Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label stuff. Show all posts
Showing posts with label stuff. Show all posts

Efjek: setahun telah berlalu ...

Friday, January 13, 2012

| |
|

Pejam celik dah dekat setahun aku duk bawak Yamaha FZ150i ni. Berjasa untuk aku pergi kerja ulang-alik ke Shah Alam, ~110km daily. Motor yang masih standard lagi takde ubah apa-apa, kecuali side mirror tukar kepada Yamaha Lagenda punya sebab lagi lebar. Default punya side mirror sangkut badan lah!
Motor ni memang boleh kata jimat jugak minyak, kalau tak rempit abis full throttle la. Mostly riding this bike lalu highway ELITE. Fuel tank punya isipadu adalah 12 litre. Biasa, klu meter dah sentuh E, aku boleh isi RON 95 sebanyak RM21 (bersamaan 11.05 litre pada harga RM1.90 / litre). Dengan full tank ni, normally aku boleh dapat mileage sebanyak 350km, dengan syarat takde la nak pulas minyak sampai habis. Aku biasa bawak 100-110km/h sahaja (demi nak jimat minyak). Biasa orang tanya aku, berapa minyak seminggu? Well susah nak bagi jawapan dalam minggu, sebab jarak perjalanan kita berbeza untuk setiap satu minggu. Macam aku lebih kurang RM35 untuk 5 hari bekerja. So better penjelasan dalam bentuk unit metrik, senang untuk buat kiraan secara umum. Kiraan ni, tak kira kapasiti full tank tepat (12 liter) tapi kira based on isian tiap kali refuel. Secara teori, masih ada 0.95 liter (12 - 11.05 l) minyak reserve ketika setiap kali isian semula.
350 km / 11.05 liter = 31.7 km per liter
11.05 liter / 350 km =  0.032 liter per km atau 3.2 liter per 100 km
Mileage meter sekarang pon dah nak cecah 25,000 km. Kalau pergi ke Anfield guna jalan darat dah boleh pergi dan hampir nak sampai balik dah ke Kuala Lumpur ni!!
Larat ke nak ride jauh2 ni? For sure kena upgrade ke Kawasaki Versys 1000 baru lah lepas. hahaha (koya!!)

p/s: 25000km x 0.032liter per km x RM1.90 = RM 1520 dah spent untuk minyak moto! ;D

I'm so not the 'ulat buku'

Friday, September 30, 2011

| |
|

Assalamualaikum.
Sebelum September 2011 melabuhkan tirai, terase nak mencatat pulak. hehe
Sume post September hubby aku yang post. nak nyelit la seketul post. :p
Aku ade 2 buah buku yang dah dibeli long time ago. tapi takde la sampai setahun lagi kot.
Dua-dua dibeli pada situasi yang berbeza.
Untuk bagi tips menangani situasi yang berbeza. heh
And dua-dua pon aku tak abiskan bace lagi. HAHA
Nilah dua buah buku tu:

So sekarang ni, nak abiskan yang mane dulu? hihi

Happy 3 years old Swift :D

Friday, July 1, 2011

| |
|

Wah...dah 3 tahun umur Swift. Dah lame dier berkhidmat untuk ku.
Swift ni kira hadiah dari abah lepas grad aritu. Even abah support deposit je, banyak jugak tuh!
Plus duit simpanan daripada biasiswa JPA aku jugak...hihi

Alhamdulillah..sepanjang guna Swift ni, tak banyak bagi aku masalah.
Rekod bersih lagi..daripada pak polisi mahupun dicium! hihi...

Efjek: Yamaha FZ150i

Wednesday, June 22, 2011

| |
|

Hari ni mileage meter moto aku baru je cecah 10,000km. Rasa macam baru je lagi aku beli motor ni, dalam bulan February tahun ni. Baru je 4 bulan aku kembali merempit after beberapa tahun dah tak sentuh motor. Mana tak nye dah cecah 10K, tiap² hari ulang-alik dari umah ke office lebih 110km.

Motor Yamaha FZ150i ni tak laju pon. Sebelum ni paling top pon hanyalah 120km/h (apekah kerna faktor berat badan?). Tapi hari ni, bila dah cecak 10K mileage, tetiba plak dia ...

bye bye Ken ...

Monday, January 31, 2011

| |
|

After 2308 days of service (6 tahun 2 bulan 25 hari), finally aku jual Kenari AeroSport aku. Reason being, tak tahan jam, tol. Byk jugak jasa si Ken ni kat aku..
mana je tempat tak sampai, Kenduri Jimbob kat Kuantan, Kenduri Apek kat Arau Perlis, Kenduri Zack Kangkang kat Teluk Intan, Kenduri Man Kane kat Pengkalan Hulu, Kenduri Akuma (Sharil) kat Taiping, Kenduri Pae'i kat Gerik Perak, Wedding Kak Zack kat Pasir Mas, pergi lawat balik sekolah lama aku SMS Tengku Muhd Faris Petra kat Pengkalan Chepa Kelantan dan mcm² lagi lah. Dari Sintok kat utara sampai la JB kat selatan, kat timur pon mmg asal dari sana kan.