Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label incident. Show all posts
Showing posts with label incident. Show all posts

Penipu sewa rumah di apartment Alam Prima, Shah Alam

Wednesday, October 24, 2012

| |
|

KAMI DITIPU! Advertiser kat mudah.my yang kononnya owner rumah, hilangkan diri selepas dapat duit "lock in" unit. Pada pagi Sabtu 6 Oktober 2012, kami masih lagi dalam pencarian rumah sewa kat Shah Alam, ternampak satu iklan apartment Alam Prima untuk disewa kat mudah.my (iklan tu dah didelete), dan terus call and setup an appointment untuk tengok rumah. Bila call, seorang lelaki Cina yang memperkenalkan diri dia sebagai Chan, setuju untuk bagi kami tengok rumah pada hari yang sama, around jam 10 pagi.

Alam Prima apartment ni, memang amat strategik lokasinya dengan tempat kerja kami. About 3km ke office aku dan 7km ke office wife aku. Seksyen 22, Shah Alam. Opposite the CSR kilang gula.

View Larger Map
So bila sampai sana dalam pukul 10 pagi, kitorang dibawa masuk tengok rumah kat level 12. Kat iklan cakap level 9 kan? Tak perasan masa ni. Banyak duk cari iklan Alam Prima. Masa tengok dalam rumah ni, dia cakap dia dan kakak dia ada lagi 3 unit lain kat apartment ni, kat level 9. Sembang pum-pang beli memang nak buat investment lah, ada kedai barangan elektrik kat Bandar Puteri Puchong lah, nak pasang aircond lah, waterheater lah, grill lah, tawar mintak sewa jadi RM850 pon dapat lah. Ok fine. Kitorang cakap, jadi lah amik rumah ni.

Both parted ways. Tengah driving pulang, dapat SMS dari Chan, mintak particulars nak letak dalam agreement, nama, no ic, no plate kenderaan untuk apply sticker, email address. Lepas tu, mintak RM400 untuk lock in rumah tu pada kami. Biasa-biasa pon tuan rumah memang ada mintak sikit duit untuk komitmen supaya tak tiba-tiba cancel kan? Ok lah. Malam tu, cash deposit kat dia RM400 kat Hong Leong Bank Kajang.

4 days later, Chan called. Mintak extra RM450, alasan duit dia tak cukup untuk rolling nak pasang grill and whatever else yang dia sebut last time. Nak bayar kontraktor supaya leh jalan kerja, katanya la (PUIIIII!). Pastu dia cakap,  lepas solat Jumaat meetup again untuk sign agreement dan serah kunci. So aku pon pergi la cash deposit lagi RM450 dekat Hong Leong Bank Seksyen 15, Shah Alam. Aku dah mula was-was pada masa ni, mintak resit untuk 2 pembayaran ni, tapi dia cakap, just keep the cash deposit receipt as proof. Ok lah.

Jumaat, lepas aku solat jumaat kitorang call cakap on the way. Dia cakap silap. Jumaat depan (19 Oktober 2012) maksud dia. Dia salah tengok kalendar katanya. Dia kat Kuantan masa tu katanya. Ok lah. Next Jumaat it is.

Rabu, dua hari sebelum hari Jumaat yang dijanjikan, aku try contact Chan nak tau status rumah, dah siap ke belum. SMS tak reply. Call x jawab. SMS lagi. Call lagi. Last-last Khamis dia reply kat wife aku, cakap akan call later, tengah busy. Ok fine.

Jumaat, dari pagi duk try call, sms. No answer. No reply. Sampai la lepas Jumaat. Still no avail. Nampak gaya, kena tipu dah ni...

Sabtu, kitorang pergi ke Alam Prima. Aku naik sorang-sorang ke unit A-12-6 yang kat level 12 tu. Tiada orang. Pintu berkunci. Aku intai-intai dari tepi, memang takde buat apa-apa langsung, grill belum pon pasang. Kat pintu depan, ada tertampal notis, "Salam, ada masalah kunci. Sila hubungi pejabat. - Pejabat Pengurusan Alam Prima". Sah. Kena tipu.

Isnin, aku sambung cari iklan Alam Prima. Nampak satu iklan, looks like macam agent punya. Lim. Aku call. Sembang. Cakap baru kena tipu. Lim upset sebab ada conman macam tu, boleh kacau periuk nasi dia cari rezeki yang halal. Lim checkkan untuk aku, unit A-12-6, pemilik dia adalah Melayu. Later lunch time, aku pergi Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, buat report. Tapi diorang referkan aku ke Balai Polis Kajang, sebab transaksi pertama aku buat adalah dekat Kajang. Tapi penipuan ini kan berlaku dekat apartment dekat Shah Alam? Entah lah.
So, macam mana si Chan tu ada kunci rumah tersebut? Adakah dia ni, kontraktor yang dilantik oleh tuan rumah sebenar untuk ubahsuai rumah itu dan mengambil kesempatan? Atau ada kemungkinan lain?

So macam mana untuk elakkan terkena macam ni lagi? Macam mana nak tau, betul ke tidak orang itu adalah owner property tersebut? Check dekat pejabat tanah? Mintak dia tunjukkan S&P? Mintak nak tengok geran umah? Mintak bil air, bil api untuk nak tengok nama? Mintak nak tengok ic? Takut genuine tuan rumah akan rasa offended pulak. Huhu.. janji tak kena tipu lagi.

Dengar berita dari kawan wife aku yang dah tinggal di Alam Prima dan dari akak ipar aku, dah dalam 11 kes yang sama terjadi kat situ. Yang paling banyak kena, RM3000. Gila. Kitorang kena RM850.
Hati-hati ya rakan-rakan... Malaysia is becoming less safer as days go by.

P/S: Aku sengaja tak letak nama penuh conman, maybe he has few other identities, maybe he might found this page.

Updated: Jumpa lagi kes sama by the same conman. http://www.ibilik.my/rooms/330810/please-do-not-trust-chan-poh-tiang

Silver Nissan Sentra no plate WTG 894, owner LAI CHAI WAN no IC 751106-05-5382

Friday, March 23, 2012

| |
|

Rage!!!! Hati gua memang tengah panas. Sebulan tunggu result dari pihak Polis Trafik Seremban, tengok2 diorang tak leh nak salahkan sesiapa sebab driver Silver Nissan Sentra WTG 894 ni, tidak buat report polis. Bila tunjuk gambar kereta lari tu tak nak di ambil la pulak! Kepada LAI CHAI WAN, no IC 751106-05-5382, beralamat 32, Taman Seri Mutiara, Bahau, Negeri Sembilan (dpt info dari kawan atas kawan, seorang polis). Really really thanks for all these troubles! Kena top up guna duit sendiri bill claim sbb underinsured, NCD nampak gaya to be burned, lost use of car for 17 days and many more. May you have a nice fuck up life then. I'm sure, nanti akan kena balik kat batang hidung kau atau family kau. Kau tunggu aje lah!



Aku duk bajet, result akan keluar dengan ayat, menyalahkan kereta Nissan Sentra WTG 894, sbb dia dah la tak report, lari pulak tuh! Sekali, result dari polis, "takkan saman mana-mana pihak" dan "refer to Majistret". Bila aku call pegawai penyiasat, dia cakap so kena claim insurans sendiri lah sebab WTG 894 tak buat laporan. Burn NCD. Wife aku tak salah. Kalau aku tak puas hati dengan keputusan kes ni, sila bawak ke mahkamah.

WAH!! Gila kentang sial! Langgar orang, dan lari lagi selamat weh! Dah ada gambar bagai amik masa kejadian, taknak amik sebagai barang bukti ke apa? Tahniah Balai Polis Seremban!

p/s: for related post, here & here.

UPDATE: Check dekat MyEG, polis Seremban dah keluarkan saman RM300 ke atas WTG 894 kerana failed to report within 24 hours. Tapi kitorang dah lagi banyak kuar duit.

Youtube video removed: Copyright Infringement

Tuesday, March 20, 2012

| |
|

What the hell? A year ago, my friend asked me to make a video of a product that he sells. It is a digital pen reader of Holy Quran & Muqaddam. I personally record the video of his explanation of the product, edit it & upload it to my youtube channel. And now, there's someone claiming that video had their copyright infringed. How?

langgar lari

Thursday, March 8, 2012

| |
|

 gambar hiasan
Atau dalam english dipanggil "hit & run". Aku pernah dilanggar lari oleh pemandu kereta masa aku kecik-kecik dulu. Aku ingat-ingat lupa the exact year, aku darjah 2 masa tu atau pon darjah 3? Tapi aku mmg ingat, it was Malam 7 likur. So 27 Ramadan tahun Masehi 1988 atau 1989 bersamaan 14 Mei 1988 atau 3 Mei 1989 la kut.

Malam tu, lepas habis terawikh (8 rakaat), aku yang berbaju melayu serba hitam terus bergegas nak balik umah, seberang jalanraya dari masjid. Sebab time budak-budak, agak kelam kabut sikit tengok kiri kanan untuk traffik atas jalan. Aku sure dah bajet yang jalan tengah clear takde kereta langsung, so aku terus je lari melintas jalan. Aku rasa macam dah nak dekat dengan garisan tepi jalan sebelah umah, tiba-tiba aku rasa badan aku melayang. Aku kena langgar. Terpelanting ke kawasan berumput di tepi jalan. Mula-mula aku terus bangun mencari selipar aku ke mana hilang. Tapi lepas tu aku terus terjelepok terbaring sebab baru datang rasa sakit. Aku nampak kereta yang langgar aku tuh berhenti di hadapan dalam jarak lebih kurang 100m. Tapi, tak lama lepas tu, pemandu tu terus blah. Tak kisah dah apa yang jadi ngan aku. Nasib ade 2 orang yang duk melepak kat bus stop tepi masjid nampak aku kena langgar, bawak aku sampai umah. Tulang rusuk kiri aku alignment lari. Pergi berurut kat Pasir Panjang. Nama jalan atau kampung dia Nyior Sebatang kalau tak silap.

Agak-agak kan, driver yang langgar aku tuh, tak rasa bersalah ke? Sampai sekarang, aku tak tahu siapa yang langgar aku tu. Agak-agak dia tahu tak aku masih hidup skrg ni? Atau kalau aku dah mati time tu, memang dia buat dunno je until now? Hati perut dia takde ke? Well, kalau lah, driver tu tengah terbaca tulisan aku ni sekarang (mana lah tahu...), jikalau ANDA pernah melanggar lari seorang budak (bukan anak kambing ni woi!), pada bulan puasa tahun 1988 atau 1989, di Marang, Terengganu, main road, depan masjid, so now you know, budak tu selamat. Alhamdulillah. Tapi aku nak tanya kau, KAU TAK RASA BERSALAH LANGSUNG KE?

2 minggu lepas, wife aku tengah drive balik kerja petang Jumaat, tengah hujan, kena langgar lari dengan driver Nissan Sentra kelabu plate number WTG 894, dia ade tulis kat sini. Agak-agak kan, bila kau dah langgar orang, takda hati perut ke nak turun tanya ok ke tak, tak terfikir ke, orang yang kau langgar tu maybe tengah 7 bulan mengandungkan anak sulung ke? Maybe kau fikir, kalau kau lari, kau takkan kena ape.. kan?
Langgar lari memang best kan? Takde rasa bersalah. Ko rasa ko boleh lepas macam tu je. Kau tunggu, kene kat batang hidung sendiri nanti, kat family kau ke, sampai traumatized nak drive ke, sendiri mau ingat lah. Karma is a bitch!

Dan aku yakin, pembalasan akan tetap ada. Tak dapat cash kat dunia, lu menjawab la nanti kat akhirat

Terpaksa berpisah kejap

Monday, March 5, 2012

| |
|

Cite lame pasal kekasih hati..huhu..sob..sob...
Jumaat, 24 Februari lepas aku balik keje cam biase.
Lately memang rase penat terlebey skit.
Stress dengan kelas direct 4 minggu and memacam yang nak kene settle.
Ditambah pulak ngan perot makin besar nih...terase jugak la penatnye nak drive.

So, balik keje tuh, hujan agak lebat. Aku drive takde la laju pon.
Tapi kete2 kat lane tengah memang menguji kesabaran aku.
Slow and buat aku ngantuk...end up aku duk lane kanan.
Lane kanan pon takdela laju sangat since ujan kan.
Tapi kete belakang aku dengan lampunye yang silaukan mate aku, follow dekatnye lah.
Kete depan lak ngan hazard light. aiyooo..
Tah camne, tetibe kete depan brake...aku pon brake la and aku sure kete aku dah stop.
Tapi kete belakang tak sempat brek, langgar kete aku. Kete aku pon terlanggar jugak la kete depan.

Urghhh!!!! nak buat ape nih? ujan lebat giler!!!
aku pon call la hubby nak tanye nak buat pe kan.
Tetibe aku nampak kete belakang dah nak gerak blah.
Aik?? suke2 nak blah??
aku pon cecepat turun snap gambar nih:
Dalam ujan kay aku snap gambar nih.
Then aku pon slow2 gerak and stop kat RnR Seremban sebab minyak aku pon memang dah nyala lame.
Kete depan lak follow aku sampai RnR and get all my details. Tak kisah la sebab dia memang tak salah pon. Ni la kete depan:
Bumper dia tercedera skit la. That's all.
Malam tuh aku ngan hubby terpaksa patah balik ke Seremban 2 tuk buat repot polis.
Bila lah polis ni nak online system dia eh? Penat ulang alik semata nak buat repot.
So kekasih hati aku lak tercedera cane? huhu
 Bumper belakang jatuh skit, plat hilang mane tah. Boot nih dah termasuk dalam sebenarnye.
Bumper depan lak pecah. takle ketuk2 la nampaknye.

So itulah citenye. Till today, dua2 kete nih tak buat lagi report polis.
Aku sesorang je yang buat repot. so macam susah la aku nak setelkan claim nanti.
After seminggu, jumaat lepas, baru la aku antar kete aku nih pegi worksyop.
Terpaksa la berpisah jap ngan kekasih hati sorang nih. Sedey...


In the news: Budak lelaki koma atas jalan

Monday, September 12, 2011

| |
|

* gambar hiasan, taken from djrecon83's photobucket
Akhirnya, berita tentang budak koma atas jalan dalam post aku sebelum ini, keluar kat paper. Dah last week lagi keluar dalam paper Metro, aku sedar pun after adik ipar aku, Bai yang bagitau. Dah berhari aku cari kat arkib berita, baru je hari ini dapat jumpa artikel berkenaan.

Laporan asal di : http://www.hmetro.com.my/articles/2011090701050620110907010506/Article/
‘Kenapa bunuh dia?’
Oleh: Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque (ekhwan@hmetro.com.my)
KAJANG: “Saya sedia memaafkan mereka yang memukul anak saya hingga mati, tetapi sebelum itu, mahu bertemu dengannya kerana ingin tahu apa salah anak saya itu hingga diperlakukan sebegitu kejam dan meragut nyawanya.
“Jika duit menjadi punca, saya sangat kecewa kerana kini nyawa seperti tiada nilai dan sesiapa saja boleh meragutnya tanpa ada rasa belas kasihan,” kata Sutin Mohd Yusof, 53, bapa kepada pelajar tingkatan satu yang ditemui terbaring di Taman Kajang Utama, di sini sebelum disahkan meninggal dunia, awal bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam pada 28 Julai lalu itu, anaknya, Luqman Hakim, 13, dikatakan keluar dari rumah untuk mengunci basikalnya yang diletakkan berhampiran kediaman itu, tetapi tidak pulang selepas itu. Menurut Sutin, beberapa individu kemudian datang ke rumahnya dan memaklumkan anaknya ditemui terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tepi jalan besar berhampiran taman perumahannya.
“Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu dan segera pergi ke tempat kejadian untuk melihat keadaannya. “Apabila tiba, isteri saya mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri dan segera menghantarnya ke wad kecemasan Hospital Kajang (HK) sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, anaknya disahkan meninggal dunia selepas koma hampir 10 hari dengan kematian disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat tempurung kanannya disahkan pecah oleh doktor. Beliau berkata, keluarganya terkilan kerana anaknya dipukul dengan kejam hingga meragut nyawanya, selain tidak mengetahui punca individu berkenaan tergamak bertindak di luar batasan hingga meragut nyawa anaknya yang tidak berdosa.
“Beberapa hari sebelum kejadian, anak saya memaklumkan takut untuk ke sekolah kerana seorang pelajar senior sering memeras ugutnya. Tapi saya tidak menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan siasatan kes kepada polis untuk mencari suspek dan berharap individu itu dikenakan hukuman setimpal,” katanya. Beliau berkata, anaknya itu agak pendiam pada malam kejadian sedangkan sebelum ini, dia seorang yang ceria dan gemar bergurau dengan adik beradik lain.
“Sebelum keluar rumah pada malam kejadian, anak saya itu ada berpesan kepada kakaknya yang bakal berkahwin tidak lama lagi supaya menjaga diri dan tidak bergaduh dengan bakal suami. Anak saya memakai jersi pasukan kebangsaan kerana begitu teruja menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura pada malam kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, berdasarkan laporan doktor dari HSB, kecederaan dialami mangsa tidak konsisten dengan kecederaan akibat dibunuh. Oleh itu, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).
“Kami sudah memanggil dan mengambil keterangan beberapa individu, namun setakat ini tidak dapat mengaitkan pembabitan individu terbabit dengan kes itu,” katanya.
al-Fatihah kepada arwah adik Luqman Hakim (baru hari ini aku dapat tahu nama beliau) dan takziah kepada keluarga arwah. Semoga pemergian arwah diredhai & sesiapa yang bertanggungjawab dalam kes ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Budak lelaki koma atas jalan

Thursday, August 4, 2011

| |
|

* gambar hiasan, taken from djrecon83's photobucket
TAMAN KAJANG UTAMA, 4 Ogos - Pada malam perlawanan Malaysia vs Singapura yang lepas, aku tengok game ni di rumah parents wife aku. Kami berdua naik transport masing-masing kerana datang dari tempat kerja. So pukul 11 malam camtu, selepas game, kami bertolak pulang ke rumah. Aku ride motorsikal and wife aku drive the car.



View Larger Map

Masa kami kat simpang ni (the green baloon icon), aku ada terperasan ada seorang budak lelaki pengsan bersama-sama dengan basikalnya (agak gelap kat sini time tu). Aku tengok sekali imbas sebab pada awalnya macam tidak percaya dengan apa yang aku tengok. Aku nak berhenti, tapi memikirkan wife aku dah laju ke hadapan, sebab dia tidak perasan akan kejadian itu, semasa overtake satu lagi kereta yang berada kat simpang tu.

Kereta tu kaler putih, and kalau tak silap Proton Saga BLM, bagi signal untuk berhenti. So, aku bajet dah ada kereta berhenti untuk membantu, maka aku teruskan perjalanan aku, sebab dah lewat malam, takkan nak biar wife aku sorang-sorang kan?

Sampai aje kat rumah, terus contact adik ipar aku, A'ah harap-harap dia akan dengar cerita kes ni time kat skolah dia.

Esoknya, dia update kat aku, budak lelaki tuh budak form 1 batch dia, sekarang tengah koma kat hospital. OMG! Tidak tau apa jadi kat dia. Kena pukul ke, langgar lari ke. Tak ada clue. Polis pon sekarang tengah siasat.

Based on apa yang aku nampak pada masa tuh, budak lelaki tuh berpakaian jersey Malaysia kuning hitam terbaring tidak sedarkan diri di atas basikal yang terbaring atas jalan. Macam pelik je ayat nih. Tapi macam tuh la. Harap-harap budak tuh cepat-cepat recover & siapa yang bertanggungjawab dengan kes ini untuk serah diri.

Malaysia makin lama makin tak selamat.

P/S: Young kids should not be allowed to go out alone at night. Curfew.

UPDATE [9th August 2011] - info dari adik ipar aku, mengatakan budak tu dah meninggal. Innalillah... 
UPDATE [12th September 2011] - Berita tentang kejadian ini di dalam akhbar. Klik sini untuk baca.

Cermin kereta kena pecah

Tuesday, July 26, 2011

| |
|

Once again, aku mengalami insiden cermin kereta dipecah penyamun. Last time, kereta Kenari aku pada tahun 2009. The story is here. Kali ini pulak, kali pertama buat wife aku, terjadi semasa kami ke Liverpool Asia Tour 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 16 Julai bebaru ini...

Pecah cermin kereta & samun di stesen minyak Shell, Kesas

Tuesday, July 5, 2011

| |
|

* gambar hiasan - taken from antipenyamun.blogspot.com
Shah Alam, 4 Julai - Kejadian yang disaksikan oleh cousin aku, Ariff tatkala dia tengah tunggu aku untuk convoy balik bersama-sama petang tadi, di stesen minyak Shell KESAS Shah Alam arah USJ.