Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Efjek: setahun telah berlalu ...

Friday, January 13, 2012

| |
|

Pejam celik dah dekat setahun aku duk bawak Yamaha FZ150i ni. Berjasa untuk aku pergi kerja ulang-alik ke Shah Alam, ~110km daily. Motor yang masih standard lagi takde ubah apa-apa, kecuali side mirror tukar kepada Yamaha Lagenda punya sebab lagi lebar. Default punya side mirror sangkut badan lah!
Motor ni memang boleh kata jimat jugak minyak, kalau tak rempit abis full throttle la. Mostly riding this bike lalu highway ELITE. Fuel tank punya isipadu adalah 12 litre. Biasa, klu meter dah sentuh E, aku boleh isi RON 95 sebanyak RM21 (bersamaan 11.05 litre pada harga RM1.90 / litre). Dengan full tank ni, normally aku boleh dapat mileage sebanyak 350km, dengan syarat takde la nak pulas minyak sampai habis. Aku biasa bawak 100-110km/h sahaja (demi nak jimat minyak). Biasa orang tanya aku, berapa minyak seminggu? Well susah nak bagi jawapan dalam minggu, sebab jarak perjalanan kita berbeza untuk setiap satu minggu. Macam aku lebih kurang RM35 untuk 5 hari bekerja. So better penjelasan dalam bentuk unit metrik, senang untuk buat kiraan secara umum. Kiraan ni, tak kira kapasiti full tank tepat (12 liter) tapi kira based on isian tiap kali refuel. Secara teori, masih ada 0.95 liter (12 - 11.05 l) minyak reserve ketika setiap kali isian semula.
350 km / 11.05 liter = 31.7 km per liter
11.05 liter / 350 km =  0.032 liter per km atau 3.2 liter per 100 km
Mileage meter sekarang pon dah nak cecah 25,000 km. Kalau pergi ke Anfield guna jalan darat dah boleh pergi dan hampir nak sampai balik dah ke Kuala Lumpur ni!!
Larat ke nak ride jauh2 ni? For sure kena upgrade ke Kawasaki Versys 1000 baru lah lepas. hahaha (koya!!)

p/s: 25000km x 0.032liter per km x RM1.90 = RM 1520 dah spent untuk minyak moto! ;D

My 30th birthday (yang ketiga)

Thursday, January 12, 2012

| |
|

Malam tadi wife aku belanja makan nasi arab kat Saba Restaurant, Cyberjaya sempena birthday aku yang ke 30+2. Mula-mula dia tanya nak kek ke tak, since rasa macam baru je makan the whole cake masa birthday wife aku last December, so aku rasa tak perlu la kot (jaga badan haha). Before decide nak gi makan kat sini, wife aku ajak pergi TGI Friday's Alamanda, tapi aku teringatkan masa celebrate birthday kawan aku Ayie dengan Azmin & Faisal Saila dekat TGI Friday's The Curve, Ayie kena nyanyi atas meja dan botol sos sebagai mikrofon, so aku tanak (tapi tak bitau wife aku sal tu haha)

So, bab makan ni, wife aku ordered Lamb Kabsah dan aku pulak ordered Lamb Hanith. Sangat sedap ok! Daging yang sangat lembut tak perlu susah payah nak makan. Dan lagi penting, tak pening makan lamb ni. FYI, aku memang akan selalu pening bila makan lamb or mutton, nak potong pening tu aku akan makan fresh tomato. A few slices pon dah cukup. Tapi malam tadi, takat pening sekejap masa mula-mula drive, tak lama tuh dah hilang. Aku ada tanya kawan aku, dia cakap cara masak dia yang guna minyak sapi bagi tak pening. Taktau la betul ke tak fakta tu, kalau dia tipu aku, so aku tipu korang lah.

Anyway, thanks ye darling!

Facebook: stylokan cover Timeline

Friday, January 6, 2012

| |
|

Setakat ni, ini je idea yang ada. Profile photo ngan cover berkait. Apa macam lagi mau kasi cantek itu Timeline cover eh? hurm.. ideas ideas..



review 2011

Friday, December 30, 2011

| |
|

Hari ini adalah antara hari2 terakhir untuk tahun 2011. Ahad, dah masuk tahun baru 2012. So apa yang kitorang dah buat/capai/experienced/lalui untuk sepanjang tahun ini ? (this is when Facebook Timeline & blog usefulness come into the picture :D)

January 26th -  Terjualnya kereta pertama aku, a white Perodua Kenari Aero dan kembali menjadi rider tegar selepas beli FZ150i. The last time aku jadi penunggang tegar adelah pada September 2004, bawak Modenas Karisma kaler hujau katak pisang tu. Dalam 6 tahun lebih jugak meninggalkan arena penunggangan dan 6 tahun lebih jugak la Kenaero berjasa kepada aku.

February 21st - Penambahan cucu dalam GenG 5125. Welcome to the world Aqeef.

April 5th - Nokia N82 aku finally dah bengong dan it was time for a new cellphone. HTC Desire telah menjerumuskan aku ke alam Android.

April 27-30th - First time jejakkan kaki kat Thailand (walaupun aku pernah belajar kat UUM selama 4 tahun, tapi tak pernah ke sana pon). Kitorang pergi ke Krabi for our 1st anniversary.

May 28th - adik wife aku, Bai kahwin dengan Haikal.

June 1st - First time aku beli domain. Aku beli domain onedot12.com untuk blog kitorang. Sebelum ni pernah guna free domain name untuk home servers aku, ramzul.mine.nu tapi dah tak guna dah sekarang.

July 14th & 16th - Pertama kalinya aku tengok team Liverpool FC depan mata. Selama tu duk tengok menerusi kaca LCD TV sahaja.

July 16th - Pertama kalinya wife aku & Maeh mengalami kereta kena pecah & barang2 dicuri. Dan itu juga adalah pengalaman kedua buat aku.

August 17th - Ayah aku ke Mekah menunaikan umrah.

September 8th - First time aku bela ikan (before kawen bela kucing), tapi macam takde bakat je, semua dah kojol.

September 15th - Berita paling gembira untuk tahun ini for my wife & me, WE ARE PREGNANT AGAIN! Alhamdulillah sekarang dah 20 minggu & 4 hari mengandung.

October 18th - Penambahan cicit dalam Geng Cucu Pok Su Ya. Welcome to the world Farhana.

October 23rd - Mak & Abah wife aku ke Mekah menunaikan haji.

December 1st - Third time celebrate birthday wife aku ;D

December 12th - For the first time one of our blog post cecah more than 1000 hit dalam masa 1 minggu.

Semoga tahun 2012 mendatangkan lebih banyak berita gembira. Ameen.

Suarez + jari tengah Fulham

Thursday, December 29, 2011

| |
|

Luis Suarez dikenakan penggantungan 1 perlawanan berkuatkuasa mulai game menentang Newcastle pada hari Jumaat ini. Dia dan kelab turut didenda 20K pound sterling.

Tapi kenapa double standard?


Roo's a lucky boy then? FA will take no action over United star's 'V-sign at Chelsea fans'