Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Monday, October 7, 2013

| |
|

Hari ke-2 kat Cameron Highlands (part of cuti-cuti utara). Semalam check-in dekat Heritage Hotel, hari ni kitorang pindah ke hotel ni pulak. Located antara Tanah Rata dengan Berinchang. Tempat ni kena drive naik bukit dalam 5 minit. Best jugak layar corners. Tapi aku perasan, Cameron Highlands dah tak sesejuk dulu, mungkin sebab global warming kot... Pakai t-shirt rilek je.

Uphill drive to Strawberry Park Resort.

Bilik sini, kitorang book dekat Agoda.com jugak. Studio Suite. Tapi dalam bilik takde aircond, tapi takpe udara dah nyaman. Cuma tak sejuk beku je.




Singgah jap minum teh kat Sungei Palas.


Saja syiok2 berhenti ambik gambar time nak checkout dari Camron Highlands at Cameron Lavender.


And here's the location:

View Larger Map

Heritage Hotel, Tanah Rata, Cameron Highlands

| |
|

Dah lama trip kitorang ke Cameron Highlands ni, last end of May, sempena lebih kurang birthday Arfa yang pertama dan our belated anniversary trip (cuti-cuti utara). Cam biasa, room booking at Agoda.com, kitorang book for a deluxe room. Hari Check in, kitorang sampai lambat 4 jam sebab jam kat Berinchang, check in pukul 10 malam. Bilik kitorang dah abis, so hotel free upgrade our room to suite. Sweeeeeet!







And here's the location:

View Larger Map

Zam Zam Arabic Restaurant, Seksyen 9 Shah Alam

| |
|

Biasa kalau kitorang lapar lamb nasik arab, kitorang akan ke sini kat Seksyen 9 Shah Alam. So far ni yang aku rasa paling sedap untuk aku. Aku biasa kat sini makan Lamb Mandy ni saje. Harga pon dah beberapa kali berubah. First time aku try dulu RM20, lepas tu turun RM18, now RM19. Lamb Khabsah tak silap aku penah try sekali, tu pon sebab Lamb Mandy habis. Not bad jugak. Tempat ni pon agak cozy.

And here's the location:

View Larger Map

Wangsa Grill by Chef Zubir

Tuesday, September 10, 2013

| |
|

Last weekend, kawan wife aku belanja kitorang makan western food dekat Masterchef Chef Zubir punya restoran, Wangsa Grill. Laman Grill pon beliau punya jugak kan right? It's a cozy place, good food. (Tapi honestly aku tak cukup kenyang. HAHA)
Ni menu yang aku dan wife aku sama-sama pilih. Lamb 'combo' bersama Shepherd's Pie. Kami memang hantu lamb.
Ni pulak yang kawan-kawan wife aku ordered. Aku tak berapa ingat panama menu diorang. Aku rasa steak sirloin, ketam, wagyu beef dan chicken chop kot.



Burp.. Alhamdulillah.

P/S: And here is the location. https://foursquare.com/v/wangsa-grill-by-chef-zubir/5225af3411d2d4ee9594b150

Lamb Chop kah?

Monday, September 9, 2013

| |
|

Okay Angah. Berdasarkan permintaan di Facebook tak berapa lama minit sudah. Ni dia recipe nye ...

- Lamb sukahati nak banyak mana
- garam
- serbuk black pepper
- olive oil
- kimball black pepper sauce
Lamb slice ni, taburkan garam dan black pepper secukup rasa dekat kedua-dua belah surface lamb ni. Gordon Ramsey cakap seasoned it well. Baru color akan naik. keh keh keh. Macam dalam gambar ni, dah termarinatedkan dengan kimball black pepper sauce. No problem. Lepas tabur garam dan pepper, sapukan a bit olive oil pada lamb. Panaskan frying pan dengan olive oil.
Pan dah panas, masukkan lamb. Biarkan dia menggaring 5 minit untuk setiap side. Ni nak bagi bahagian luar lamb ni crispy, brown. Bukan nak bagi lamb masak pon.
Pastu nak bagi lamb ni ade sedikit berkuah. Bancuh Kimball black pepper sauce tu dengan sedikit olive oil, air. Kacau bagi sebati, ala kadar pon takpe. Ni nak bagi black pepper sauce yang pekat tu jadi sedikit cair je.
Wrap all of those things dalam aluminium foil. Bagi ade ruang udara masuk sedikit. Put it in the oven. Suhu 220 darjah Celcius selama 10 minit.

Sekian.