Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

Video: Timelapse in Kuching 2014

Monday, December 15, 2014

| |
|

Ni kali pertama kitorang jejak kaki ke bumi Kuching. Mamanye outstation sini seminggu. So sempat la shoot beberapa timelapse. Video kat atas, adalah view Sungai Sarawak dari Hotel Grand Margherita dan night view dari Hotel Pullman Kuching. Bawah ni pulak, aktiviti daddy dan anak-anak bila mamanye pergi kerja

Hard Rock Hotel Penang, Batu Ferringhi

Friday, October 11, 2013

| |
|

Dari Cameron Highlands, kami gerak ke Penang pulak (part of cuti-cuti utara). Stayed a few days dekat rumah adik aku then lepak sehari kat sini before balik kampung di Perak. Hasrat di hati nak ambil bilik yang ada pool access, tapi duit den lak TAK bertingkek-tingkek. Kat sini jugak la Arfa mula dapat jalan banyak banyak tapak unassisted.


Seronok la budak-budak kalau main air kat sini, tapi masa ni Arfa kecik sangat lagi, berjalan pon masih belom terror. Bapak budak pon seronok. Bayangkan mandi pool sambil layan lagu Soundgarden - Black Hole Sun. Pergh ...

View ketika sunset juga cukup marvelous. Suppa nice.




Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Monday, October 7, 2013

| |
|

Hari ke-2 kat Cameron Highlands (part of cuti-cuti utara). Semalam check-in dekat Heritage Hotel, hari ni kitorang pindah ke hotel ni pulak. Located antara Tanah Rata dengan Berinchang. Tempat ni kena drive naik bukit dalam 5 minit. Best jugak layar corners. Tapi aku perasan, Cameron Highlands dah tak sesejuk dulu, mungkin sebab global warming kot... Pakai t-shirt rilek je.

Uphill drive to Strawberry Park Resort.

Bilik sini, kitorang book dekat Agoda.com jugak. Studio Suite. Tapi dalam bilik takde aircond, tapi takpe udara dah nyaman. Cuma tak sejuk beku je.




Singgah jap minum teh kat Sungei Palas.


Saja syiok2 berhenti ambik gambar time nak checkout dari Camron Highlands at Cameron Lavender.


And here's the location:

View Larger Map

Heritage Hotel, Tanah Rata, Cameron Highlands

| |
|

Dah lama trip kitorang ke Cameron Highlands ni, last end of May, sempena lebih kurang birthday Arfa yang pertama dan our belated anniversary trip (cuti-cuti utara). Cam biasa, room booking at Agoda.com, kitorang book for a deluxe room. Hari Check in, kitorang sampai lambat 4 jam sebab jam kat Berinchang, check in pukul 10 malam. Bilik kitorang dah abis, so hotel free upgrade our room to suite. Sweeeeeet!







And here's the location:

View Larger Map

Jalan² Kota Kinabalu

Monday, September 9, 2013

| |
|

Akhirnya last week (Merdeka weekend) sampai jugak lah untuk aku jejakkan kaki ke bumi Borneo, Sabah. Alang-alang ikut wife aku outstation 1 hari kat sini, kitorang tambah untuk stay 3 hari lagi. First time bawak Arfa naik plane. Alhamdulillah ok sahaja pengalaman bawak Arfa naik flight, tak meragam sangat. Take off je, tak lama terus tido.

Untuk 3 malam pertama, kitorang stay kat budget hotel je, Imperial Boutec, kat tengah-tengah kawasan Waterfront. Walking distance saje dengan Pasar Filipin. Dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA), jarak tak sampai 8km, tambang teksi RM30.
Disebabkan waktu kat Sabah sama sahaja dengan waktu di Semenanjung, bangun pukul 6.30 pagi sudah terang benderang. Rasa pelik. Biasa time camni masih gelap! Tapi aktiviti harian diorang tetap mula dalam pukul 8 pagi. Quite a long gap dari waktu dah mula cerah.




Bab nak beli souvenir mmg ada banyak tempat la, centralised tempat macam kat Pasar Kraftangan kat area Pasar Filipin. Tapi last-last wife aku banyak borong kat Pasar Malam Kampung Air, yang depan hotel Le Méridien tu.



Bab makan seafood memang heaven dekat Pasar Filipin ni. Tiap² malam kitorang dinner kat sini je. Dari segi price dan choice memang terbaik. Kitorang siap makan kat gerai yang sama pada 2 malam yang pertama. Pada aku, hasil laut kat semua gerai hampir sama dari segi pilihan, beza dekat harga dan air asam nya. Ikan pari terbaik! Sotong kecik² terbaik!




There are also several islands yang berdekatan dengan Kota Kinabalu ni. Kitorang decided untuk pergi island hopping ke dua pulau, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Untuk ke pulau-pulau ini, boleh naiki bot di jeti Jesselton Point. Dari hotel, kitorang just jalan kaki sejauh 2km, saja nak tengok town KK dengan lebih dekat. Teduh je nak jalan ni, banyak shades, laluan jalan kaki berbumbung, deretan kedai sepanjang jalan. Untuk dua pulau ni, kitorang berdua dikenakan total RM60, tidak termasuk dengan kos jeti (RM7.20) dan kos masuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman (RM3 per pax for the whole day).


Dua-dua pulau ni nice, tapi personally aku rasa Pulau Manukan is better. Pulau Sapi is too crowded. Pulau Manukan lebih relaxing. Tengok ikan kat jeti dia pon sempoi. Food dan water pon kitorang bawak siap² dari mainland, sebab sedia maklum food dekat pulau memang a little bit pricey.

Bab snorkeling tak dapat nak comment sebab peralatan yang kitorang sewa tak diberikan sewaktu kami turun dari bot. Bot tu pulak tinggalkan kami bila janji pick up kat jeti Pulau Sapi untuk transfer ke Pulau Manukan, 5 minit before pukul 2, kitorang sampai pukul 1.50 ptg kot kat jeti tuh! End up dekat pukul 3 baru boleh ke Pulau Manukan. Kalau boleh tak nak dah repeat service dari kaunter ni (gambar di bawah). Bot diorang takde tulis nama. Staf tak pakai uniform, susah nak cam. Main suka tinggal customer diorang. Takde sistem! Nasib ada brader kat jeti Pulau Sapi tolong kitorang by calling them. Kitorang call, tak berjawab.
Untuk malam ke-4 dan terakhir kami, kami tukar hotel. Kami check in pulak di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Gunakan discount yang ada dekat Agoda.com, so dapat la bilik Junior Suite pada harga RM203. Hotel ni sedang buat renovation dekat beberapa floors diorang. 1997 punya hotel. Ada pool, tak besar mana. Ada kolam kanak-kanak attached to side of the main pool. Breakfast dia pon okay, not bad. Extra breakfast is RM42 per adult.




So on Sunday morning we left the hotel untuk ke KKIA. Ambil teksi hotel, diorang charge RM30 as well sama macam hari sampai itu hari. Bye-bye KK, till we meet again, Assalamu'alaikum w.b.t