Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Bila Google hantar surat ...

Friday, August 19, 2011

| |
|

Sampai-sampai kat umah tadi, check the mailbox and found this letter from GOOGLE. Yeah, the Google. Aku kepelikan. Setahu aku, Google Adsense aku belom pernah cash out money lagi (sebab belom layak). So nih ape ke hal Google hantar surat? Nape tak email sahaja macam biasa?

Rupa-rupanya, depa nak promote Google Adwords, which is untuk iklankan kat Google lah, cuma diorang bagi voucher sebanyak RM125 untuk mencuba produk Google itu. Perlukah aku guna ni untuk drive traffic to our blog ni? hurm.. kena response before 31 August, kalau after that & before 16 September the voucher yang dapat hanyalah RM70. Tapi perlukah semua ini?

Zakat Fitrah 2011

| |
|


Alhamdulillah, selesai solat Jumaat tadi dah berkesempatan untuk menunaikan zakat fitrah utk tahun ni. Ni dah masuk tahun ke-2 aku bayar zakat fitrah untuk berdua. Doakan tahun-tahun hadapan boleh pulak bayar untuk 3 or 4 or 5 orang ke... Ameeen.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Iftar Day 17 - Ayam Grilled versi Ramzul

Wednesday, August 17, 2011

| |
|

Disebabkan aku yang kerja kat Selangor yang cuti Nuzul Quran, tak macam mereka-mereka yang kerja kat Negeri Sembilan - xcuti, maka aku kena sediakan food utk iftar petang tadi. So, aku ingat kali ni, aku nak perap ayam grilled ni lama sikit. Dah siap perap dalam peti ais, pukul 12 tengah ari lagi, before aku keluar pergi jumpa ayah aku nak gi umrah.

Senang je bahan perap² nih, since aku main sumbat je apa je yang aku rasa kena masukkan ke dalam ziplock plastic nih. Aku main rembat je letak serbuk paprika, sos cili, sos tomato, sos Nando's, sos tiram, BBQ sos, kicap manis, a bit of garam dan lada hitam tumbuk kasar. Campur semua tuh dengan ayam, perap la sampai petang. Lagi lama, lagi bagus kot.
Dah siap perap, masuk oven, temperature 220ยบ Celcius then leave for 30-40 minutes and it's done.

Ayah pergi umrah

| |
|

Kebetulan hari ini Selangor cuti Nuzul Quran, so dapat la aku pergi sambut ayah aku (most of my school friend would know him as Cikgu Ramli) yang tengah transit di KLIA yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tanah Suci Makkah. Sampai-sampai, adik-adik aku dah ada pun kat sana. Rumaizah dan suami, Rahim dan the only & first cucu ayah, Raina dan adik aku sorang lagi Raihan.
Aku pulak berseorangan sebab wife aku tak dapat datang lebih awal lagi kerana kerja. Dia tak sempat nak jumpa ayah sebab hanya sampai 2-3 minit selepas ayah dah menuju ke boarding hall. Ayah hanya akan pulang pada 31 Ogos nanti, maknanya, raya mungkin tak sempat nak jumpa. Selamat pergi dan balik umrah ye Ayah. Semoga selamat segalanya. Ameen...

Hanya Dia Maha Mengetahui

Monday, August 15, 2011

| |
|



Tiada kata mampu disusun menggambar gelodak di hati. Bait kata 'HambaMu' sedikit sebanyak menzahirkannya. Love it!


HambaMu, Mawi feat Akhil Hayy
lirik&lagu by Edry Abdul Halim


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang.....Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang.......Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang...Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang...Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang...Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang....Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah


HambaMu Allah
HambaMu Allah


Video from www.youtube.com