Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Harga makanan yang ridikiles!

Tuesday, October 11, 2011

| |
|

Ya aku sedar pasal the rising cost of food di seluruh dunia, tapi macam tak masuk akal la pulak para peniaga2 sekarang ni letak harga makanan mereka. Semuanya dalam gandaan 50 sen. RM4.00, RM4.50, RM5.00. Where is the good old pricing yang macam RM3.20, RM1.80 etc. etc.

Macam masakan di atas, aku panggil ia as Bawang Kunyit Goreng Sotong (instead of Sotong Goreng Kunyit) sebabnya, bawang je yang berlebih dari sotong. Sotong cuma ada 5 ketul kecil-kecil sahaja. Dan lepas tuh harga nya adalah RM5.50! (restoran biasa je ni kat area umah aku) Sangat ridikiles dan rip-off - hajat mereka nak pergi Haji balik hari kot.

Selalu tengok harga barang asas makanan seperti gula, beras naik harga. Tengok gula dah la, harga naik 20sen untuk sekilo, tapi satu gelas air pon boleh nak naik 10 hingga 20 sen jugak. Apa kau letak dalam air aku SATU KILO gula kah? Taik lembu jantan! Memang betul2 taik lembu jantan.

Sometimes, aku rasa macam nak boikot je kedai2 makan ni, tapi tuh lah ... peniaganya kaum Melayu kita jugak. Alahai ...

Salah faham tentang istilah adik-beradik kandung & tiri

Monday, October 10, 2011

| |
|

Aku selalu dengar orang Melayu Islam kita salah guna istilah bab ni. Selalu aku dengar, orang gunakan "tiri" untuk adik-beradik yang sama mak tapi berlainan bapa, tapi "kandung" untuk sama ayah berlainan mak. Salah tu...

Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna

Mak sama + ayah sama = adik-beradik kandung

Mak lain + ayah sama = adik-beradik kandung
Mak sama + ayah lain = adik-beradik kandung
Mak lain + ayah lain = adik-beradik tiri
Kat website Islamgrid.gov.my pon ada ramai orang yang menghantar soalan, yang keliru dengan istilah "tiri" ini. Contohnya, ini dan ini.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan "tiri" membawa maksud bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri.

Salah faham tentang ini boleh effect dari segi hak harta pusaka, batas pergaulan, aurat, batal air wudhu', dan sebagainya. Nak senang paham, selagi adik-beradik tu ada kaitan darah melalui mak/ayah kandung, maka mereka adalah adik-beradik kandung. Klip video di bawah adalah penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang perihal ini.

ATM, kenapa perlu tekan lebih?

Friday, October 7, 2011

| |
|

Setahu aku, tak pernah lagi jumpa ATM kat Malaysia ni yang boleh withdraw duit syiling (kui kui ~~), tapi apesal hampir semua ATM yang aku jumpa, tiap kali nak draw duit, perlukan untuk masukkan digit sen tuh. Tak ke buang masa? (gila la berkira mamat ni).

Sekali je aku pernah jumpa ATM yang tak mintak untuk key in sen, ATM Bank Al-Rajhi.

Kata lah, untuk tekan lagi 2x digit sifar tu, ambil masa satu (1) saat. Kalau kat depan kita ada 100 orang, kan dah rugi masa 100 saat...

HAHA

Wireless Audio Video transmitter/receiver

| |
|

Dah lama aku nak post pasal ni tapi asyik lupa je. Dulu time duk rumah sewa bujang, connection setup tv kat tingkat bawah dan atas adalah seperti gambarajah kat atas. Wired. So wayar audio/video yang kuning, merah & putih tu lalu atas lantai, celah tangga bagai. Berselirat.

So last few months, aku ada jumpa kat mudah.my wireless audio video transmitter/receiver ni. Beli dengan harga RM169 kalau tak silap aku. So dengan benda alah ni, aku tak perlu lagi lay cable audio video tuh sepanjang-panjangnya sampai ke tingkat atas. Dari decoder Astro tu, signal audio dan video ditransmitkan secara wireless. No more wires! Lagi satu, this transmitter receiver ni pon boleh menerima dan menghantar signal remote control dari lokasi tingkat atas ke bawah (so tak perlu lah untuk turun naik semata-mata ingin tukar channel).

Apa yang perlu dibuat, dekat decoder Astro perlukan RCA Y-splitter untuk setiap port kuning, merah & putih tu. Satu set kabel sambung direct ke tv dekat, dan satu set lagi masuk ke box transmitter ni.

Then di tingkat atas, box receiver ini dipasangkan ke tv atas. Dan sekarang siaran astro telah berjaya dikongsikan, wirelessly.

Bila kita ...

Thursday, October 6, 2011

| |
|

Aku memang jarang bab copy then re-post things kat blog, but this one is really good. It's impossible to satisfy all of the people around. Manusia takkan pernah merasa puas!

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.