Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Mari menembak kilat

Thursday, April 11, 2013

| |
|

Antara subjects yang aku minat nak shoot selama ni, adalah kilat atau lightning. Memang susah nak shoot dan perlu kesabaran sebab kita tak tahu bila dan kat mana kilat nak muncul. Boleh la bajet-bajet kalau kilat keluar kerap. So kena tau angle mana yang bagi higher chances untuk shoot kilat ni.

Set camera in Manual mode. Low ISO, 100 - 200. Long shutter speed. Aku duk pakai 1.3" - 2". Manual focus. Focus to infinity. f/11. White balance aku set florescent. Active D-lighting aku OFF - yang ni aku tak sure ade effect ke tak untuk lightning photography ni, belom test dengan ON setting. And off course mesti guna tripod. Kalau ada remote, lagi bagus, boleh kurangkan possibility camera shake time tekan shutter.

Ni hasil shooting buat kali kedua. Kali pertama, kelmarin. Shoot depan rumah aku. Hasilnya boleh la. Tapi lampu jalan dua batang depan rumah agak ganggu pencahayaan. Malam tadi, kebetulan kilat lagi, aku tukar port pergi belakang rumah. Xde lampu jalan.

Tengah2 aku setup tripod dan kamera, kilat cantek kembang semangkuk appear. Aduh.. miss tak sempat la nak snap. Takpe. Sabar. Tunggu lagi patiently, dapat la satu shot kat atas tu. Tunggu lama lagi, dah takde kilat. Ok lah. That's it. Maybe better rezeki next time kot. Time aku nak angkut camera masuk dalam, PRANGGG. Kilat kembang semangkuk appear depan angle setting camera aku tadi. Aduuuuuhhhh. Melepas lagi. Belom ade rezeki untuk dapat shoot kilat kembang semangkuk.

Harap-harap soon dapat snap kecantikan ciptaan Ilahi ini. Subhanallah.

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Saturday, March 30, 2013

| |
|

So Jumaat semalam, kitorang ambik cuti untuk pergi tengok ni, 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013 kat Putrajaya. Bajet kalau pergi weekend, sure cramp ramai gila dengan orang. Tapi kan sekarang ni musim cuti sekolah. Silap ari bulan ramai jugak time weekdays ni... Kami sampai kat area Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya ni around 7am lebih. Crowd dah mula meramai tapi parking area masih lagi aman damai. Hot air balloon dah ade banyak yang take off. Masih ade lagi yang tengah prepare duk nak naik jugak. Macam-macam design balloon ni. Smurf pon ada. Sim card Tune Talk pon ada! Pada aku, balloon ni lah yang paling kelakar. Ada kaki, ada tangan. Haha.
For more photo, visit my facebook album. By the way, this show bermula dari 28hb hingga 31hb esok. Pergi la seawal 7 pagi untuk tengok balloon take off. Malam ni dan esok ada fireworks. Harap dapat gi nak capture fireworks pulak ;D

time lapse with Nikon 1 V1

Sunday, March 24, 2013

| |
|

Bila dah beli, baru perasan yang V1 ni ada builtin intervalometer. Kalau takde, untuk shoot images for time lapse video kenalah beli external intervalometer. Dalam V1 ni, menu Internal timer shooting hanya active bila dalam Exposure Mode P, S , A atau M sahaja. Deavtivated dalam auto exposure mode.


new blog: AnokWanok

Tuesday, March 19, 2013

| |
|

Aku dan sepupu sepapat aku are starting this new blog, sharing our kononnya creative works in photography. AnokWanok is a slang/dialect loghat Terengganu yang bermaksud anak-beranak. So far aku dan 2 orang sepupu tengah menjayakan blog ni. More to come ...

i am nikon: Nikon 1 V1

Monday, March 18, 2013

| |
|

Okay, walaupun voting period belom habis, tapi aku dah decided untuk beli a REAL camera. Lagi pon masalah kat handphone HTC Desire aku, dah settle. Lepas beberapa hari survey harga camera serata tempat seperti kat Alam Sentral Shah Alam, IOI Mall Puchong, so last weekend kitorang pusing Plaza Lowyat pulak. Saje tanak ushar kat Pertama Complex, maybe harga lagi murah kot? Ntah. Tak biasa pergi sana. Time Square pon ada pergi recce tapi harga cam harr je. Kat Lowyat pon ada tempat yang harga cam harr, ada harga cam okay tapi satu tempat ni, DSLR World located on the Upper Ground floor, salesman dia Desmond bagi aku the best deal. RM1750 dapat Nikon 1 V1 with 1 NIKKOR 10mm f/2.8 prime lens dan 1 NIKKOR VR 30-110mm f/3.8-5.6 zoom lens. Dapat free gift camera bag, 8GB SDHC memory card, tripod dan cleaning kit. Tambah lagi RM150 untuk 2 lens filters.

Kenapa aku tak angkat DSLR je? Well, aku duk baca-baca reviews, Mirrorless Camera ni pon dapat hasilkan quality pictures and videos ke arah DSLR dah. It is lightweight and compact. Fun untuk dibawa. Senang la wife aku pon nak guna. And then boleh tukar-tukar lens. Kalau ada rezeki, kasi angkat itu FT1 mount adapter boleh masuk almost any lens in the market. So far aku masih tengah duk godek-godek, cari setting bagai. Dah lama berhasrat untuk menjadi DSLR fag, so for now jadi MILC fag aje lah. hahaha ...