Eleven Sebelas
Friday, November 11, 2011
| 11:11 AM |Posted by Ramzul Ramli |
1. Umur aku, 11 ribu 6 ratus 2 puluh 6 hari.
2. Wife aku dah 13 weeks pregnant, klu ikut calculation the fetal age is 11 weeks.
3. Dah 11 bulan kami duk umah sekarang ni.
4. 1111 days ago, aku masih gunakan Wordpress dan Friendster
5. Shocked with news received this morning, former colleague at Sapura, Kak Rozi Hartini Abdul Aziz meninggal dunia ketika bersalin pukul 3 pagi tadi. Baby girl dia pon arwah. Al-Fatihah untuk kedua-dua mereka.
6.
7.
8.
9.
10.
11. Blog posting ni scheduled to 11.11am today.
Stesen minyak Petronas & parking
Tuesday, November 8, 2011
| 11:00 AM |Posted by Ramzul Ramli |
Mesti ada sebab diorang buat camni. Apekah disebabkan hal keselamatan? Honestly, aku memang don't get the idea of this. Tambah lagi kat tempat yang sempit, then pelanggan mula double park sebab takde space untuk park kereta diorang.
Any idea why?
Salahkah guna lampu kecemasan ketika memandu?
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Aku cuba jugak untuk cari law/panduan dari website JPJ, MIROS pasal penggunaan lampu kecemasan ni ketika memandu, tapi tak jumpa. Maybe ini bukan satu kesalahan kat Malaysia? Ntah.
Boleh baca lebih lanjut perihal lampu kecemasan di Wikipedia.
First Trimester, my own story :)
Thursday, November 3, 2011
| 2:24 PM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam. Arini dah 12 weeks ++. Makin hampir tamat my first trimester. yeay!
Tak sabar nak masuk second trimester lak...hope lebih indah. :D
Jom subscribe Youtube Channel Arfa & Amna
Nak share my own experience along first trimester nih.
Banyak dah yang dilalui, cume sangat takde mood nak blog out. Sekarang baru ade mood sikit.
1. Apa tanda-tanda awal hamil?
Hehe...seingat aku, awal-awal takde rase pape sangat kot. Sampai la pas balik dari Terengganu lepas raye Aidilfitri aritu. Period just lewat sehari dua kot, tapi aku rase sakit kat belah kanan bawah pusat ye. :p orang panggil ari-ari kot. macam sakit nak period, tapi lain sikit berdenyut-denyut lak. Oleh kerana taknak g klinik lagi, sebab tak tahu nak betau sakit cane, kami pon buat la test UPT. Kot2 la kan. Kalo bukan sebab berisi, baru la nk pegi cek kot2 sakit lain lak. Alhamdulillah, positif. So, tetap gak pegi klinik, sebab Dr Khamsiah dah pesan, kalo pregnant, datang kat dier. Dier nak bagi ubat untuk kuatkan rahim. So, aku makan ubat untuk kuatkan rahim, Duphaston selama 2 minggu di awal kehamilan. Sakit tuh adelah sebab baby and rahim nak membesar. hihi
2. Asyik lapar je tau.
Sebelum2 nih, kami pepagi memang akan minum air and kekadang makan roti seketul dua. Lapik perut. Maklumlah, dua2 keje jauh. huk2. Then dah cukup dah untuk aku sampai tengah ari, baru makan lagi. But time pregnant ni...adoi..perot asik lapar je...dah minum air and makan roti, sampai tempat keje, aku breakfast lagi. nasi goreng ngan milo panas. belum pon tengah ari, dah lapar balik. Makan nasi ngan lauk-pauk lak. So, aku dah jadi pengunjung setia cafe. Dah la makan awal dari orang lain.Tak kisah la...dah lapar. Nak dekat balik pon lapar lagi. biskut la pulak. Cume malam je la tak berapa nak masuk makanan. Makan sikit je. tak lalu sangat. tapi lapar jugak.
3. Penin and muntah.
Isk..yang ni pon aku lalui jugak. Penin terutama time drive ke tempat keje and balik keje. 60 km okay. Lamenye aku rase nak sampai. kekadang, sesampai je ke destinasi, aku akan termuntah. huk2.. Mood nak buat keje memang ke laut la. Aku dalam dunia aku sendiri. haha...masuk kelas ngajar, dah abis kelas, aku layan penin aku je. hihi...kekadang pegi muntah. camtu la...bab muntah ni memang tak tentu mase. suke2 die nak kuar. kekadang, dah lame makan nasik pon, aku bole muntah nasik tuh lagi. pelik, tak proses ke lam perot aku nih?
4. Nak kencing lagi dan lagi.
Aiyoo...yang ni memang siksa sikit. kat tempat keje aku nih, toilet nye hampeh sikit. yang okay, agak jauh dari bilik aku. dengan kekerapan aku nak g toilet je, memang terase sukarnye. nak nangis pon ade. tapi kalo rase nak kencing, aku paksa diri pegi jugak la. And penah jugak aku batuk2 sampai terkucil. heh...takle control la plak. tapi sikit jela..:)
5. Perubahan saiz dan sakit2 pada cik B.
Heh...yang ni dari awal2 tuh dah rase sakit2. macam time nak period tuh haa...sakit je cik B tuh kan..sampai sekarang still lagi. And awal2 dah kene tukar size nye..kalo tak sesak je rase. Ade ke yang tak tahu cik B ni ape? tak tahu sudah lah..hihi
6.Tak larat and tak kisah, tido awal
Haaa...tak larat ni memang la kan...dah kalo asik lapar...mane nak ade tenaga..pastu aku boleh rase tak kisah. maksudnya rumah nak sepah ke, habuk penuh ke, buat-buat tak nampak je. hihi...kalo tak mesti rase nak sapu je bile nampak habuk. kain baju pon banyak encik suami yang setelkan. Thanks cayang! jasamu dikenang. hehe..memasak memang jauh sekali la kan. Sebulan i cuti main masak2 kay. Pasni bole lah cube2 masak balik. hehe..pastu awal je nak tido. ngantuk kay!
7. Scan baby
Aku kan dah ade experience before. baby takde heart beat and terpakse abort. So, kali nih, memang main concern aku adalah nak tengok heart beat baby. Aku duk menghitung minggu je yang agak2 heart beat dah jelas kelihatan. So mase 9 weeks++. kami pon ke An-Nur sekali lagi. Alhamdulillah, Subhanallah...dapat juga aku tengok heart beat baby and lega sangat2 bila Dr Khamsiah cakap baby adalah sihat dan normal as expected pada minggu 9. Syukur Ya Alllah.
8. Buku Merah
Ramai gak yang tanye aku dah buat buku merah tak. Awal jugak aku buat buku merah kat gov tuh. Dilema nak buat dekat tempat keje ke dekat umah. Last2 aku decide buat je dekat umah. So aku buat kat Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. so far, nurse2 dia okay la. Tadi aku baru je buat check-up lagi. berat aku xnaik2..maintain je...isk...ni yang riso nih..nurse suro makan banyak2..tambah berat.
9. Supplement and Milk
Sebab aku muntah2 and macam kurang tenaga, husband aku yang memang rajen me'research' tuh belikan aku obimin. Dari awal before pregnant lagi memang aku makan asid folik, so bile dah beli obimin nih aku stop la makan asid folik. Dr Khamsiah cakap, obimin dah cukup kandungan asid folik die. Klinik gov pon ade bagi obimin nih. so banyak la stok obimin aku. stok asid folik pon banyak. ade yang nak tak? huhu..susu lak aku minum susu anmum. kadang2 terkeluar balik gak susu tuh. sabo je la. tapi bile time kuar balik tuh kan, mesti berketul. asal eh? heran aku.
10. Kenduri kawen
Eh...asal masuk kat sini lak cite kenduri kawen? Alang2, aku nak mintak maaf sekali la...banyak sesangat dah kenduri kawen yang aku tak pegi. Yang jauh ke, yang dekat ke...aku memang tak pegi. Tak larat ye kawan2. Sori sangat2. Namun aku tetap doakan kebahagiaan rumahtangga kawan2 tuh. moga2 dimurahkan rezeki. Tahniah kawan-kawan yang baru kawen!!! :D
11. Jalan jauh
haaaa...yang ni pon aku elakkan. dari pengalaman lepas, aku jalan sane sini. so kali ni, aku memang lebih berhati-hati. kene pegi kursus pon aku tolak kat orang lain. tak berani den nak amik risiko. bukan tetiap ari den mengandung nih haaa...so den jagolah botui2..eh..asal slang nogori lak? haha
12. Sensitif
Hmm..yang ni pon bole tahan la. cepat je aku nak nangis. tambah2 mak abah aku tengah takde. diorang pegi buat haji. so aku rase sedey je. tengah drive pegi balik memang layan perasaan la. kadang dalam bilik aku pon bole bergenang. haila...jangan la student nampak lak. teringat lambaian and muke mak abah time antar diorang kat kelana jaya arituh, memang never failed to make me cry lah. huk2. ke aku memang sensitif eh? ntah la.
Panjang tak cite aku? nih la pengalaman aku. yang aku ingat setakat nih laa..aku just harap baby nih membesar dengan sihat and sempurna. Semua tolong doakan aku eh. perjalanan yang panjang nih memang menduga kesabaran aku. Tapi aku harap sangat sumenye selamat hingga ke akhirnya. bulan 5 tau! tak sabar!! :))
note: aku nak buat note sikit...untuk kawan2 TTC. sape yang tak tahu TTC tu ape, taknak betau. :p
aku sebenarnye rase dekat dengan kawan2 nih even aku just bace blog diorang je. aku faham sangat ape yang diorang lalui. aku pon lalui even aku takde cite sangat. Just nak betau yang aku sentiasa doakan tuk semua kawan2 TTC, kawan yang baru kawen and also kawan2 yang dah lame kawen agar sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat sebagai penyeri hidup. Semoga Allah makbulkan hajat kawan2 ku ini, dan beri mereka peluang merasai keindahan mempunyai zuriat sendiri. Doakan perjalanan aku ni berjaya ke akhirnya kay! Thanks!!!
Tu jelah nak cite!!! Welcome second trimester!! be nice tau!
Bahasa Teranung: Kata-kata penguat
| 9:00 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Dalam dialet Terengganu, terdapat banyak sangat kata penguat. Mengikut web Tutor ni, kata penguat bertugas untuk menguatkan kata adjektif. Berikut adalah contoh-contoh yang selalu digunapakai orang Teranung kite:
Sangat busuk = busuk kohongContoh ayat; "Berat nanang mu ni, guane berok busuk kohong hanyar nih! Dok reti flush ke guane?"
Sangat hitam = hitang bletung / legang
Kuning menyilaukan = kuning ssio
Sangat besar = besor bedo'oh
Masam mencuka = masang cattung
Sangat masin = masing rebbing
Amat berat = berat nanang (kadang-kadang ada guna "berat pe bedil", depends atas ayat)