Salam,
Warning: Entry full of pictures!!!
Tarikh keramat 9-15 Oktober 2014, Arfa warded for the very first time at 2 years and 5 months old.
Cerita dia mula gini. 5-6 Oktober 2014 kan Raya Haji. So kami suami isteri cuti. Company suami cuti lebih sehari sampai 7 Oktober. Jadinya daddy pon bukak daddy day care. hehe. daddy jage la dua orang princess time mamanya pegi kerja.
Balik keje tu, aku tengok muke arfa macam lain. nampak bengkak sikit matenye. tapi tak ketara. then arfa tertidur kat depan tv. aku pon pegi la betulkan posisi dia tidur. then terase panas la pulak badannya. takpe, baru first day demam. malam tu tidur macam biase.
Besoknya pon aku hantar arfa pegi rumah pengasuh dia macam biasa sambil pesan kalau panas lagi badan arfa tu bagitahu la. balik kerja pergi ambik arfa kurang sikit dah panasnya. tapi mata still bengkak. Malam tu nak bawa pergi klinik tapi tak tahu nak pergi klinik mana so still tak pergi.
Pagi 9 Oktober, panas pulak badannya. so kami bawak arfa pergi Klinik Ajwa dekat Seksyen 7. Klinik ni okay sikit bagi aku and ramai jugak patient kat situ. means orang suka la service klinik tu kan. doktor cek arfa and memang demam la then dia bukak mulut cek anak tekak sumer. masa ni baru la dia nampak bengkak and nanah bebanyak kat tekak arfa. then dia request nak test darah. lepas test darah and result darah tunjuk platlet arfa dah drop below normal dia pon suruh admit la.
Then kami decide nak admit dekat DEMC since PrudentialBSN Insurans cover hospital tu dengan KPJ je kat area Shah Alam ni. Dekat DEMC pon sama. Lepas doktor sana cek and test darah, dia pon suruh masuk wad. So, itulah dia first time dalam hidup arfa kene duduk wad. Aku pon sempat tengok tekak arfa, memang ngeri dan geli jugak la rupanya. hehe
First day Arfa admit. Tangan dah kene cucuk jarum. Masa ni hanya bilik twin sharing je available. dah tu katil pulak yang jenis baby cot ni je ada. pasrah je la kami duk bilik tu. tapi okay jugak sebab bilik dia agak besar. boleh hampar toto and kami tiga beranak (mama, daddy and amna) tidur kat bawah.
Masih first day dah ada tetamu. Thanks Mak Bai and Mak Ngah!
Ni second day. mata arfa tetap lah bengkak. tak tahu la pulak aku ape kaitan sakit ni dengan mata bengkak. doktor pon takleh explain cuma dia cakap maybe effect dari sakit tu lah.
kekadang dah bosan duk atas katil, arfa turun ke bawah. makan kat sini sesedap jugak. tetiap hari aku yang order, aku jugak yang abiskan. hehe..sepanjang duduk hospital ni, arfa tak berapa nak makan since tekak dia pon sakit kan. so dia banyak menyusu je. tu pon dia minum slow2. sedih pulak teringat muka dia tahan sakit nak telan susu je pon.
Nenek datang melawat. datang sekejap pon dah naik sikit semngat arfa
tok wan nya pegang amna
ni hari ke berapa tah. mata masih bengkak
tidur je la arfa kat sini. tak dapat nak aktif sangat.
nenek datang lagi
tok wan pon datang lagi
lepas 3 malam kat situ, kami tukar bilik single. arfa pon dah makin selera nak makan time ni
dah makin ceria arfa. Alhamdulillah
haaa...nampak tak dia dah start bosan duk hospital
melihat dari jauh. hehe...macam pergi bercuti jer. sebenarnya ni hospital ok.
Kat sini aku nak ringkaskan sikit beberapa benda yang aku nak highlight tentang DEMC:
- Doktor: memula macam pelik jer cara doktor diagnose sakit arfa. jap denggi, jap tonsil. aku pon pelik jer. tapi sebagai mak ayah, kite kene banyak tanya. tanya jer semua bende sampai clear. Dah banyak hari kat situ nanti, sampai dah boleh tahu apa doktor nak komen and faham. hehe
- Nurse: Subhanallah...nurse kat sini sangat la baik2. Tekan je butang, tak lama sampai la diorang. Cara bagi makan ubat pon pelbagai. Banyak jugak aku belajar cara nak handle orang sakit sepanjang arfa admit kat sini.
- Bilik: bilik kat sini selesa. Twin sharing ke single ke memang best. Luas dan bersih terjaga.
- Kemudahan: macam2 kemudahan ada kat sini macam kedai makan utk ngopi ke lepak2, kiosk untuk arfa cuci mata and kedai souvenir yg sempat jugak arfa pau kipas warna warni tu dr daddynya.
Banyak lagi kot boleh dihighlight tapi lupa dah. Hehe...in short, hospital ni sangat okay untuk kanak2.
Pasal bayaran pulak thanks to our insurans agen. Segalanya lancar dan memuaskan hati. Alhamdulillah.
P/s: masa arfa warded ni aku ada terase sikit dengan status seorang insan kat facebook yang macam nak kata parent ni suka anak duduk hospital sbb dpt claim insuran. Parent memane pon nak tengok anak sihat je kot. Kalo dah warded tu boleh sihatkan anak, itu la yg parent macam aku pilih. Dah amik insuran, guna lah time gini. Apa pon tak boleh lah kau ni! Huh!