Salam,
Rasenye semua umat manusia dekat mukabumi ni punya hak dan privasi hidup. semua pon tak suka bila hak atau privasi kita diceroboh kan?
Aku tak suka membebel, tapi pagi ni rase nak bebel jugak kat sini. pagi2 dah ade yang spoil mood. macam mana orang yang tak berape nak rapat, pastu tak pernah tegur or tanya kabar boleh spoil mood aku?
Citernye kat facebook la...haih..kawan kat facebook ramai...ade je la yang satu dalam seribu tu buat hal kan..bukan semua of coz.
Aku nak tanya la kawan2 yang berbusiness online ni, berkesan sgt ke strategi pemasaran ko bila ko terpaksa tag or add org ke group sana sini? mentang aku penah tanye or beli sekali produk ko jual, terus ko tag aku manjang. hishhh..kalo produk best takpe la jugak. (masih bertoleransi dengan kawan2 rapat).
Paling2 tak boleh terima yang add ke online business group. ko nak iklan kat group tuh, ko kene add orang kan? pastu suke suki ko add kawan2 ko yang dekat facebook tu kan? aku betau awal2 ni, AKU LANGSUNG TAK BERMINAT NAK TENGOK group macam ni. ko buang masa aku bace notification and leave group. ko dah menyusahkan aku tau tak? larat ke ko nk mintak maaf kat semua orang yang tak redha ko add diorg sesuke hati? ko jawap! pastu ko tambah dosa aku lak ngutuk ko. adoyai...manusia...respect la hak orang lain. nak add, nak tag, sila mintak izin dulu!
Ni belum cite yang bagi sms dgn email pulak untuk iklan. balik2 aku dapat pinjaman peribadi punya iklan. sakit mata tengok email dgn sms tau! TAK MINAT!
Aku rase banyak lagi medium pengiklanan yang kite boleh guna. Medium yang halal. ko bayar untuk ko iklan. kan lebih berkat? banyak weh....kat blog2 bersepah boleh buat iklan. bayar je la sikit. nak meniaga kene la ade modal untuk iklan. tayah juta2 pon!
Yang mudah kalo ko nak iklan jugak2 kat facebook, ko up je la status. kat page or profile ko. up la sampai banjir timeline. takpe. at least aku bole set tanak tengok kalo aku tak minat. set SEKALI je. senang hati aku. boleh faham ke??
Aku ni memang jenis manusia suka mencari sendiri. TANPA DIPAKSA. kalo aku nak, aku cari. tayah ko paksa2 aku. lagi ko paksa lagi aku tanak ambik tahu. so iklan la dekat tempat yang kalo suke, orang tengok, kalo tanak tengok pon takpe.
Tu je la nak bebel. Ramai kot macam aku. tak suka orang add ke group sesuke hati. so sila ambik perhatian yang berkenaan.
p/s: orang2 macam ni pandai add kawan2 kat group, tapi heran bila tengok profile dekat facebook tuh macam hidup segan, mati tak mahu. pelik betoi!
This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.
All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.
Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts
Iklan tanpa izin
Thursday, February 28, 2013
| 11:02 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Perbandingan: Harga motor sukan di Malaysia dan di luar negara
Thursday, April 5, 2012
| 12:30 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Memang berbulu dibuatnya bila tengok harga-harga sport bikes ni di luar negara, banding dengan dekat Malaysia. Apesal mahal sangat? Bila la tax untuk motor2 sukan ni nak dikurangkan ... aiseh. Kita sebagai Malaysians ni, memang dah selalu kena bayar lebih untuk mostly semua barang. Kereta mahal, itu ini mahal.
Smell your best with a range of wonderful #Fragrance from @HiShopMY. Choose your favourite scents for your favourite person!
Kalau tak mampu Versys, ER6-F pon takpe. Kat US, diorang bagi nama Ninja 650. Harga kat website diorang USD 7,499 iaitu bersamaan RM 22,984. Kat Malaysia pulak, harga jadi RM 35,189, beza sebanyak RM 12,205.
Ok. Kalau tak mampu ER6, tengok motor lagi murah lak, Ninja 250R kat US, website diorang tulis harga USD 4,449 bersamaan RM 13,642. Kat Kapar Motors pulak harga kat website diorang adalah RM 21,289. Beza RM 7,647.
Ok, we go further down, Honda CBR 250R. Kat US harga mengikut website Honda US adalah USD 4099 bersamaan RM 12,569 tapi dekat Malaysia, harga dah jadi RM 18,799. Beza RM 6,230.
Ni pulak, the beasty look of KTM Duke 200. Harga kat India adalah Rs. 117,500. Bersamaan dengan RM 7,039. Tapi di Malaysia, harga jadiannya adalah RM 17,388. Harga kat mudah.my. Beza sebanyak RM 10,349.
Motor2 di atas adalah jenis CKD. Complete Knock Down, diimport dari luar dan dipasang kat Malaysia. Kalau tengok CBU motor, lagi la cam hampeh harga naik kaw-kaw. Sebagai contoh, tengok harga Honda CB1000R kat US adalah USD 11,760 bersamaan RM 36,073 tetapi di Malaysia Honda CB1000 ABS dijual pada harga RM 93,900. Beza RM 57,827. Dekat 3 kali ganda harga naik. Tapi motor ni tak exact model kan? Takpe, tengok motor bawah lak.
Contoh lain, Kawasaki Z1000, dekat US dijual pada harga USD 10,799 bersamaan RM 33,129. Kat Malaysia pulak pada harga RM 75,900. Beza RM 42,771.
For sure banyak lagi model motor-motor sukan di luar sana yang harga di luar negara agak affordable tapi jadi melampau bila dah masuk Malaysia. Kalau harga kereta mahal sebab nak protect Proton, ada lah jugak alasan nya. Tapi untuk motor2 sukan ni? Nak protect Modenas? Sejak bila Modenas hasilkan motor sukan? kui kui kui...
Kalau la isu ni keluar kat berita, for sure akan ada menteri yang cakap "harga motor-motor sukan di negara kita masih lagi rendah berbanding negara Uganda, Zimbabwe dan Kampung Darat Pak Chan".
Note: Segala currency conversion ni aku buat kat www.xe.com.
P/S: And here is the reason why. Duti Import, Duti Eksais, Cukai Jalan.
http://www.treasury.gov.my/pdf/percukaian/cukai_kenderaan_ckd.pdf
Update [13/09/2012] - Gua sokong idea ini!
Dubai Fountain + Whitney Houston's "I Will Always Love You"
Tuesday, February 14, 2012
| 10:22 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Subscribe to:
Posts (Atom)