Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Arfa goes swimming

Monday, February 18, 2013

| |
|

Salam...
Weekend lepas Arfa plan nak pergi swim. First time Arfa berendam dalam kolam masa kat Morib, naik pelampung yang cuma kaki je yang tkedek-kedek. So Daddy nak belikan Arfa pelampung baru.. biar satu badan leh tergedek-gedek. Tengahari Sabtu kitorang pegi IOI Mall untuk shopping pelampung dan swimming suit baru Arfa. Best la IOI Mall ni, pelampung and swimming suit yang dicari, ade! Pelampong kitorang beli ni namanya Neck-Ring. Supported utk baby 2 tahun dan ke bawah atau berat until 11kg. Pelampong ni boleh biasakan baby untuk terapung dalam air. Mudah mudahan slow slow dapat la Arfa belajar berenang.

Besoknye kami bertiga plus PakSu bangun awal2 untuk ke public pool kat Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya. Kompleks kolam renang ni punyalah banyak parking kat basement, tapi orang prefer parking dekat atas dan di tepi2 jalan. Tempat ni meriah sebab jadi port untuk orang buat outdoor event macam2. Time kitorang pergi ni ada event Remote Control kereta dan kapal terbang. So ramai la orang. Bayaran masuk ke kolam renang RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2. Arfa free of charge je. Kitorang sampai ni pon lambat, kul 10 pagi. Sesi pagi ni mula dari pukul 9 pg sampai 11 pagi je. Tak ramai orang. Maybe masih cuti makan buah limau kot.

Arfa and tok wan nye mase dekat Morib. Pelampung ni kaki je masuk dalam air.
Arfa and daddy without pelampung.
Arfa dipasang pelampung. Dagu dia terlekat masa ni. haha
Ni nangis ke suke? Suke la mama!
Takut2 sikit.
berenang terbalik ok!
terkedek2 tangan and kaki arfa kayuh.


Tu je lah cite weekend lepas...Arfa macam selsema sikit. Baru berendam kejap je pon. Hope cepat baik. Next time kitorang nak try pegi Pusat Akuatik Shah Alam pulak.

[23/02/2013] Updated: Video Arfa berenang kat Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

Oh My Arfa

Thursday, February 14, 2013

| |
|

Salam. Teringin bebenor nak update blog. Tapi bizi dengan rumahtangga.
Last update oleh aku wish selamat hari raya syawal 1433.
Yang lain2 sume updated by hubby ku yang maintain je menulis.
Dia boleh je update blog bebile mase. Cane nak maintain camtu eh yang? U takde time mood kedaung ke?

Sebenarnya aku cuba cari mase untuk menulis sume yang terjadi before ni.
Tapi....bila ade masa, takde mood le pulak. Bila tengah bizi tuh, memacam topik aku nak tulih. Heh
Aku nak sesangat kasi tips psl breastfeeding, gadjet baby, makanan baby dan memacam lagi.
Tunggu eh....nanti ku tulis satu2...tips dari mama beranak arfa yang satu.

Ni nak citer gelagat arfa ku yang satu. Malam tadi dalam pukul 2 pagi, tiga2 kami dah lena.
Then aku terdengar bunyi, rupenye arfa terbangun. Biase nangis2 nak nenen je, ku bagi, diam la dia.
Ni dia siap manjat2 aku, buat muke comel. Geram! Tapi ngantuk.
Ku suro tido, tak mau pulak dia...hai la anak....nape pulak ni.
Bile rase pampers dia berat sangat dah...ok...kugagah bangun salin pampers arfa.
Time basuh baru ternampak ade seketoi taik...ngeh2...patot la anak buat muke comel.
Nak suro mama basuh berak rupenye...tak selesa arfa nak tido.

Dah setel basuh, aku pon tidokan la dia. Tapi, mata arfa dah cerah. Huwaaaa
 Dia start main2 pulak dah...takmo tido...aku melayan dia sampai nak dekat pukul 4 pagi.
Nak nangis hokey! Mama ngantuk ni arfa oi! Daddy nye lak take turn...tah pukul brape arfa terlena.
Mama tak tengok,jam dah. Ngantuk ler mama arini kat opis!

Gaya arfa tido lena

Muke tak senonoh. nak menguap ke ape tah.


Tip penjagaan bayi: Jika bayi tak dapat tidur pada waktu kebiasaan bayi tidur, sila periksa lampin bayi. Mungkin ketidakselesaan akibat lampin terlalu basah atau bayi berak! Hihi

E-Rokok / E-Cigarette / Vaporizer membahayakan kesihatan ....... kah?

Tuesday, January 29, 2013

| |
|

Lawak of the year. Rokok biasa, laaaaaaaaagi la bahaya! PUIIIII!

DIY: Paku dinding simen tanpa pecah

Saturday, December 29, 2012

| |
|

Pernah tak nak pakukan dinding simen nak gantung apa, tapi bila pakukan simen tempan paku tu macam pecah-pecah sikit? Kadang paku terus tak lekat sebab sekeliling tempat paku tu pecah terus? Nak drill, malas atau takde drill. The trick is, letakkan selefon tape.





oh warranty Tesco Extra

Wednesday, December 26, 2012

| |
|

Pernahkah hadiah yang korang dapat rosak, then pergi claim warranty? Wife aku dapat blender ni sebagai hadiah. Pakai tak lama, rosak. Siap berasap. So check dalam kotak, ade warranty card. The item was bought from Tesco Extra Seremban Jaya, 22 March 2012. So semalam kitorang bawak la pergi ke Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam. Malangnya, diorang mahukan resit pembelian kalau nak claim warranty, so apa guna warranty card yang ada tuh? Lagi satu kalau dah nama hadiah, takkan la orang nak bagi sekali ngan resit kan? IDIOT.

This is bullshit.

Aku pergi ngan kawan aku Ladun, untuk claim warranty portable hard disk Buffalo, tak de cakap banyak. Takde resit, kat kaunter check no siri pada portable hard disk tu. Check status warranty. Still dalam warranty. Tested the faulty product. Confirmed rosak then terus buat replacement. Simple. Tak sampai 20 minit. So, from now on, bye-bye Tesco Extra. Baik beli kat Senheng atau SenQ!

P/S: So perlukah kitorang sertakan resit pembelian kalau nak hadiahkan sesuatu barang lepas ni? Huhuh