Save Gaza

This blog has two authors. Differentiated by 'Posted by' Ramzul Ramli or Fazlina Anuar on the top of every post. Thank you.

All pictures and articles in this blog strictly cannot be re-post anywhere without permission. TQ.


Happy 35!

Tuesday, January 13, 2015

| |
|

Happy New Year 2015

Friday, December 26, 2014

| |
|

Tahun 2014 bakal berlalu. Semoga 2015 datang membawa lebih banyak good memories. InsyaAllah. Selamat 2015. Aameeeeeeen

p/s: Video terhasil adalah keratan 1 saat yang diambil dari video-video koleksi peribadi 2014

Video: Timelapse in Kuching 2014

Monday, December 15, 2014

| |
|

Ni kali pertama kitorang jejak kaki ke bumi Kuching. Mamanye outstation sini seminggu. So sempat la shoot beberapa timelapse. Video kat atas, adalah view Sungai Sarawak dari Hotel Grand Margherita dan night view dari Hotel Pullman Kuching. Bawah ni pulak, aktiviti daddy dan anak-anak bila mamanye pergi kerja

Arfa warded : Exudative tonsilitis

Monday, November 24, 2014

| |
|

Salam,

Warning: Entry full of pictures!!!

Tarikh keramat 9-15 Oktober 2014, Arfa warded for the very first time at 2 years and 5 months old. 

Cerita dia mula gini. 5-6 Oktober 2014 kan Raya Haji. So kami suami isteri cuti. Company suami cuti lebih sehari sampai 7 Oktober. Jadinya daddy pon bukak daddy day care. hehe. daddy jage la dua orang princess time mamanya pegi kerja.

Balik keje tu, aku tengok muke arfa macam lain. nampak bengkak sikit matenye. tapi tak ketara. then arfa tertidur kat depan tv. aku pon pegi la betulkan posisi dia tidur. then terase panas la pulak badannya. takpe, baru first day demam. malam tu tidur macam biase.

Besoknya pon aku hantar arfa pegi rumah pengasuh dia macam biasa sambil pesan kalau panas lagi badan arfa tu bagitahu la. balik kerja pergi ambik arfa kurang sikit dah panasnya. tapi mata still bengkak. Malam tu nak bawa pergi klinik tapi tak tahu nak pergi klinik mana so still tak pergi.

Pagi 9 Oktober, panas pulak badannya. so kami bawak arfa pergi Klinik Ajwa dekat Seksyen 7. Klinik ni okay sikit bagi aku and ramai jugak patient kat situ. means orang suka la service klinik tu kan. doktor cek arfa and memang demam la then dia bukak mulut cek anak tekak sumer. masa ni baru la dia nampak bengkak and nanah bebanyak kat tekak arfa. then dia request nak test darah. lepas test darah and result darah tunjuk platlet arfa dah drop below normal dia pon suruh admit la.

Then kami decide nak admit dekat DEMC since PrudentialBSN Insurans cover hospital tu dengan KPJ je kat area Shah Alam ni. Dekat DEMC pon sama. Lepas doktor sana cek and test darah, dia pon suruh masuk wad. So, itulah dia first time dalam hidup arfa kene duduk wad. Aku pon sempat tengok tekak arfa, memang ngeri dan geli jugak la rupanya. hehe

First day Arfa admit. Tangan dah kene cucuk jarum. Masa ni hanya bilik twin sharing je available. dah tu katil pulak yang jenis baby cot ni je ada. pasrah je la kami duk bilik tu. tapi okay jugak sebab bilik dia agak besar. boleh hampar toto and kami tiga beranak (mama, daddy and amna) tidur kat bawah.

Masih first day dah ada tetamu. Thanks Mak Bai and Mak Ngah!

Ni second day. mata arfa tetap lah bengkak. tak tahu la pulak aku ape kaitan sakit ni dengan mata bengkak. doktor pon takleh explain cuma dia cakap maybe effect dari sakit tu lah.

kekadang dah bosan duk atas katil, arfa turun ke bawah. makan kat sini sesedap jugak. tetiap hari aku yang order, aku jugak yang abiskan. hehe..sepanjang duduk hospital ni, arfa tak berapa nak makan since tekak dia pon sakit kan. so dia banyak menyusu je. tu pon dia minum slow2. sedih pulak teringat muka dia tahan sakit nak telan susu je pon.

Nenek datang melawat. datang sekejap pon dah naik sikit semngat arfa

tok wan nya pegang amna

ni hari ke berapa tah. mata masih bengkak

tidur je la arfa kat sini. tak dapat nak aktif sangat.

nenek datang lagi

tok wan pon datang lagi

lepas 3 malam kat situ, kami tukar bilik single. arfa pon dah makin selera nak makan time ni

dah makin ceria arfa. Alhamdulillah

haaa...nampak tak dia dah start bosan duk hospital

melihat dari jauh. hehe...macam pergi bercuti jer. sebenarnya ni hospital ok.

Kat sini aku nak ringkaskan sikit beberapa benda yang aku nak highlight tentang DEMC:

  1. Doktor: memula macam pelik jer cara doktor diagnose sakit arfa. jap denggi, jap tonsil. aku pon pelik jer. tapi sebagai mak ayah, kite kene banyak tanya. tanya jer semua bende sampai clear. Dah banyak hari kat situ nanti, sampai dah boleh tahu apa doktor nak komen and faham. hehe
  2. Nurse: Subhanallah...nurse kat sini sangat la baik2. Tekan je butang, tak lama sampai la diorang. Cara bagi makan ubat pon pelbagai. Banyak jugak aku belajar cara nak handle orang sakit sepanjang arfa admit kat sini.
  3. Bilik: bilik kat sini selesa. Twin sharing ke single ke memang best. Luas dan bersih terjaga.
  4. Kemudahan: macam2 kemudahan ada kat sini macam kedai makan utk ngopi ke lepak2, kiosk untuk arfa cuci mata and kedai souvenir yg sempat jugak arfa pau kipas warna warni tu dr daddynya.
Banyak lagi kot boleh dihighlight tapi lupa dah. Hehe...in short, hospital ni sangat okay untuk kanak2. 

Pasal bayaran pulak thanks to our insurans agen. Segalanya lancar dan memuaskan hati. Alhamdulillah. 

P/s: masa arfa warded ni aku ada terase sikit dengan status seorang insan kat facebook yang macam nak kata parent ni suka anak duduk hospital sbb dpt claim insuran. Parent memane pon nak tengok anak sihat je kot. Kalo dah warded tu boleh sihatkan anak, itu la yg parent macam aku pilih. Dah amik insuran, guna lah time gini. Apa pon tak boleh lah kau ni! Huh!

















Review Madela Freestyle Breastpump

Wednesday, November 19, 2014

| |
|

Salam,

Salah satu keperluan penting untuk ibu yang mengandung dan bakal melahirkan ialah breastpump. Haa...masa Arfa dulu, rezeki Arfa murah sesangat. Kazen hubby aku bagi breastpump elektrik and kakak aku pon bagi pinjam breastpump manual. Tapi breastpump elektrik tu dapat guna kejap sangat. Guna tak sampai 10 kali kot, motor dia dah rosak. So aku continue guna pam manual je.

Bila dah bersalin kan Amna, aku memang takde beli pam lagi. Dalam kepala memang nak sesangat Madela freestyle sebab memang berdasarkan review aku baca, pam terbaik lah tu. Tapi bersabar hingga abis pantang baru suarakan hasrat hati kat hubby ku. hehe... ingat senang ke nak beli gajet memahal even guna duit sendiri? still kene bagi sebab musabab yang logik baru suami izinkan. hehe

So, after lebih kurang 3 bulan lebih dah aku guna ni, ni review dari aku:

1. Sangat senang nak pasang, simpan, basuh dan keringkan
2. Bateri tahan sangat lama. Lebih dari 2 minggu masih boleh bertahan tanpa dicas.
3. Tahap pam sama macam masa breastfeed baby. Tidak menyakitkan dan boleh nak kuat or slow.
4. Handsfree. boleh sesambil pam, sesambil baca buku, tengok henfon.
5. Hasil pon okay. macam aku tiap kali sesi pam, dapat lebih kurang 2 botol 4 oz. tetiap hari aku buat dua sesi pam je.
6. Ringan dan compact je bebarangnya. sume boleh muat dalam satu cooler beg.
7. Smart okay. hehe...aku rase pam tuh sangat smart.
8. Takde bunyi masa pam. ada bunyi tapi slow sangat. memang orang tak perasan pon tengah pam. tapi aku memang pam dekat bilik yang takde orang. hehe
9. Masa nak cas balik dalam 4-5 jam je. dah full bateri.
10. Sangat efektif sebab buat double pumping kan. so sangat jimat masa dan tak bazirkan susu. Only mom understand this. :)

Okay cukup la 10 kebaikan aku listkan kot. kalo terpikir lagi nanti aku tambah.

Pam kesayangan. Aku beli RM 1699. Dapat satu set Madela freestyle dengan free extra 20 biji botol simpan susu.

 Hasil tuaian. :)

My cooler bag. Boleh isi ice pack, 4 biji botol, pam dan aksesori pam. All in one bag.