p/s: Video terhasil adalah keratan 1 saat yang diambil dari video-video koleksi peribadi 2014
Happy New Year 2015
Friday, December 26, 2014
| 9:12 AM |Posted by Ramzul Ramli |
p/s: Video terhasil adalah keratan 1 saat yang diambil dari video-video koleksi peribadi 2014
Video: Timelapse in Kuching 2014
Monday, December 15, 2014
| 12:54 PM |Posted by Ramzul Ramli |
Arfa warded : Exudative tonsilitis
Monday, November 24, 2014
| 11:47 AM |Posted by Fazlina Anuar |
kekadang dah bosan duk atas katil, arfa turun ke bawah. makan kat sini sesedap jugak. tetiap hari aku yang order, aku jugak yang abiskan. hehe..sepanjang duduk hospital ni, arfa tak berapa nak makan since tekak dia pon sakit kan. so dia banyak menyusu je. tu pon dia minum slow2. sedih pulak teringat muka dia tahan sakit nak telan susu je pon.
- Doktor: memula macam pelik jer cara doktor diagnose sakit arfa. jap denggi, jap tonsil. aku pon pelik jer. tapi sebagai mak ayah, kite kene banyak tanya. tanya jer semua bende sampai clear. Dah banyak hari kat situ nanti, sampai dah boleh tahu apa doktor nak komen and faham. hehe
- Nurse: Subhanallah...nurse kat sini sangat la baik2. Tekan je butang, tak lama sampai la diorang. Cara bagi makan ubat pon pelbagai. Banyak jugak aku belajar cara nak handle orang sakit sepanjang arfa admit kat sini.
- Bilik: bilik kat sini selesa. Twin sharing ke single ke memang best. Luas dan bersih terjaga.
- Kemudahan: macam2 kemudahan ada kat sini macam kedai makan utk ngopi ke lepak2, kiosk untuk arfa cuci mata and kedai souvenir yg sempat jugak arfa pau kipas warna warni tu dr daddynya.
Review Madela Freestyle Breastpump
Wednesday, November 19, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Salam,
Salah satu keperluan penting untuk ibu yang mengandung dan bakal melahirkan ialah breastpump. Haa...masa Arfa dulu, rezeki Arfa murah sesangat. Kazen hubby aku bagi breastpump elektrik and kakak aku pon bagi pinjam breastpump manual. Tapi breastpump elektrik tu dapat guna kejap sangat. Guna tak sampai 10 kali kot, motor dia dah rosak. So aku continue guna pam manual je.
Bila dah bersalin kan Amna, aku memang takde beli pam lagi. Dalam kepala memang nak sesangat Madela freestyle sebab memang berdasarkan review aku baca, pam terbaik lah tu. Tapi bersabar hingga abis pantang baru suarakan hasrat hati kat hubby ku. hehe... ingat senang ke nak beli gajet memahal even guna duit sendiri? still kene bagi sebab musabab yang logik baru suami izinkan. hehe
So, after lebih kurang 3 bulan lebih dah aku guna ni, ni review dari aku:
1. Sangat senang nak pasang, simpan, basuh dan keringkan
2. Bateri tahan sangat lama. Lebih dari 2 minggu masih boleh bertahan tanpa dicas.
3. Tahap pam sama macam masa breastfeed baby. Tidak menyakitkan dan boleh nak kuat or slow.
4. Handsfree. boleh sesambil pam, sesambil baca buku, tengok henfon.
5. Hasil pon okay. macam aku tiap kali sesi pam, dapat lebih kurang 2 botol 4 oz. tetiap hari aku buat dua sesi pam je.
6. Ringan dan compact je bebarangnya. sume boleh muat dalam satu cooler beg.
7. Smart okay. hehe...aku rase pam tuh sangat smart.
8. Takde bunyi masa pam. ada bunyi tapi slow sangat. memang orang tak perasan pon tengah pam. tapi aku memang pam dekat bilik yang takde orang. hehe
9. Masa nak cas balik dalam 4-5 jam je. dah full bateri.
10. Sangat efektif sebab buat double pumping kan. so sangat jimat masa dan tak bazirkan susu. Only mom understand this. :)
Okay cukup la 10 kebaikan aku listkan kot. kalo terpikir lagi nanti aku tambah.
Cucuk Imunisasi Amna Hafiya (0-6 months old)
Monday, November 17, 2014
| 8:30 AM |Posted by Fazlina Anuar |
Sementara mood ada ni, baik aku tulis segala pending post yang terlintas kat kepala aku ni. Actually aku menulis bukan setakat nak share info dengan orang. Tapi lebih kepada rujukan aku sendiri di masa hadapan. Aku sendiri terkadang bila nak refresh balik info, aku masuk je blog sendiri. hehe
Kali ni aku nak share pasal imunisasi untuk Amna Hafiya. ye...aku parent yang memilih untuk bagi imunisasi kat anak. bukan la aku membuta tuli je follow. cuma tu lah decision aku.
Masa Arfa dedulu, aku pegi amik imunisasi ni kat klinik kesihatan. masa tuh tinggal kat Bukit Mahkota. klinik dia aman, lengang and nurse pon baik2. Tapi bila turn Amna, kami dah duduk kat Shah Alam. KK kat Shah Alam ni sangat la padat. tak sanggup rasanya bawak baby tunggu kat sana. kalo baby duk lam perot (time mengandung) okay la lagi. so, kami cucuk je la kat Hospital Pakar Annur, tempat Amna lahir. Kat sini aku nak share kos untuk cucuk sepanjang 6 bulan dah umur Amna ni.
1. Cucuk sebulan: