Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Time-lapse video: Awan shots

Thursday, March 7, 2013

| |
|

Lama dah tak buat such video. Set camera on static, then set auto shoot at any interval of time. Macam ni, aku hook up webcam letak depan rumah, set software camera (ni aku guna AvaCam) untuk auto shoot photo every 60 seconds. Dan hasilnya, tadaaa! Ni pon dah guna 711 keping gambar. Susun image sequence dalam Pinnacle Studio HD 14. Each gambar run dalam 0.01 saat. Dulu-dulu time bujang aku pernah buat dalam 3 kali kot. Amik gambar kucing dalam rumah. Amik gambar dari bilik apartment aku.  Haha...
P/S: Time lapse adalah gabungan susunan gambar-gambar yang diambil secara berulang dengan kadar ulangan masa tertentu. Sila baca wikipedia ini untuk maklumat lanjut.

Facebook: automatic couple profile?

Monday, March 4, 2013

| |
|

Hahaha.. aku baru perasan tentang bendalah ni. Maybe dah lama orang lain perasan cuma aku je yang baru tahu. Damn. Those yang tak tahu, go to your profile, click the relationship type on your Timeline or, type in the address

https://www.facebook.com/yourfbid?and=yourbinifbid

voila!

p/s: sila gantikan yourfbid dan yourbinifbid

MyDear Puchong warehouse sale

Sunday, March 3, 2013

| |
|


View Larger Map
Semalam kitorang pergi My Dear warehouse sale, bukak sampai 7 petang, until 10 March 2013. Rezeki Arfa dapat 4 benda baru. Boleh tahan murah banyak jugak. Macam pagar yang kitorang ushar last week kat Paradigm Mall harga RM170+. Kat sini dapat RM117. Lain lagi Arfa dapat basikal (RM 122.00), tilam (RM 45.00) dan pool (RM 86.00).

Antara hasil-hasil tangkapan:


Iklan tanpa izin

Thursday, February 28, 2013

| |
|

Salam,

Rasenye semua umat manusia dekat mukabumi ni punya hak dan privasi hidup. semua pon tak suka bila hak atau privasi kita diceroboh kan?
Aku tak suka membebel, tapi pagi ni rase nak bebel jugak kat sini. pagi2 dah ade yang spoil mood. macam mana orang yang tak berape nak rapat, pastu tak pernah tegur or tanya kabar boleh spoil mood aku?
Citernye kat facebook la...haih..kawan kat facebook ramai...ade je la yang satu dalam seribu tu buat hal kan..bukan semua of coz.
Aku nak tanya la kawan2 yang berbusiness online ni, berkesan sgt ke strategi pemasaran ko bila ko terpaksa tag or add org ke group sana sini? mentang aku penah tanye or beli sekali produk ko jual, terus ko tag aku manjang. hishhh..kalo produk best takpe la jugak. (masih bertoleransi dengan kawan2 rapat).
Paling2 tak boleh terima yang add ke online business group. ko nak iklan kat group tuh, ko kene add orang kan? pastu suke suki ko add kawan2 ko yang dekat facebook tu kan? aku betau awal2 ni, AKU LANGSUNG TAK BERMINAT NAK TENGOK group macam ni. ko buang masa aku bace notification and leave group. ko dah menyusahkan aku tau tak? larat ke ko nk mintak maaf kat semua orang yang tak redha ko add diorg sesuke hati? ko jawap! pastu ko tambah dosa aku lak ngutuk ko. adoyai...manusia...respect la hak orang lain. nak add, nak tag, sila mintak izin dulu!
Ni belum cite yang bagi sms dgn email pulak untuk iklan. balik2 aku dapat pinjaman peribadi punya iklan. sakit mata tengok email dgn sms tau! TAK MINAT!
Aku rase banyak lagi medium pengiklanan yang kite boleh guna. Medium yang halal. ko bayar untuk ko iklan. kan lebih berkat? banyak weh....kat blog2 bersepah boleh buat iklan. bayar je la sikit. nak meniaga kene la ade modal untuk iklan. tayah juta2 pon!
Yang mudah kalo ko nak iklan jugak2 kat facebook, ko up je la status. kat page or profile ko. up la sampai banjir timeline. takpe. at least aku bole set tanak tengok kalo aku tak minat. set SEKALI je. senang hati aku. boleh faham ke??
Aku ni memang jenis manusia suka mencari sendiri. TANPA DIPAKSA. kalo aku nak, aku cari. tayah ko paksa2 aku. lagi ko paksa lagi aku tanak ambik tahu. so iklan la dekat tempat yang kalo suke, orang tengok, kalo tanak tengok pon takpe.
Tu je la nak bebel. Ramai kot macam aku. tak suka orang add ke group sesuke hati. so sila ambik perhatian yang berkenaan.

p/s: orang2 macam ni pandai add kawan2 kat group, tapi heran bila tengok profile dekat facebook tuh macam hidup segan, mati tak mahu. pelik betoi!

Happy vaping!

Friday, February 22, 2013

| |
|

Alhamdulillah, hari ni adalah Jumaat ke-6 aku dah tidak hisap rokok. Sebelum ni, macam-macam kaedah cuba untuk quit smoking. Last kaedah before this adalah dengan Niquitin, tapi kurang berhasil. Thanks to e-rokok / e-cigarette / personal vaporizer / rokok elektronik. Many thanks ;D