Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Gambar kasut-kasut raya

Tuesday, September 13, 2011

| |
|

Entah kenapa, aku suka sangat ambik shot ni tiap-tiap kali di pagi raya puasa kat umah tok aku kat Marang. Maybe nak gambarkan berapa ramai/sikit yang datang beraya kot?

2007
Menggunakan kamera pada handphone Sony Ericsson w850i


2008
Menggunakan kamera pada handphone Nokia N82


2009
Menggunakan kamera Kodak adik gua


2010
Tahun ni takde gambar, sebab raya pertama aku kat kampung wife kat Selama, Perak.

2011
Menggunakan kamera pada handphone HTC Desire


2012
Adakah akan menggunakan kamera Nikon D3100 ?? ;D

In the news: Budak lelaki koma atas jalan

Monday, September 12, 2011

| |
|

* gambar hiasan, taken from djrecon83's photobucket
Akhirnya, berita tentang budak koma atas jalan dalam post aku sebelum ini, keluar kat paper. Dah last week lagi keluar dalam paper Metro, aku sedar pun after adik ipar aku, Bai yang bagitau. Dah berhari aku cari kat arkib berita, baru je hari ini dapat jumpa artikel berkenaan.

Laporan asal di : http://www.hmetro.com.my/articles/2011090701050620110907010506/Article/
‘Kenapa bunuh dia?’
Oleh: Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque (ekhwan@hmetro.com.my)
KAJANG: “Saya sedia memaafkan mereka yang memukul anak saya hingga mati, tetapi sebelum itu, mahu bertemu dengannya kerana ingin tahu apa salah anak saya itu hingga diperlakukan sebegitu kejam dan meragut nyawanya.
“Jika duit menjadi punca, saya sangat kecewa kerana kini nyawa seperti tiada nilai dan sesiapa saja boleh meragutnya tanpa ada rasa belas kasihan,” kata Sutin Mohd Yusof, 53, bapa kepada pelajar tingkatan satu yang ditemui terbaring di Taman Kajang Utama, di sini sebelum disahkan meninggal dunia, awal bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam pada 28 Julai lalu itu, anaknya, Luqman Hakim, 13, dikatakan keluar dari rumah untuk mengunci basikalnya yang diletakkan berhampiran kediaman itu, tetapi tidak pulang selepas itu. Menurut Sutin, beberapa individu kemudian datang ke rumahnya dan memaklumkan anaknya ditemui terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tepi jalan besar berhampiran taman perumahannya.
“Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu dan segera pergi ke tempat kejadian untuk melihat keadaannya. “Apabila tiba, isteri saya mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri dan segera menghantarnya ke wad kecemasan Hospital Kajang (HK) sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, anaknya disahkan meninggal dunia selepas koma hampir 10 hari dengan kematian disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat tempurung kanannya disahkan pecah oleh doktor. Beliau berkata, keluarganya terkilan kerana anaknya dipukul dengan kejam hingga meragut nyawanya, selain tidak mengetahui punca individu berkenaan tergamak bertindak di luar batasan hingga meragut nyawa anaknya yang tidak berdosa.
“Beberapa hari sebelum kejadian, anak saya memaklumkan takut untuk ke sekolah kerana seorang pelajar senior sering memeras ugutnya. Tapi saya tidak menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan siasatan kes kepada polis untuk mencari suspek dan berharap individu itu dikenakan hukuman setimpal,” katanya. Beliau berkata, anaknya itu agak pendiam pada malam kejadian sedangkan sebelum ini, dia seorang yang ceria dan gemar bergurau dengan adik beradik lain.
“Sebelum keluar rumah pada malam kejadian, anak saya itu ada berpesan kepada kakaknya yang bakal berkahwin tidak lama lagi supaya menjaga diri dan tidak bergaduh dengan bakal suami. Anak saya memakai jersi pasukan kebangsaan kerana begitu teruja menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura pada malam kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, berdasarkan laporan doktor dari HSB, kecederaan dialami mangsa tidak konsisten dengan kecederaan akibat dibunuh. Oleh itu, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).
“Kami sudah memanggil dan mengambil keterangan beberapa individu, namun setakat ini tidak dapat mengaitkan pembabitan individu terbabit dengan kes itu,” katanya.
al-Fatihah kepada arwah adik Luqman Hakim (baru hari ini aku dapat tahu nama beliau) dan takziah kepada keluarga arwah. Semoga pemergian arwah diredhai & sesiapa yang bertanggungjawab dalam kes ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Ahli rumah baru

Friday, September 9, 2011

| |
|

Dah lama kitorang duk berdua je (except for the last couple months, cousin aku Ariff ada tumpang duk rumah kejap), it's time for us to have new family members. Dah lama plan. last-last lepas raya baru lah dapat. Baru lah dapat bela ikan. Before masa bujang, aku bela kucing. 1st kucing aku, Kecit dah hilang. 2nd was Nando, given to kawan aku, Faisal Saila sebab aku dah nak kawen time tuh.

Plan asal, nak bela 2 ekor ikan emas dalam medium sized pot. Tapi, setelah diadvise oleh tuan kedai ikan tu, ikan emas cepat kotorkan air, so nak bagi air cantik, kena la pakai filter, pakai filter kena la ade dinding akuarium yang straight, tak bulat macam pot.

So kami beli la 4 ekor ikan emas (2 ekor style perut bulat mcm buntal, lagi 2 macam ikan biasa) dan lagi 4 ekor ikan kecik aku dah tak ingat apa nama species mereka. Ikan kecik-kecik ada merah sket kat mata depa.


Singki tersumbat

Thursday, September 8, 2011

| |
|

The very last week before cuti raya, sinki tersumbat kat dapur menjadi amat kritikal. Sinki penuh ngan air, fully drained only after 1 jam lebih. Susah untuk buat kerja. Tengok dalam paip drainage tuh, memang teruk lah lemak-lemak yang ada. Hasil bertahun-tahun kut.

Dah segala macam aku try, takde hasil. Curah acid, alcaline based clog remover, besi korek, batang korek, semua temui jalan buntu.


So after cuti raya, aku bukak manhole, tengok manhole tuh macam kering je! Air mengalir perlahan gila. So, ni for sure lemak-lemak dah clogged kaw kaw punya.
Last-last after segala usaha DIY telah dilakukan, aku pon jadi malas dan tanak dah pening kepala, aku contact mamat bangla yang aku terjumpa time beli barang kat kedai hardware, suruh depa datang tengok. Keletung keletang, couple hours later, clogged drain has been resolved. Serahkan pada yang pakar. The damage was RM150. Nasib baik bila email tuan rumah, he said just tolak je dari duit sewa bulan depan. Alhamdulillah.

Raya Puasa 2011 (with lots of gambars)

| |
|

Biasanya, aku jarang letak banyak² sangat gambar dalam blog post, tapi kali ni rasa macam nak letak lebih sikit. Alemak dah jadi macam blog post Kok haha. Maybe dalam satu post yang sama ni, nak cerita pelbagai benda kut. So dalam blog post ini, aku terpaksa untuk gunakan button read more untuk tak bagi main page blog makan masa lama sangat untuk load segala gambar.

Kitorang hanya dapat shopping raya pada the very last weekend of Raya Holiday, gaji masuk lambat derr.. Hasilnya, panjang sket lah queuenya time nak bayar.

Tahun ni, kitorang balik kampung ke Terengganu sahaja. Tahun depan pulak balik Perak ye ;D. Kitorang bertolak balik pada Ahad pagi 28hb Sept. Direct ke Dungun, berbuka kat umah Apak & Mak.
Esoknya, puasa terakhir, kitorang ke Marang pulak, untuk berbuka kat umah Tok & Tokki.