Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Arfa's future crib - Ciri-ciri rumah idaman

Tuesday, June 18, 2013

| |
|

Salam.

Selalu banyak sangat idea datang nak menulis. Terutama time mandi, masak, bawa kereta, nak tidur. Tapi bila depan PC, payah betul nak keluar idea2. Kenape la ye? Banyak okay topik yang aku pikirkan nak share kat sini. Tapi, asyik lah tak dan. Sebenarnya banyak nak share pasal Arfa, tapi tu lah kan...risau. Cara aku mungkin tak sama ngan cara ko. So better tak payah tulis yang mane perihal agak sensitif kan.

Kali ni aku nak share pasal rumah. Rumah oh rumah...mahalnye la nak beli rumah. Awal2 kahwin, takde terfikir lagi nak beli umah...bagi aku, aku tak fikir sangat nak beli rumah ni...ye lah kalau duit yang ada setiap bulan takde yang berlebih, celah mane la nak bayar installment umah pulak. So, tak mendatangkan masalah pun pada aku bila takde rumah.

Tapi kan....ade la tapinye...orang2 keliling ni haa...suke bebeno tanye "dah beli umah tak? asal tak beli? harga rumah kan makin naik...rugi tak beli awal2..." bukan sekali okay...berkali2...dah lebih kurang soalan bila nak ade anak dulu2 tu... huhu...kalo yang tanye tuh, nak tolong bayaukan, awal2 lagi aku dah booked rumah idaman tahu? huh!

Actually, baaaaaaanyaaakkkkkk bebenor perkara yang perlu difikirkan bila nak beli rumah ni. Antara benda2 yang bermain di fikiran aku masa nak beli rumah ni:

1. Lokasi strategik iaitu dekat dengan tempat kerja suami dan isteri (keutamaaan isteri la. tapi ofis kitorang memang dekat pun antara satu sama lain. so automatic lokasi rumah pilihan dekat dengan dua2 ofis). Bukan dekat je, jalan ke tempat kerja juga mesti tak jem dan takde tol yang terlalu mahal. Tak mampu okay nak tanggung tol dengan minyak ajer tetiap bulan.

2. Kawasan perumahan yang best. Haaa...best ni subjektif la kan...best pada aku tu bila kedai makan, kedai barang, kedai ape2 yang aku perlu tu dekat. Kawasan yang takdelah di conquer oleh sejenis kaum je. Kawasan yang masih ade hijau2. Kawasan yang takde lah tetibe belakang nya ade tangki kumbahan..hihi..tu antara faktor best tak best tu laa.

3. Jenis rumah. Actually aku prefer rumah setingkat..sebab senang. Tak payah nak naik2 tangga kan...tapi dah memang rumah setingkat ni hot. Tau2 je ade projek, rumah dah fully booked. huh! last2 aku redha je amik umah 2 tingkat. Janji design nyer cun! hihi

4. Developer. haaaa...yang ni memang aku amik kira bila nak beli rumah. Takut hoi kalo beli umah, tak siap. jenuh...rumah dah la mahal ratus2 ribu. Aku cari projek yang ade show house. so aku boleh tengok contoh yang dah siap. bukan takat nak tengok design je, material yang dia guna tu ha. segala mangkuk jamban, sink tu..nak yang berkualiti. Sales assistant tu cakap mmg sebijik macam rumah contoh. so aku puas hati la dengan material rumah yang aku beli tu. jangan dah siap, lain pulak jadinya, udah.

5. Harga...mesti dalam kemampuan weh. Walau impian nak rumah hebat pon, kene tengok poket jugak kan..mula2 nak beli tu, aku tak tau tahap kemampuan kami suami isteri ni macam mana. So, ape aku buat adalah pegi salah satu bank, tanya diorang. Aku tanya Bank Islam. Diorang siap calculate kan semua dan katenye rumah yang aku nak beli tu, affordable lah untuk gaji kami berdua. Jadi aku pon berani la booked rumah dan proceed apply loan. Tapi ajaibnya, bila hantar application untuk loan, Bank Islam reject la pulak. haila...nasib baik ade bank lain yang sudi luluskan loan kami..:)

6. Downpayment. haa...ni pon kene pikir ni time nak beli umah...at least kat tangan kene ade duit, baru boleh nak beli rumah. Sebab tu aku prefer rumah projek baru. Biasa developer akan bagi masa keluarkan kwsp untuk bayar downpayment. Kalau beli rumah lama dari orang, mesti nak downpaymet la la tu jugak kan. Tapi cerita benar nye, kami takde sesen pon duit time nak beli rumah ni. Semua duit datang kene jer dengan time nak kene bayar. heh...nanti aku ceritakan detail proses pembelian rumah ni. Dari takde duit langsung tapi ade hati nak beli rumah sampai la ke start bayar installment dah pon.

Okay..tu jer yang terlintas kat fikiran aku buat mase ni. Apa2 pon, sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan kan..kalo terlintas nak beli rumah tu kan, jangan la menaruh harapan setinggi gunung, just follow the flow. kalo dah tertulis rumah tu rumah kita, Insyaallah, segala proses akan berjalan lancar. Nanti aku nak share proses pembelian tuh. Bukan sekejap okay. Daripada booked Januari 2013 hingga start bayar installment Mei 2013. Macam2 proses. Alhamdulillah dah setel.


Arfa's future crib

ez Sh@re: Wireless SDHC memory card untuk digital camera

Wednesday, June 5, 2013

| |
|

Bawak kamera pergi bercuti, tapi nak harvest gambar dari digital camera tak bawak laptop pulak? Atau pun nak beli camera yang ada wireless capability, maybe mahal sangat. Kamera dah ada, takkan nak beli kamera baru lak kan? Nak shoot guna camera phone maybe gambar tak cantik sangat. So solution for this, tukar memory card anda kepada wireless memory card.

Setahu aku, dalam market so far ada 6 brand. Eye-Fi, Toshiba FlashAir, Transcend, pqi Air Card dan ez Share. Eye-Fi consume more bateri kamera sebab tak boleh nak off dia punya wireless capability. FYI, memory card ini menggunakan bateri kamera untuk beroperasi. FlashAir and ez Share ada switch untuk on/off wireless capability, but ez Share ni lagi murah harganya. Maybe sebab China brand. Bought it for USD49.95 dekat eBay.
So untuk access the content from the memory card, mula-mula switch on wireless dekat memory card ezShare ni and then baru power on your camera. Connect your smartphone/tablet/iPad/iPhone to the memory card's WiFi network. Macam dalam case aku ni, aku bagi SSID untuk WiFi network memory card aku ni 'ramzulv1'.
Once connected, bukak internet browser dan type in 'ez' dalam address.
So now dah boleh tengok content dalam memory card. Nak tengok picture boleh, video boleh. Kemudian download photo/video yang dikehendaki kepada device anda.
Kalau tak nak guna internet browser, ada apps yang boleh digunakan. Boleh dapatkan apps 'ez Share' ni kat Play Store atau App Store.
P/S: memory card ni bukan sahaja boleh digunakan dekat digital camera, bahkan boleh digunakan dekat any device yang support SDHC memory card, sebagai contoh musical keyboard. Imagine ko shoot photo event then your customer nak video slide ready tak lama lepas tu. So sorang shoot photo, sorang lagi harvest gambar terus while ko shooting dan do the editing. Super Nice!

Cuti-cuti Utara

Tuesday, June 4, 2013

| |
|

Kebetulan sempena Arfa menjangkau usia 1 tahun, kami pergi bersiar-siar ke arah utara bermula dari 24 Mei hingga 2 Jun 2013. Kebetulannya kami nak pergi dua wedding yang berasingan, satu pada weekend cuti Wesak kat Kuala Kangsar dan satu lagi kenduri kahwin makcik wife aku pada weekend yang seterusnya kat kampung di Selama, Perak. Alang-alang dah pergi arah utara, cam malas pulak ulang alik kan. So, what we did, spent 1 hari di Kuala Kangsar, 2 hari di Cameron Highland, 3 hari di Penang dan 3 hari di Selama. Ikutkan kiraan kat Google Maps ni, total distance was 1182 km, belum include jalan-jalan di kawasan-kawasan itu ;D


Arfa Tasnim is 1 year old

Thursday, May 23, 2013

| |
|

How time flew so fast ... Rasa macam baru je tapi dah lebih kurang 1 tahun 4 jam Daddy azankan Arfa Tasnim buat pertama kalinya. Arfa dah upgradekan pangkat mama and daddy menjadi parents. We love you so much.

1 year of Arfa Tasnim

Monday, May 20, 2013

| |
|

In 3 days time, Arfa is going to be 1. Let's recap 1 year of video compilations in a fast paced music video. Arfa, you shine our way.