Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Keje gomen? Please go to induksi a.s.a.p.! :D

Wednesday, August 10, 2011

| |
|

Assalamualaikum.

Bulan Ramadan Bulan Mulia,
Mari beramal, pahala berganda,
Sudah lama tidak menaip kata
Sila salahkan kerja saya!

Hehe...saje je bagi pantun sikit.
Lame dah tak menulis. Suami yang banyak menulis. Saje bagi can kat die..:p

Ni nak cite pasal aktiviti Julai ni.
Citenye adalah melunaskan syarat-syarat untuk confirm sebagai penjawat awam.
Okay...sebagai penjawat awam, ade exam2 tertentu untuk sahkan jawatan.
So, untuk jawatan aku ni (jawatan ape? cari sendiri kot2 pnh tulis. haha), ade 3 syarat tuk confirm:

1. Kerja lebih daripada setahun --->dah 1 tahun 6 bulan ++
2. Pergi Kursus Induksi Umum dan Khusus dengan jayanya ----->baru pegi Induksi Umum, belom dapat result
3. Lulus peperiksaan yang berkenaan ----->2nd attempt, blom kuar result

Actually, Induksi Umum tu la yang aku pegi Julai aritu.
Aku pilih nak buat dekat Intengah. sebab dekat dengan suami ye...takmo jauh2. :)
Lepas pegi induksi dekat Intengah ni, aku boleh cakap yang kursus ni sangat berbaloi.
Sangat recommended bagi penjawat awam yang baru, terus pegi induksi.
Jangan cam aku, dah agak lambat. Antara faedah yang aku dapat:

1. Pengetahuan pasal gov yang memang susah nak dapat kalo cari sendiri. Macam pekeliling, cuti, segala bagai tuh...pas pegi induksi baru aku tahu...ooo...cm2...ooo...cmni...dah tahu bende2 ni sume, takdelah nak marah tak tentu arah...:p

2. Motivasi. aku memang termotivasi dengan induksi ni. Aku memang respect org2 dekat Intengah ni. memang diorang berjaya buat aku rase lagi semangat. Sangat respect juga dengan penyelaras program yang ternyata lagi muda dari aku. Cara beliau sangat terkesan di jiwa aku. Ade dua bende yang memang aku ingat:
       
         i) Keje gomen sampai bila pon takkan kaya. So jangan pikir nak kaya. Fikir la nak bekerja seikhlasnye.
         ii) Terdidik tak semestinye terpelajar, terpelajar tak semestinya terdidik.
             So, kalo terpelajar tapi tak terdidik, buang karan! huhu

Dua bende ni la yang aku rase berbaloi sangat dapat. Pengetahuan dengan motivasi. So, pas balik induksi ni, hopefully dapat le keje dengan lebih bermutu. Banyak lagi nak cite pasal Intengah ni. tapi lupe dah. Overall memang best la induksi kat sini. Gambar kumpulan aku yang best. :D




 Sape2 baru masuk gomen, sile pegi induksi cepat2 ye! :D

Puding Caramel aka Puding Gula Hangus

Sunday, August 7, 2011

| |
|

Moh..moh nak citer...
Sabtu, aktiviti basuh segala baju-bajuan & kemas rumah.
So, plan berbuka kat umah mak kat Kajang.
Dah banyak ari plan nak buat puding caramel ni..tapi tak sempat lak buat ari keje.
So alang2 buke umah mak, bawak la satu loyang puding. hihi

Bahan A:
Telur 5 biji
Susu Ideal 1 tin
Susu pekat manis 1/4 cawan
Air suam 1/2 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Bahan B:
Gula 3/4 cawan
Air panas 1/2 cawan

Care-carenye:
Untuk bahan A, pukul telur tapi jangan sampai berbuih lak.
Slow-slow je. Agak dah kembang sikit, letak la bahan2 lain tuh.
Kacau sume bagi sebati, then letak tepi.

Untuk bahan B lak, masukkan gula dalam periuk then tambah air panas.
Masak atas api sampai warna gula jadi keperang-perangan.
Lame la jugak. So tunggu je. Sambil kacau tau!
Once dah jadi perang gula tuh, terus tuang dalam loyang.
Ratakan gula tuh pada permukaan loyang.
Biarkan gula sejuk. Gula akan mengeras dekat permukaan loyang.

Then masukkan bahan A tadi dalam loyang.
Then masak dalam periuk kukus tuh. Dalam setengah jam kot.
Dah siap!

Ni hasil sebelum ditelangkupkan:

Then, amik pinggan, telangkupkan. Jadi la camni:

Hihi...sile2 sape2 nak try...:D

Iftar Day 4 - Ayam Grilled

Friday, August 5, 2011

| |
|

Cari-cari resipi grill sebab suami mengidam ayam panggang pusing-pusing kat pasar Ramadhan.
Last last jumpe satu resipi yang paling senang .... huhu

Nak tahu tak? Meh nak citer sket :
Ayam potong-potong
4 ulas bawang putih hiris halus2
2 inci halia hiris halus2
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
2 sudu black pepper sos
2 sudu madu
1 biji lemon
Campur je semua benda-benda kat atas ni dan perap lah sejam dua... lagi lama lagi best!
Dah siap perap, susun ayam-ayam tuh atas grill bar, sapu sket olive oil. Masukkan dalam oven, 220 darjah celcius selama 40 minit.

Yum yum da bleh buke

Budak lelaki koma atas jalan

Thursday, August 4, 2011

| |
|

* gambar hiasan, taken from djrecon83's photobucket
TAMAN KAJANG UTAMA, 4 Ogos - Pada malam perlawanan Malaysia vs Singapura yang lepas, aku tengok game ni di rumah parents wife aku. Kami berdua naik transport masing-masing kerana datang dari tempat kerja. So pukul 11 malam camtu, selepas game, kami bertolak pulang ke rumah. Aku ride motorsikal and wife aku drive the car.



View Larger Map

Masa kami kat simpang ni (the green baloon icon), aku ada terperasan ada seorang budak lelaki pengsan bersama-sama dengan basikalnya (agak gelap kat sini time tu). Aku tengok sekali imbas sebab pada awalnya macam tidak percaya dengan apa yang aku tengok. Aku nak berhenti, tapi memikirkan wife aku dah laju ke hadapan, sebab dia tidak perasan akan kejadian itu, semasa overtake satu lagi kereta yang berada kat simpang tu.

Kereta tu kaler putih, and kalau tak silap Proton Saga BLM, bagi signal untuk berhenti. So, aku bajet dah ada kereta berhenti untuk membantu, maka aku teruskan perjalanan aku, sebab dah lewat malam, takkan nak biar wife aku sorang-sorang kan?

Sampai aje kat rumah, terus contact adik ipar aku, A'ah harap-harap dia akan dengar cerita kes ni time kat skolah dia.

Esoknya, dia update kat aku, budak lelaki tuh budak form 1 batch dia, sekarang tengah koma kat hospital. OMG! Tidak tau apa jadi kat dia. Kena pukul ke, langgar lari ke. Tak ada clue. Polis pon sekarang tengah siasat.

Based on apa yang aku nampak pada masa tuh, budak lelaki tuh berpakaian jersey Malaysia kuning hitam terbaring tidak sedarkan diri di atas basikal yang terbaring atas jalan. Macam pelik je ayat nih. Tapi macam tuh la. Harap-harap budak tuh cepat-cepat recover & siapa yang bertanggungjawab dengan kes ini untuk serah diri.

Malaysia makin lama makin tak selamat.

P/S: Young kids should not be allowed to go out alone at night. Curfew.

UPDATE [9th August 2011] - info dari adik ipar aku, mengatakan budak tu dah meninggal. Innalillah... 
UPDATE [12th September 2011] - Berita tentang kejadian ini di dalam akhbar. Klik sini untuk baca.

Blogger: use your own custom favicon

Saturday, July 30, 2011

| |
|

image taken from http://www.blogger.com
Anda bosan dengan blogger default favicon yang kaler orange huruf B besar tuh? Sekarang, blogger dah bagi option dalam design editor dia untuk korang letak your own custom favicon. But wait... favicon tuh menatang ape?

Favicon or favicon.ico yang aku maksudkan tu adalah icon yang keluar kat web browser sebelah page title blog or website korang.
Before this, aku terpaksa "edit html" blog kitorang ni untuk tukarkan favicon B orange tuh kepada yang kitorang guna skrg ni, the red 1.12 with black background. So aku baru je perasan kat Blogger dah ada teknik menyenangkan blogger untuk menukar favicon mereka, so aku try la sharekan benda ni. Benda ni remeh temeh tak penting sangat pon. To do so, go to Blogger's dashboard > Design > Page Elements.
Lepas itu, dekat Favicon click edit dan upload lah favicon korang tuh.

"But, I don't have any favicon to be uploaded!" Well, korang boleh create it online. Sebagai contoh, boleh create them dekat website http://www.favicon.cc/

Cheers!