Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


RunKeeper for Android

Tuesday, September 27, 2011

| |
|

Dah lama sangat aku ni tak bersukan. Kalau dulu time bujang, ada jugak pergi main badminton dengan kawan-kawan. Sekarang, memandangkan tempat tinggal agak jauh dari kawan-kawan lain maka susah sikit untuk sambung badminton as a regular sport.

So aku cuba la nak jogging sekarang ni and at the same time aku nak cuba applikasi dari RunKeeper.com ini. With the help of this application, boleh install on my Android phone (boleh dapatkan di Market), boleh la ia tolong aku rekod aktiviti-aktiviti sihat aku ni. haha. Aku suka bila apps ni boleh draw map untuk route jogging aku. Siap kuar graf bagai-bagai untuk observation.
Selain dari record data untuk "jogging/running" ni, pon boleh juga setkan untuk rekodkan aktiviti-aktiviti lain lagi.
Boleh pilih dari, running, walking, hiking, cycling, mountain biking, dan sebagainya. Cuma aku hairan, macam mana nak record untuk swimming? Tak basah ke henset nanti? Maybe kena rekod secara manual kot.

With RunKeeper ni, pon boleh integrate dengan Facebook or Twitter. So kalau ada kawan-kawan dekat FB or Twitter yang gunakan apps ini, ia akan terus jadikan mereka-mereka sebagai Street Teammates kamu. So far, aku hanya ada 2 orang Street Teammates. Boleh la compare-comparekan aktiviti dengan diorang nih, perhaps..

Hmm, masih banyak lagi untuk di'exercise'kan ni. Harap-harap aku tak usaha separuh jalan saja. Ouh! Mode terkenangkan size seluar zaman sekolah menengah. HAHA!

Facebook Timeline

| |
|

Agak tidak sabar untuk aku dapat mencuba the NEW Facebook Timeline ni. Features yang amat menarik. Macam buat portfolio of your life. Dari seawal kelahiran sampai la sekarang. It's all based on your life to be shared with the people that you wanted to. Boleh read more pasal ni dekat official page dia at https://www.facebook.com/about/timeline. Tak silap aku, it will soon be ready for everyone to use.

Untuk laporan selanjutnya boleh baca kat BlogSerius & CNN.


Hantu Bonceng kat lorong paling kiri?

Wednesday, September 21, 2011

| |
|

MANA ADA!! Tapi ape pasal orang Malaysia takut sangat nak drive kat lane paling kiri? Aku cukup meluat tengok driver-driver cam ni. Bawak slow nak mampos pon ada hati nak stay lane tengah atau paling kanan. Kui kui kui ...

Biasa kan, kat area Lembah Klang ni highway ada tiga lorong - paling kiri, tengah dan paling kanan. Tapi selalu aku perhati, masing-masing taknak drive pon kat lane paling kiri tu walaupon lane tu kosong (lainlah kalau time traffic jam, sampai lane emergency pon dia bantai).

Mungkin masing-masing duk ingat lane tu hanyalah untuk kenderaan-kenderaan berat dan motosikal sahaja. Well, salah tu! Kalau ko slow, gunakan la kat lane paling kiri tuh. Takkan tak perasan bila tengok cermin banyak kereta kat belakang dan kereta belah kiri lagi laju pada kau. Ko bukannya pon tengah drive kat America - time slow kena stay lane paling kanan!
Dengan memandu perlahan sambil berada di lorong tengah atau paling kanan, mereka² ni memaksa driver-driver lain untuk memotong sebelah kiri. Bahaya la woi! Sedar la sikit. Kau bukan nya tengah bawak Bugatti Veyron atau Koenigsegg Agera R sampai kau nak kena stay lane laju dan tanak dah tukar lane kepada lane lebih kiri. Polis patut saman aje orang bawak slow lane tengah dan paling kanan ni. Menyusahkan orang lain dan antara punca penyebab kepada traffic jam dan seterusnya meningkatkan subsidi petrol kerana pembaziran disebabkan traffic jam dan seterusnya akan melumpuhkan ekonomi negara! Boleh stress woooo! Bak kate Kok kat blog dia.

LFC for life

Tuesday, September 20, 2011

| |
|


Ya ya .. aku tahu team aku baru kalah teruk dengan Tottenham Hotspurs. 11 lawan 9 orang, boleh la bai. Segala percaturan Kenny Dalglish tak menjadi. It was a bad day for all of us the Reds fans. Bab nak kutuk, tadak hal, silakan. Gua pon selalu je kutuk fans team-team lain. Prinsip: Kutuklah kamu sebelum kamu dikutuki

Tapi bab ajak tukar masuk sokong team lu? HAHA...kutuk-kutuk dah la. Takkan nak ajak convert kot? Agak² kalau semua orang dalam dunia ni, sokong team yang sama ngan lu, jadi best kaa tengok bola pastuh? Kemon la, toksah nak duk ajak orang nak tukar team. Kalau orang tuh nak tukar, biar dia tukar sendiri. Dan lepas tuh aku panggil aje dia LALANG! KATAK!

Sampai mati pon aku takkan sokong team Arsenal ke, Chelsea ke, Manchester City ke, Manchester United ke, Stoke City ke mahupon Queens Park Ranger (Go Go Power Rangers!) ke... PTUI!

Liverpool FC for life

Soalan² standard orang Melayu

Thursday, September 15, 2011

| |
|

"Bile ko nak kahwin?"
"Bile nak dapat baby, kan dah lame kawen?"
"Bile nak tambah baby? Takkan sorang aje kot?"
"Bile nak dapat menantu?"
"Bile nak timang cucu?"
...
...
...
"Bile ko nak mampos?!!"
Haha ... soalan yang last tuh tak pernah lagi la aku dengar kan, tapi soalan-soalan sebelumnya itu selalu kita dengar atau ajukan kepada kawan-kawan sekeliling kita. Biasa soalan-soalan ni ditanya di dalam kaum Melayu kita ni, atau kaum lain pon ada juga perangai macam ni, tataulah kan.

Pernahkah yang bertanya ni terfikir macam mana perasaan orang yang ditanya tuh? Orang yang ditanya kebiasaannya akan jawab, "Belum sampai hajat", "Belum ada rezeki...". Tapi yang sebenar-benar dalam hati dia, tiada siapa yang tahu melainkan mereka sendiri. Kalau aku, for sure akan tension bila diajukan soalan ke-dua tuh. Seriously, aku takde jawapan untuk itu. Rezeki dari Allah s.w.t takkan kita nak persoalkan pulak ye? Ajal, maut, jodoh, rezeki tuh semua datang dari Allah. Siapa kita untuk mempersoalkan semua ni? Takkan nak ikut style cerita hindustan lama, tatkala nasib tak menyebelahinya terus nak pergi marah-marah kat kuil depa sambil hentak-hentak loceng dan keluarlah guruh halilintar semua?

Some come and cakap "Aku dah anak dua", "Aku dah 3 anak! Ko bila lagi?" Well my friend, dapat anak ni bukan some sort like trophy count, macam Liverpool FC dah 5 kali European champion (Chelsea & Stoke City have never won it).
Senang cerita, kita dah tahu orang tuh belom nak kahwin² lagi, maka doakanlah untuk beliau untuk senang bertemu jodoh. Kalau orang tuh dah kawen dan belom dapat zuriat, doakan mereka untuk dapatkan zuriat. Kalau orang tuh anak sikit, doakan lah supaya dimurahkan rezeki mereka. Senang kan?

Jangan dipersoalkan kuasa Ilahi.

P/S: Alhamdulillah both direct family aku & wife tak ade pon tanya soalan macam ni.