Okay Angah. Berdasarkan permintaan di Facebook tak berapa lama minit sudah. Ni dia recipe nye ...
- Lamb sukahati nak banyak mana
- garam
- serbuk black pepper
- olive oil
- kimball black pepper sauce
Lamb slice ni, taburkan garam dan black pepper secukup rasa dekat kedua-dua belah surface lamb ni. Gordon Ramsey cakap seasoned it well. Baru color akan naik. keh keh keh. Macam dalam gambar ni, dah termarinatedkan dengan kimball black pepper sauce. No problem. Lepas tabur garam dan pepper, sapukan a bit olive oil pada lamb. Panaskan frying pan dengan olive oil.
Pan dah panas, masukkan lamb. Biarkan dia menggaring 5 minit untuk setiap side. Ni nak bagi bahagian luar lamb ni crispy, brown. Bukan nak bagi lamb masak pon.
Pastu nak bagi lamb ni ade sedikit berkuah. Bancuh Kimball black pepper sauce tu dengan sedikit olive oil, air. Kacau bagi sebati, ala kadar pon takpe. Ni nak bagi black pepper sauce yang pekat tu jadi sedikit cair je.
Wrap all of those things dalam aluminium foil. Bagi ade ruang udara masuk sedikit. Put it in the oven. Suhu 220 darjah Celcius selama 10 minit.
Sekian.
This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.
All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.
Jalan² Kota Kinabalu
| 8:30 AM |
Posted by Ramzul Ramli |
Akhirnya last week (Merdeka weekend) sampai jugak lah untuk aku jejakkan kaki ke bumi Borneo, Sabah. Alang-alang ikut wife aku outstation 1 hari kat sini, kitorang tambah untuk stay 3 hari lagi. First time bawak Arfa naik plane. Alhamdulillah ok sahaja pengalaman bawak Arfa naik flight, tak meragam sangat. Take off je, tak lama terus tido.
Disebabkan waktu kat Sabah sama sahaja dengan waktu di Semenanjung, bangun pukul 6.30 pagi sudah terang benderang. Rasa pelik. Biasa time camni masih gelap! Tapi aktiviti harian diorang tetap mula dalam pukul 8 pagi. Quite a long gap dari waktu dah mula cerah.
Bab nak beli souvenir mmg ada banyak tempat la, centralised tempat macam kat Pasar Kraftangan kat area Pasar Filipin. Tapi last-last wife aku banyak borong kat Pasar Malam Kampung Air, yang depan hotel Le Méridien tu.
Bab makan seafood memang heaven dekat Pasar Filipin ni. Tiap² malam kitorang dinner kat sini je. Dari segi price dan choice memang terbaik. Kitorang siap makan kat gerai yang sama pada 2 malam yang pertama. Pada aku, hasil laut kat semua gerai hampir sama dari segi pilihan, beza dekat harga dan air asam nya. Ikan pari terbaik! Sotong kecik² terbaik!
There are also several islands yang berdekatan dengan Kota Kinabalu ni. Kitorang decided untuk pergi island hopping ke dua pulau, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Untuk ke pulau-pulau ini, boleh naiki bot di jeti Jesselton Point. Dari hotel, kitorang just jalan kaki sejauh 2km, saja nak tengok town KK dengan lebih dekat. Teduh je nak jalan ni, banyak shades, laluan jalan kaki berbumbung, deretan kedai sepanjang jalan. Untuk dua pulau ni, kitorang berdua dikenakan total RM60, tidak termasuk dengan kos jeti (RM7.20) dan kos masuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman (RM3 per pax for the whole day).
Dua-dua pulau ni nice, tapi personally aku rasa Pulau Manukan is better. Pulau Sapi is too crowded. Pulau Manukan lebih relaxing. Tengok ikan kat jeti dia pon sempoi. Food dan water pon kitorang bawak siap² dari mainland, sebab sedia maklum food dekat pulau memang a little bit pricey.
Bab snorkeling tak dapat nak comment sebab peralatan yang kitorang sewa tak diberikan sewaktu kami turun dari bot. Bot tu pulak tinggalkan kami bila janji pick up kat jeti Pulau Sapi untuk transfer ke Pulau Manukan, 5 minit before pukul 2, kitorang sampai pukul 1.50 ptg kot kat jeti tuh! End up dekat pukul 3 baru boleh ke Pulau Manukan. Kalau boleh tak nak dah repeat service dari kaunter ni (gambar di bawah). Bot diorang takde tulis nama. Staf tak pakai uniform, susah nak cam. Main suka tinggal customer diorang. Takde sistem! Nasib ada brader kat jeti Pulau Sapi tolong kitorang by calling them. Kitorang call, tak berjawab.
Untuk malam ke-4 dan terakhir kami, kami tukar hotel. Kami check in pulak di Promenade Hotel Kota Kinabalu. Gunakan discount yang ada dekat Agoda.com, so dapat la bilik Junior Suite pada harga RM203. Hotel ni sedang buat renovation dekat beberapa floors diorang. 1997 punya hotel. Ada pool, tak besar mana. Ada kolam kanak-kanak attached to side of the main pool. Breakfast dia pon okay, not bad. Extra breakfast is RM42 per adult.
So on Sunday morning we left the hotel untuk ke KKIA. Ambil teksi hotel, diorang charge RM30 as well sama macam hari sampai itu hari. Bye-bye KK, till we meet again, Assalamu'alaikum w.b.t
Selamat Hari Kemerdekaan ke 56 & Selamat Hari Malaysia ke 50
Wednesday, August 28, 2013
| 12:10 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Kami di onedot12.com ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke 56 dan Selamat Hari Malaysia ke 50. Ke arah negara kita yang lebih maju dan selamat. InsyaAllah... terima lah lagu (tahun lepas punya) ;D
P/S: Dengan harapan mengunung, game 1st September 2013 berkesudahan dengan Liverpool FC 3 - 0 Manchester United
P/S: Dengan harapan mengunung, game 1st September 2013 berkesudahan dengan Liverpool FC 3 - 0 Manchester United
Jadual EPL di peranti Android anda!
Monday, August 19, 2013
| 2:30 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Musim bola EPL telah kembali! Dapatkan jadual perlawanan pasukan kegemaran anda ke talifon pintar Android anda (atau any smartphone yang support calendar sync with Google Calendar).
Mula-mula, login ke Google Calendar di https://www.google.com/calendar
Klik dropdown button pada tepi Other calendars. Klik Browse Interesting Calendars.
Klik pada Sports , Soccer dan kemudian klik Subscribe untuk Liverpool FC.
Make sure your Gmail/Google account is synced dan Calendar setting on your Android device ticked untuk your favorite team.
p/s: takpon, pakai je widget Google Now (available for Android 4.1 and above)
Iklan bahaya merokok
Wednesday, July 10, 2013
| 9:10 AM |Posted by Ramzul Ramli |
p/s: Suara latar / Voice over untuk animation footage tu oleh adik ipar aku, sape nak bagi dia job dalam voice over business, silakan lah ;D
Subscribe to:
Posts (Atom)