Wireless Audio Video transmitter/receiver
Friday, October 7, 2011
| 8:30 AM |Posted by Ramzul Ramli |
So last few months, aku ada jumpa kat mudah.my wireless audio video transmitter/receiver ni. Beli dengan harga RM169 kalau tak silap aku. So dengan benda alah ni, aku tak perlu lagi lay cable audio video tuh sepanjang-panjangnya sampai ke tingkat atas. Dari decoder Astro tu, signal audio dan video ditransmitkan secara wireless. No more wires! Lagi satu, this transmitter receiver ni pon boleh menerima dan menghantar signal remote control dari lokasi tingkat atas ke bawah (so tak perlu lah untuk turun naik semata-mata ingin tukar channel).
Apa yang perlu dibuat, dekat decoder Astro perlukan RCA Y-splitter untuk setiap port kuning, merah & putih tu. Satu set kabel sambung direct ke tv dekat, dan satu set lagi masuk ke box transmitter ni.
Then di tingkat atas, box receiver ini dipasangkan ke tv atas. Dan sekarang siaran astro telah berjaya dikongsikan, wirelessly.
Bila kita ...
Thursday, October 6, 2011
| 9:00 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.
Pemandu pemalas
| 12:45 PM |
Posted by Ramzul Ramli |
Disebabkan diorang-diorang ni macam dah terbiasa buat macam ni, sampaikan kekadang ada traffik yang datang dari arah bertentangan (garisan biru) terpaksa mengelak dari mereka-mereka manusia pemalas tu. Kadang-kadang diorang ni tanpa berhenti tengok keadaan terus menonong masuk roundabout ke arah kanan terus. Lantak pegi lah ngan orang lain. Aku sorang aje lah yang nak cepat!
Tunggu lah, nanti tergolek kena kat anak mereka sendiri baru padan ngan muka. Stop la jadi pemalas.
p/s: Ni belum cerita pasal pemalas nak park kereta betul2. Haish ...
Pemandu bangang
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Ko tuh, dari jalan sub masuk ke jalan utama... Agak-agak la. Tengok traffik belah kanan tu camne. Ade motor ke, kereta ke. Engkau main masuk terus nak duk lane tengah. Takut sangat ngan hantu bonceng kat lorong kiri tuh! Sampai aku pulak yang kena slow down bagi jalan kat kau. Kau ingat ko sape?
Baru takat bawak kereta besar sket dah perangai macam ....
P/S: Lainlah kalau aku dah bawak motor besar macam Mat Khir, Ajiz, Mapen, Zul Puyuh atau Ladun ke, memang aku stay speeding top speed kat lane paling kanan le. HAHA
View Larger Map
Ahad - kedai Char Kuey Teow tutup sedunia?
Monday, October 3, 2011
| 5:11 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Last Ahad, sang wife begitu kepingin nak makan char koey teow. Dah lama tak makan katanya. So we, Farah & Faris menujulah ke salah satu gerai faveret kami di Bandar Baru Bangi, yang bersebelah dengan stesen minyak Petronas, opposite of the Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 1. Sampai-sampai je, tengok gerai cantek TERTUTUP.
Aiseh, tutup ke ahad? Aku googled for "char koey teow bangi" and google result ade tunjuk satu gerai kat seksyen 4, Ajen Char Kuey Teow. Ada komen cakap tukang masak dia kiut. boleh kat Faris, "KUIT". Sampai2 sana, pon tutup.
So Farah plak suggest pergi Pulau Mutiara Char Koey Teow dekat area UKM. Pon sama! TUTUP. what the hell with Sunday & Char Kuey Teow nih? So ended up kitorang head up to Malee's Taman Bunga Raya dekat area Setapak tuh, tapi memandangkan hujan so tukar plan pergi ke NZ Curry House Wangsa Maju.
Tapi on the way ke situ, traffic jam yang agak teruk kat MRR2, disebabkan ada van accident depan Honda Service Centre Ampang. (sumber Twitter).
Baru lah lepas tu kami dapat makan Char Kuey Teow, selepas 3 jam pencarian. Cekal tak usaha mencari? Kui Kui Kui ~~~ Hampir 60km drive baru dapat jumpe food.
Masing-masing dah kelaparan...
View 20111002 pencarian char kuey teow in a larger map