Salam,
Salah satu keperluan penting untuk ibu yang mengandung dan bakal melahirkan ialah breastpump. Haa...masa Arfa dulu, rezeki Arfa murah sesangat. Kazen hubby aku bagi breastpump elektrik and kakak aku pon bagi pinjam breastpump manual. Tapi breastpump elektrik tu dapat guna kejap sangat. Guna tak sampai 10 kali kot, motor dia dah rosak. So aku continue guna pam manual je.
Bila dah bersalin kan Amna, aku memang takde beli pam lagi. Dalam kepala memang nak sesangat Madela freestyle sebab memang berdasarkan review aku baca, pam terbaik lah tu. Tapi bersabar hingga abis pantang baru suarakan hasrat hati kat hubby ku. hehe... ingat senang ke nak beli gajet memahal even guna duit sendiri? still kene bagi sebab musabab yang logik baru suami izinkan. hehe
So, after lebih kurang 3 bulan lebih dah aku guna ni, ni review dari aku:
1. Sangat senang nak pasang, simpan, basuh dan keringkan
2. Bateri tahan sangat lama. Lebih dari 2 minggu masih boleh bertahan tanpa dicas.
3. Tahap pam sama macam masa breastfeed baby. Tidak menyakitkan dan boleh nak kuat or slow.
4. Handsfree. boleh sesambil pam, sesambil baca buku, tengok henfon.
5. Hasil pon okay. macam aku tiap kali sesi pam, dapat lebih kurang 2 botol 4 oz. tetiap hari aku buat dua sesi pam je.
6. Ringan dan compact je bebarangnya. sume boleh muat dalam satu cooler beg.
7. Smart okay. hehe...aku rase pam tuh sangat smart.
8. Takde bunyi masa pam. ada bunyi tapi slow sangat. memang orang tak perasan pon tengah pam. tapi aku memang pam dekat bilik yang takde orang. hehe
9. Masa nak cas balik dalam 4-5 jam je. dah full bateri.
10. Sangat efektif sebab buat double pumping kan. so sangat jimat masa dan tak bazirkan susu. Only mom understand this. :)
Okay cukup la 10 kebaikan aku listkan kot. kalo terpikir lagi nanti aku tambah.
This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.
All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.
Review Madela Freestyle Breastpump
Wednesday, November 19, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Pam kesayangan. Aku beli RM 1699. Dapat satu set Madela freestyle dengan free extra 20 biji botol simpan susu.
Hasil tuaian. :)
My cooler bag. Boleh isi ice pack, 4 biji botol, pam dan aksesori pam. All in one bag.
Cucuk Imunisasi Amna Hafiya (0-6 months old)
Monday, November 17, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Sementara mood ada ni, baik aku tulis segala pending post yang terlintas kat kepala aku ni. Actually aku menulis bukan setakat nak share info dengan orang. Tapi lebih kepada rujukan aku sendiri di masa hadapan. Aku sendiri terkadang bila nak refresh balik info, aku masuk je blog sendiri. hehe
Kali ni aku nak share pasal imunisasi untuk Amna Hafiya. ye...aku parent yang memilih untuk bagi imunisasi kat anak. bukan la aku membuta tuli je follow. cuma tu lah decision aku.
Masa Arfa dedulu, aku pegi amik imunisasi ni kat klinik kesihatan. masa tuh tinggal kat Bukit Mahkota. klinik dia aman, lengang and nurse pon baik2. Tapi bila turn Amna, kami dah duduk kat Shah Alam. KK kat Shah Alam ni sangat la padat. tak sanggup rasanya bawak baby tunggu kat sana. kalo baby duk lam perot (time mengandung) okay la lagi. so, kami cucuk je la kat Hospital Pakar Annur, tempat Amna lahir. Kat sini aku nak share kos untuk cucuk sepanjang 6 bulan dah umur Amna ni.
1. Cucuk sebulan:
Dr. Arbaiyah jadi pilihan kami
Tarikh: 04/06/2014
Kos: RM 139.70
2. Cucuk dua bulan:
kakak suka datang main kat sini
adik cool je kene cucuk
Tarikh: 04/07/2014
Kos: RM 183.50
3. Cucuk tiga bulan:
Terjumpa baby yang lahir sama tarikh dengan Amna
Tarikh: 04/08/2014
Kos: RM 160.00
4. Cucuk lima dan enam bulan (Dr. gabung terus):
dah besar my pwincess
Tarikh: 04/10/2014
Kos: RM 205.00
Ni Jadual Imunisasi nya.
Tunggu setahun la pulak baru cucuk lagi. okay. tu je nak share.
Frozen fever - Let it Goooo
Sunday, November 16, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Demam frozen melanda anak-anak. Arfa start suka Frozen bila daddy nya tunjuk video lagu Let It Go. Daddy pon tahu lepas ada kawan dia mintak downloadkan. hehe..so macam tu la Frozen tersebar kan. Ada satu masa tetiap hari Arfa mintak nak pakai baju Frozen. Maka gigih la mama nya belikan stok baju Frozen bebanyak. Dalam bebanyak tu, ni jelah baju yang ala-ala Princess Elsa sempat mama belikan sebelum demam Frozen dah surut. hihi... Arfa tak pernah mahu pakai tudung. Tapi sebab tudung ade gambar Frozen, dia nak pakai. Bagus la jugak kan. Bole la belajar2 pakai tudung.
Excited sesangat first time pakai :)
Kisah Bersalin Lagi: Baby Kuning (Jaundice)
Monday, November 10, 2014
| 8:00 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
Cerita after discharge. aku memang plan berpantang dekat rumah mak aku kat kajang. so husband aku pergi la report kelahiran dekat klinik kesihatan (KK) kajang. besoknya terus nurse datang rumah aku. efisien betol diorang ni. diorang akan cek kesihatan mom and baby. untuk aku mase tu okay la. luka czer pon kering elok, blood pressure okay. untuk amna pulak, nurse tengok dia macam kuning sikit. memang aku pon tengok camtu and amna pon macam tak aktif sangat, asyik tido je. so dia mintak pergi cek kat KK.
kuning kan ni?
Dipendekkan cite, tiga hari berturut2 aku pegi cek kuning amna dekat KK and bacaan dia keep naik.
1. 7/5/14 ------> 12.5 mg/dl
2. 8/5/14 ------> 13.6 mg/dl
3. 9/5/14 ------> 14.9 mg/dl
Aku memang dah apply few tips untuk turunkan kuning ni (dapat dari internet) macam bagi air anggur hitam, mom minum susu kambing, always kejutkan baby untuk menyusu and jemur jugak sesikit (heh...ni petua orang dedulu kot). tapi since bacaan dia tak jugak turun, risau jugak la aku.
Melalui pembacaan aku, the best option untuk turunkan bacaan dia ialah jemur bawah lampu fototerapi and cara ni lebih berkesan untuk baby yang berumur bawah seminggu. kalo dah lebih seminggu lagi susah nak turun bacaan tuh siap kene pakai 2 lampu nanti. ikutkan hospital kerajaan akan admit (untuk jemur bawah lampu) bila bacaan dah tinggi around 18 mg/dl (tak pasti betul tak sebab dah lupa. agak2 je ni). so, kami decide untuk bawak amna pegi hospital annur balik and admit kan kat sana. hospital annur akan admit kalo bacaan jaundice tuh 9 mg/dl ke atas.
Amna hampir berumur seminggu
Kami on first day
Kami on second day
Belakang pon kasi jemur
Amna admit kat sini dua malam. sepanjang tu, aku boleh kalo nak stay sekali. tapi bila fikirkan amna akan lebih banyak duduk bawah lampu, confirm nanti aku duk kat wad pon tak buat ape sangat. so, aku juz datang susukan amna and hantar stok susu untuk dia minum time aku dah balik :'( .
penat and sakit jugak sebenarnya dengan luka czer, ulang alik pegi hospital, tapi kuatkan jugak la diri masa tu.
Kami on discharge day
Alhamdulillah, after dua malam kat sana, bacaan jaundice tuh dah turun ke 9.3 mg/dl and Dr. Khairul pon benarkan discharge. Yeay!
Just sharing for those who needs this info ------> Kos untuk rawatan jaundice selama 3 hari 2 malam dekat Hospital Annur, Bangi ni ialah RM 904.42.
Arfa Tasnim & Amna Hafiya
Saturday, November 8, 2014
| 8:00 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
'Dear God, please strengthen their heart and let them hold their hands together in up and down till forever. Amin.'
Love u guys! -mama and daddy
Subscribe to:
Posts (Atom)