badannya. so kami bawak arfa pergi Klinik Ajwa dekat Seksyen 7. Klinik ni okay sikit bagi aku and ramai jugak patient kat situ. means orang suka la service klinik tu kan. doktor cek arfa and memang demam la then dia bukak mulut cek anak tekak sumer. masa ni baru la dia nampak bengkak and nanah bebanyak kat tekak arfa. then dia request nak test darah. lepas test darah and result darah tunjuk platlet arfa dah drop below normal dia pon suruh admit la.

Then kami decide nak admit dekat DEMC since PrudentialBSN Insurans cover hospital tu dengan KPJ je kat area Shah Alam ni. Dekat DEMC pon sama. Lepas doktor sana cek and test darah, dia pon suruh masuk wad. So, itulah dia first time dalam hidup arfa kene duduk wad. Aku pon sempat tengok tekak arfa, memang ngeri dan geli jugak la rupanya. hehe

First day Arfa admit. Tangan dah kene cucuk jarum. Masa ni hanya bilik twin sharing je available. dah tu katil pulak yang jenis baby cot ni je ada. pasrah je la kami duk bilik tu. tapi okay jugak sebab bilik dia agak besar. boleh hampar toto and kami tiga beranak (mama, daddy and amna) tidur kat bawah.

Masih first day dah ada tetamu. Thanks Mak Bai and Mak Ngah!

Ni second day. mata arfa tetap lah bengkak. tak tahu la pulak aku ape kaitan sakit ni dengan mata bengkak. doktor pon takleh explain cuma dia cakap maybe effect dari sakit tu lah.

kekadang dah bosan duk atas katil, arfa turun ke bawah. makan kat sini sesedap jugak. tetiap hari aku yang order, aku jugak yang abiskan. hehe..sepanjang duduk hospital ni, arfa tak berapa nak makan since tekak dia pon sakit kan. so dia banyak menyusu je. tu pon dia minum slow2. sedih pulak teringat muka dia tahan sakit nak telan susu je pon.

Nenek datang melawat. datang sekejap pon dah naik sikit semngat arfa

tok wan nya pegang amna

ni hari ke berapa tah. mata masih bengkak

tidur je la arfa kat sini. tak dapat nak aktif sangat.

nenek datang lagi

tok wan pon datang lagi

lepas 3 malam kat situ, kami tukar bilik single. arfa pon dah makin selera nak makan time ni

dah makin ceria arfa. Alhamdulillah

haaa...nampak tak dia dah start bosan duk hospital

melihat dari jauh. hehe...macam pergi bercuti jer. sebenarnya ni hospital ok.

Kat sini aku nak ringkaskan sikit beberapa benda yang aku nak highlight tentang DEMC:

  1. Doktor: memula macam pelik jer cara doktor diagnose sakit arfa. jap denggi, jap tonsil. aku pon pelik jer. tapi sebagai mak ayah, kite kene banyak tanya. tanya jer semua bende sampai clear. Dah banyak hari kat situ nanti, sampai dah boleh tahu apa doktor nak komen and faham. hehe
  2. Nurse: Subhanallah...nurse kat sini sangat la baik2. Tekan je butang, tak lama sampai la diorang. Cara bagi makan ubat pon pelbagai. Banyak jugak aku belajar cara nak handle orang sakit sepanjang arfa admit kat sini.
  3. Bilik: bilik kat sini selesa. Twin sharing ke single ke memang best. Luas dan bersih terjaga.
  4. Kemudahan: macam2 kemudahan ada kat sini macam kedai makan utk ngopi ke lepak2, kiosk untuk arfa cuci mata and kedai souvenir yg sempat jugak arfa pau kipas warna warni tu dr daddynya.
Banyak lagi kot boleh dihighlight tapi lupa dah. Hehe...in short, hospital ni sangat okay untuk kanak2. 

Pasal bayaran pulak thanks to our insurans agen. Segalanya lancar dan memuaskan hati. Alhamdulillah. 

P/s: masa arfa warded ni aku ada terase sikit dengan status seorang insan kat facebook yang macam nak kata parent ni suka anak duduk hospital sbb dpt claim insuran. Parent memane pon nak tengok anak sihat je kot. Kalo dah warded tu boleh sihatkan anak, itu la yg parent macam aku pilih. Dah amik insuran, guna lah time gini. Apa pon tak boleh lah kau ni! Huh!

















E-liquid Tasty Element

Thursday, January 9, 2014

| |
|

Dalam masa seminggu lebih lagi, maka genaplah SATU TAHUN aku dah tak hisap rokok. Alhamdulillah. Many thanks to Vape community. Ramai jugak ahli keluarga dan rakan-rakan berjaya meninggalkan tabiat merokok menerusi  vaping culture ini. Pelbagai e-liquid pernah dicuba untuk sesuai dengan citara rasa tekak masing-masing.

Setakat ini, aku mostly vape with Vitagen Groovy Grape 6mg dari Tasty Element. Selain itu, depa ada flavor Strawberry Frost 6mg & 9mg, Apple Mint 6mg, Pomegranate 6mg & 9mg dan Special Blend Flavour 6mg. Aku suka Vitagen Groovy Grape sebab kesejukannya tak terlampau sejuk dan tak kurang sejuknya. Just nice. Nice grape taste.

Nak cuba? Boleh contact diorang ni..
019-3394005 (Redza-Kajang/Bangi)
012-5766982 (Redzmi-Cheras / Shah Alam)
019-2666580 (Khai-everywhere in Klang Valley)
Downtown Jalan Reko, Kajang - Yin Yang

Facebook Tasty Element


Happy vaping!

Friday, February 22, 2013

| |
|

Alhamdulillah, hari ni adalah Jumaat ke-6 aku dah tidak hisap rokok. Sebelum ni, macam-macam kaedah cuba untuk quit smoking. Last kaedah before this adalah dengan Niquitin, tapi kurang berhasil. Thanks to e-rokok / e-cigarette / personal vaporizer / rokok elektronik. Many thanks ;D

E-Rokok / E-Cigarette / Vaporizer membahayakan kesihatan ....... kah?

Tuesday, January 29, 2013

| |
|

Lawak of the year. Rokok biasa, laaaaaaaaagi la bahaya! PUIIIII!

Sleep study for sleep apnea

Wednesday, July 18, 2012

| |
|

Apekah Sleep Apnea? Merujuk kepada Wikipedia, Sleep apnoea (or sleep apnea in American English; /æpˈniːə/) is a sleep disorder characterized by abnormal pauses in breathing or instances of abnormally low breathing, during sleep. Each pause in breathing, called an apnea, can last from a few seconds to minutes, and may occur 5 to 30 times or more an hour. Similarly, each abnormally low breathing event is called a hypopnea. Sleep apnea is diagnosed with an overnight sleep test called a polysomnogram, or "sleep study".

Last week, aku did a Sleep Study dekat Shah Alam Specialist (SALAM) after doctor nak determine sama ada aku perlukan operation untuk remove tonsils ataupun guna C-PAP machine. Maka terpaksalah aku overnight satu malam kat hospital. The result, aku mengalami Obstructive Sleep Apnea dan aku dapat AHI score dalam kategori severe.
The AHI is used to classify the severity of your sleep apnea, according to the following criteria: 
  • Mild: 5-15 events per hour of sleep 
  • Moderate: 15-30 events per hour of sleep 
  • Severe: greater than 30 events per hour of sleep
Huhu.. doctor cakap removing tonsils takkan solvekan dengkuran aku nih, maybe hanya dapat improvekan sedikit dari segi breathing. Haha.. kena pakai C-PAP yang harganya RM 8000. Hmm... tak la kot nak beli. Lain solution, kena kuruskan badan. Hmmm... berusahalah! (harap dah pindah Shah Alam nanti dapat join sports sbb ramai kawan-kawan berdekatan)
Patient using a CPAP machine. There are many models of CPAP face masks.

So as for now, continue guna spray dalam hidung yang doctor bagi dan amalkan minum susu tiap kali belum tido (advise dari officemate aku).

Stretch Mark? Menakutkan!!

Thursday, February 23, 2012

| |
|

Assalamualaikum.
Jom cite pasal stretch mark. Aku kurang amik tahu pasal stretch mark sebelum ni.
Whatever it is, aku tak amik kisah. heh
But now, aku dah tahu ape itu stretch mark. Huk2..
Stretch mark ni happens bila kulit meregang dengan pesatnya secara tiba-tiba disebabkan pregnancy, muscle gain and so on. So disebabkan kulit tetibe meregang dengan jayanya, terjadilah rekahan-rekahan yang menakutkan ini.
Rekahan ni biase mule2 akan berwarna merah but end up jadi kale hitam or putih. depends kulit la kot.
Cube tengok gambar-gambar ni:




Scary tak? Obviously ni bukan perot aku la kan. Tapi i'm having this thing right now.
Arghhhhh!!! Okay2, bear in mind, ni bukan merungut okay!!! Just sharing what i felt..hehe
Sebagai wanita, aku rase majority tak kisah kot korbankan ape aje untuk dapat zuriat kan? 
Ape la sangat stretch mark ni kalo nak dibandingkan dengan kebahagiaan bila ada anak. 
So, jangan cakap aku merungut lak eh! please...hihi

But, bende ni sikit sebanyak akan mempengaruhi emosi. Bila tengok cermin, akan rase a bit down.
Awal-awal, aku tak perasan pon. Even aku rase cam perot nak pecah je..ade rase pedih2 sikit. (ade orang cakap rase gatal-gatal. aku tak rase sangat gatal)
Aku tak perasan ade stretch mark ni sebab kedudukan dier tuh yang memang takkan nampak dengan memandang ke bawah. hehe...kene ade bantuan cermin ye! 
So lepas kakak aku tanye, baru la aku tengok and sedey okay! Sangat menakutkan rupenye. huhu

Kat sini aku nak share, daripada pembacaan aku la kan, stretch mark ni boleh dielak.
Dari awal pregnancy lagi sepatutnya sapu krim dekat tempat-tempat yang akan meregang ni.
Krim boleh cari kat farmasi macam Watsons ke, Guardian ke. Or bole jugak letak minyak zaitun.
So kepada yang berada di awal pregnancy, sila la pakai cream or minyak zaitun eh. sebelum terlambat. ;p

Kalo da sampai stage macam aku nih, means dah ade stretch mark, nak hilangkan macam tak tahu la bole ke tak. Penah aku tanye nurse, bende nih bole hilang tak? dier cakap takkan hilang punye. sebab dier pon penah ade mase pregnant anak first. tapi akan kurang la. So nak reduce stretch mark nih, bole la pakai cream or minyak zaitun. Itu ajelah yang boleh dibuat.
Ni contoh cream yang aku gune sekarang:

Bole jugak gune Bio-oil eh. Aku tak test lagi Bio-oil nih. macam nak beli jugak later.

Tu jelah nak share. A little advice kepada ibu-ibu yang masih di awal kehamilan, sile ambil tindakan sepatutnya eh untuk elak stretch mark. Better prevent than cure. hehe..bai!



Ante natal class by An Nur

Saturday, February 18, 2012

| |
|

Approaching third semester, dah start pikir pasal delivery. huhu..tatott!!
Last 2 weeks, baby aku murah rezeki. hehe..asal? rezeki ante natal class.
Yela, bile bace blog2 mak2 mengandung, and terbaca pasal ante natal class, aku pon trase nak pegi.
First time nak mengeluarkan manusia dari rahim nih, hehe..mesti banyak ilmu kene tuntut kan?
So during that last 2 weeks, ade nurse dari An Nur call aku, tanye nak join tak ante natal class diorang.
Just RM 30 per couple, dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang. Aku pon tak pikir panjang, setuju je!

Then esoknye mase aku check up kat Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra lak, nurse situ tanye, "nak join tak push2 class? free jer"...erk...alamak nurse...saye baru confirmkan ngan An Nur. so aku cakap takpelah. Saye dah book ante natal class kat tempat lain. huhu...sedey gak bile nurse tuh cakap "rugi tau!"..alaahai...

So, Ahad, 12 Februari 2012, kami suami isteri pon pegi la Ante natal class tuh.
Diorang buat dekat Hotel Amani, Bangi. Hotel nih dekat belakang Ariani tuh..senang je nak cari.
Sampai2, daftar, bayar, then dapat goodies bag. hehe...then breakfast kat Restoran sebelah hotel tuh.
Breakfast nih memang includes sekali la.

Then naik atas, mula lah class. jadual sangat padat okay! macam2 ilmu dapat dituntut.
Ni aku attach jadual untuk ari tu:

sedikit kabur, kalo nak clear, zoom la eh ;)

Yang aku tanda tuh sume sesi yang diadakan, cume satu je yang aku pangkah tuh.
Doktor tu ade kematian, so tak dapat datang and diganti dengan pakar nutrisi makanan dari Dumex. 
Overall, best2 jugak ceramah diorang.
For me, aku paling suke slot by Dr. Norizah. Dr ni dari HKL. comel2 je orangnye.
Best biler dier cite pasal bersalin. hehe
Then bile tanye hubby aku lak, die suke slot by Puan Jasmeen Tay Abdullah. hehe
Puan ni cite pasal breastfeed. memang die open je cite and main sebut je 'tetek'. hehe...cerah mate hubby2. ;p
Slot petang lak exercise. Time ni la die ajar cara nak bernafas time sakit cane, time nak hold dari push cane and time push cane. hubby2 lagi terer kot. hehe...so harap2 hubby aku leh ingatkan bila tibe mase nanti. Penat okay sebab kelas tamat dah nak dekat kol 6 jugak. 
Owh...makan dekat sini ade 4 kali. breakfast, morning break, lunch and tea break. kenyang!

Dalam goodies bag yang aku dapat tu lak, ade banyak bende gak. antaranya:

Nak tahu ape yang ade?
Ade susu tuk mama, nappy cream, pampers tuk baby and mama ;p, pamplate2 ilmu, coupon mom's care and ade few lagi. :D

So sesape nak pegi antenatal class by An Nur nih bole la contact nombor ni: 03 89250020
But aku tak sure la bile lagi dia adekan. sila tanye eh. :)

p/s: majority yang join kelas ni sume due date area March. aku je May. heh...awal kan aku pegi? jangan terlupa sume time nak deliver nanti suda la.





Berita tipu: darah HIV dalam minuman Coke, Pepsi dan sebagainya

Monday, December 5, 2011

| |
|

Lately, SMS hoax ni menular dengan meluasnya, menimbulkan ketakutan di kalangan umat Malaysia. SMS tersebut berbunyi, "Utk beberapa hari akan datang, jangan mengambil minuman dari mana – mana produk dari syarikat Pepsi, Tropicana juice, Slice, 7UP, Coke dan lain – lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok Ntv7. Sebarkan kepada orang tersayang" atau dalam English "for d next few days, do not drink any product from pepsi company like pepsi, tropicana juice, slice, 7up , coca cola, etc,,as a worker from the company has added his blood contaminated with HIV. watch Ntv7 ...please 4ward this 2 every 1 u care about.....ok. Please note seriously".Tak habis-habis la depa ni duk buat berita karut hoax. Yang duk main forward berita tanpa usul periksa pon satu hal. Ko duk sebut-sebut HIV, ko tahu ke pasal HIV? Read people, read! Iqra'!

INI SMS TIPU! Even kat India pon guna ayat sama (the english version), beza part ntv7 tuh je. HIV tidak boleh spread via food.

Sumber: http://www.cdc.gov/hiv/resources/qa/transmission.htm


Question: Has HIV been transmitted from body fluids placed in restaurant food? No incident of food being contaminated with HIV-infected blood or semen has been reported to CDC. Furthermore, CDC has received no reports of HIV infection resulting from eating food, including condiments.

Answer: HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

Moral: Udah-udah la tu duk forward berita tak pasti... boleh terbabit sebar fitnah ni!

Faktor Ikan Aye (Tongkol)?

Thursday, November 17, 2011

| |
|


Utusan Malaysia: Terengganu kekal pencapaian terbaik UPSR kali ke-11

Ikan Aya, ikan Tongkol, "Tuna" dalam bahasa Inggeris adalah salah satu sumber utama makanan bagi penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya negeri Terengganu. Biasa aku jumpa 2 jenis, Ikan Aya Kurik (nama saintifik: "Euthynnus affinis") dan Ikan Aya Hitam (nama saintifik: "Thunnus Tonggol"). Ikang ini sememangnya kaya dengan Omega 3 untuk perkembangan otak.

Maybe this is one of the reason for Terengganuans mengekalkan pencapaian mereka? ;D

Sabri Dave: "My favourite with nasi dagang...yeah!!" <- aku pong same boh!!

RunKeeper for Android

Tuesday, September 27, 2011

| |
|

Dah lama sangat aku ni tak bersukan. Kalau dulu time bujang, ada jugak pergi main badminton dengan kawan-kawan. Sekarang, memandangkan tempat tinggal agak jauh dari kawan-kawan lain maka susah sikit untuk sambung badminton as a regular sport.

So aku cuba la nak jogging sekarang ni and at the same time aku nak cuba applikasi dari RunKeeper.com ini. With the help of this application, boleh install on my Android phone (boleh dapatkan di Market), boleh la ia tolong aku rekod aktiviti-aktiviti sihat aku ni. haha. Aku suka bila apps ni boleh draw map untuk route jogging aku. Siap kuar graf bagai-bagai untuk observation.
Selain dari record data untuk "jogging/running" ni, pon boleh juga setkan untuk rekodkan aktiviti-aktiviti lain lagi.
Boleh pilih dari, running, walking, hiking, cycling, mountain biking, dan sebagainya. Cuma aku hairan, macam mana nak record untuk swimming? Tak basah ke henset nanti? Maybe kena rekod secara manual kot.

With RunKeeper ni, pon boleh integrate dengan Facebook or Twitter. So kalau ada kawan-kawan dekat FB or Twitter yang gunakan apps ini, ia akan terus jadikan mereka-mereka sebagai Street Teammates kamu. So far, aku hanya ada 2 orang Street Teammates. Boleh la compare-comparekan aktiviti dengan diorang nih, perhaps..

Hmm, masih banyak lagi untuk di'exercise'kan ni. Harap-harap aku tak usaha separuh jalan saja. Ouh! Mode terkenangkan size seluar zaman sekolah menengah. HAHA!

Cekam kuku ... again!

Wednesday, September 14, 2011

| |
|

Bulan 3 lepas, baru je aku kena cekam kuku nih belah ibu jari kaki kanan. Sekarang, ibu jari kaki kiri pulak. Cekam kuku ni atau dalam bahasa omputihnya, ingrown nail kali ini adalah kali ke-4 aku terpaksa ke klinik untuk got it removed. Dan kali ini jugak, siap ada nanah. Damn! Sedar-sedar camtuh je. Ada la perasan sakit-sakit bila macam tersentuh, tapi tengok takde ape sangat. Aku rasa macam dah jaga cara potong kuku ni, tapi dia still jugak nak bengkok!

Lepas mandi maghrib malam tadi, baru aku terperasan ibu jari kaki kiri aku ada sedikit kuning. Wife aku tengok, ya Allah dah ada macam nanah. Tried to remove it sendiri, tapi aku tak tahan sakit pulak. Then terpaksalah ke klinik berhampiran.

Doktor dah bius keliling jugak ibu jari aku tuh, baru la dia potong kuku yang bermasalah. Banyak jugak yang mencucuk, patutla sampai nanah. Gambar kat bawah ni, yang serpihan belah kanan tuh la yang menyucuk-nyucuk selama ni.



Maka, dengan ini sekali lagi aku dapat MC berkaitan cekam kuku. Kali ni dapat 2 hari je memandangkan Jumaat ni dah pon public holiday Hari Malaysia. Sebelum² ini aku dapat MC selama 3 hari.

Ada kawan aku, Sarah sarankan kat Facebook supaya tumbuk inai pastuh letak & balut pada tempat bermasalah tuh. InsyaAllah, kalau jadi lagi next time, boleh la cuba.

Oh Vitamin!

Friday, August 12, 2011

| |
|

Semalam aku ade post kat fb pasal pegi kk which is Klinik Kesihatan.


Huhu...yea...itula perasaan aku pas pegi kk tuh...rase serik takmo p dah! Ini bukan serik sebab marah tau.
Tapi serik sebab rase sedey je..bukan la nak kate kk ni tak bagus ke ape. kang ramai lak yang terase.
Bukan takde kawan or sedare mare keje kk. cume sedikit sedey la dengan layanan kat situ.
Macam pegi beli McD drive thru pon ade, mule2 order, next bayar, next dapat barang.
Pepandai la cari kaunter.
Kalo McD tuh dah sah2 straight je jalan, jumpe la kaunter, ini mcm main hide and seek lak.
Moto pegi tempat cani, Malu bertanya, sesat jalan.
So jangan segan silu bertanya, even diorang tengah beborak riang, tanyo yolah!
Paham ke cite aku ni? tak paham pon takpelah! haha

Tapi paling penting, aku balik dari kk dengan beraneka vitamin. Banyak okay! Penting jugak, Free of Charge.
Ni haa:

So, terima kasih banyak2 la dekat doktor yang bagi aku vitamin banyak2 ni.
Mungkin nampak aku macam kurang vitamin benor ye?
Being me, takdenye aku nak makan ubat ke vitamin ke menonong cam tu je. So, buat la sedikit research:

1. FOLIC ACID
    Yang ni kalo da kawen pon tak tau ape gunenye, pegi hantuk kepala kat dinding je la. Aku bagitahu jugakla. Acid Folic ni membantu dalam mengurangkan risiko  kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Highly recommended untuk orang yang nak pregnant makan. Memang aku dah ade cukup stok untuk 3 bulan kot. Tapi dibaginye lagi. So tayah tambah stok tuk 5 bulan kot. Haha..Thanks!


2. ASCORBIC ACID
  Yang ni pulak name macam menakutkan. Tapi sebenarnye Vitamin C. Vitamin C ni banyak la kan faedahnya. Google la sendiri or bace kat sini. So boleh la dimakan anytime.

3. VITAMIN B-COMPLEX
   Vitamin B-complex lak untuk menukarkan makanan kepada tenaga dengan segera. Makan vitamin ni selepas makan ye. So, dia akan proses makanan cepat2 jadi tenaga. Takdela ngantuk je. Haa detail pasal kebaikan die kat sini.

4. BROMHEXINE
  Yang ni pulak, name die pon agak pelik kan. Tapi dia berfungsi sebagai Ekspektoran untuk melonggarkan dan menipiskan dan boleh menolong menghasilkan batuk untuk membawa lebih banyak kahak dan membersihkan lubang nafas. Ni menurut wikipedia la. Haa...bagus jugak la untuk aku since terasa banyak kahak. 

So, setelah melakukan sedikit research, aku rase memang best la dapat semua vitamin-vitamin ni kecuali paracetamol. Tu ubat demam kan? Aku takde demam sangat. So tak perlu la kot. Terima kasih lagi sekali kat doktor yang bagi banyak vitamin ni ye! Lenkali saye datang mintak kat farmasi je bole ke?  Jumpe doktor pun takde la rawat pape pon. ye dok? :D

Tampon? Apakah?

Wednesday, May 11, 2011

| |
|

Haaa....penah dengar tak tampon? heee...minah2 kaki swim mesti tahu kan?
Meh2 dekat2 sikit...nak cite hal2 wanita nih...lelaki main jauh2 kay! heeee
I used to be defensive when friends say I talk in my sleep but NOT ANYMORE! Join #IKEABedroom contest & tell them your bedroom habits today!
Actually sehari sebelum honeymoon kat Krabi tuh (honeymoon ke? :P), aku telah berjaya menaikkan bendera merah..huhu...period okeh! so tak bape honeymoon la...honeystar je...huahua...
Sedey ke? HAHA...aku tak kisah sangat...yelah...tak dapek, takpolah..kan yang? ;p
Tapi aku sedey sebab aku nak mandi laut puas2, nak mandi pool...nak main air!!! camno nih?

I Quit!

Saturday, December 4, 2010

| |
|

"Kali terakhir saya menghisap rokok 10:23 pagi tadi ... baru saja ambil lozenge Niquitin pertama saya .. ntah apa rasanya nanti ..."